Inilah akibat drp Kepimpinan Negara yang lemah II

Islam serang daripada pelbagai sudut,  Ini berita yang terbaru daripada Pulau Pinang,  tertera di beberapa kawasan di bahagian Pulau,  terdapat bena bena yang menyatakan JESUS ANAK ALLAH.  Ini sudah pasti mencabar orang orang islam. Apakah motif sebenar disebalik bena bena tersebut.
Sedangkan undang undang Negara ini ada dalam perlembagaan Negara Fasal 11 (4) tidak boleh agama lain mengajar kepercayaan mereka terhadap orang orang yang beragama Islam. Apakah agama kristian tidak mengajar umatnya menghormati agama lain?  Betapa biadapnya agama ini. Kami umat islam diajar menghormati agama orang lain.
Sedangkan dalam mahkamah rayuan telah menyatakan bahawa Allah adalah khusus kepada umat Islam. DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong juga telah menyatakan pendirian bahawa Allah adalah khusus untuk umat islam dan baginda bertitiah atas Ketua Agama dan Ketua Negara.
Kita dapat melihat kepimpinan Negara amat lemah sehinggakan tidak dapat mempertahankan kalimah ini lalu menjualnya kepada Agama lain pada April 2011. Secara terang Perdana Menteri tidak tahu apakah tugasnya selaku Perdana Menteri. Sepatutnya segala tentang hal ehwal Agama hendaklah dirujuk kepada Majlis Raja raja selaku ketua Agama. Bukan Perdana Menteri yang membuat keputusan soal Agama. Ini mendukacitakan umat Islam yang mempunyai Perdana Menteri yang tidak bijak menangani permasalahan Negara.
Bukan sahaja ini boleh mengundang ketidak stabilan Negara dan ianya boleh mengundang huru hara. Sebelum ini mantan Perdana Menteri dan IGP ada menyatakan baik jika ISA dikembalikan. Inilah antara hasil apabila kerajaan memansuhkan ISA. Umat Islam semakin bimbang dengan isu kalimah Allah ini berlarutan. Rakyat semakin jelak melihat pemimpin yang tidak tegas dalam tindakan dan membelakangi undang undang. Rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang tegas.
Apakah kesilapan rakyat mengundi mereka mereka ini dan di amanahkan untuk menjadi kerajaan? Ataupun pemimpin sudah lupa pada AKU JANJI sebelum ini atau hanya sekadar pandai berjanji? Sudah sudahlah rakyat sudah mula benci pada kerajaan yang sedia ada kerana tidak cekap dalam mengurus takbir Negara. Ingatlah jika kami ditipu hanya sekali sahaja.
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH