Covid-19 Kerajaan perlu Pro Aktif

Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah keputusan mungkin yang terbaik. Melanjutkan tempoh berkenaan kerana tiada pengurangan kes Covid-19 di negara kita.

Angka-angka yang naik mendadak menjadikan tahap penyakit ini agak kritikal. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini pendekatan kerajaan masih lagi berharap agar frontline kita dapat mengawal keadaan dengan harapan memperkecilkan angka-angka jangkitan.

Saya tidak pasti sama ada adakah kerajaan telah melakukan sanitize ditempat-tempat yang mempunyai bilangan kes yang tinggi. Saya melihat kerajaan bergantung sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyesaikan masalah yang besar ini.

Kerajaan seharusnya melihat daripada aspek pencegahan. Benar dengan cara duduk dirumah boleh memutuskan rakaian jankitan Covid-19 ini, tetapi kerajaan kene pro aktif dengan menggunakan selurun jentera kerajaan seperti bomba, pihak kerajaan tempatan dan lain-lain agensi kerajaan membantu dengan membuat pembersihan secara menyeluruh (Sanitize)

Bukan sekadar membuat sekatan jalan raya tetapi pembersihan perlu dijalankan serentak dengan waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini,

Kerajaan menyarankan supaya rakyat berada dirumah dalam masa yang sama public transpot masih lagi beroperasi. Dimanakah relevannya kerajaan menyuruh kita duduk dirumah tetapi public transpot masih beroperasi? Untuk apa, apakah kegunaan public transpot ini untuk membawa Covid-19 ini melebarkan kawasan jajahan nya? Tindakan ini memperlihatkan kelemahan kerajaan yang perlu diperbaiki.

Dalam kita melawan Covis-19 ini kita tidak boleh membuat kesilapan seperti di negara Italy yang mana semasa tempoh Kawalan Pergerakan mereka kerajaan mereka tidak mengawal sepenuhnya. Akibat daripada itu Italy adalah salah sebuah negara yang begitu hebat daripada sudut Medical pun kecundang. Italy ini sebuah negara yang maju kerana kesilapan kerajaan mereka mengambil sikap sambil lewa sehinggakan gagal mengawal penyakit berjangkit ini. Ini boleh dijadikan contok kepada kita dengan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Setakat ini hanya lapuran tempat-tempat RED ZONE yg dinyatakan tetapi selain daripada menyarankan rakyat duduk dirumah apakah juga tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang terdapat ditempat-tempat sebegitu?

Pandangan saya kerajaan perlu membuat penbersihan secara sekala besar, untuk menang dalam perperangan ini, bukan sahaja kita memerlukan genaral perang yang hebat akan tetapi keperluan sebagai sebuah pasukan untuk melawan wabak ini.

Irwan Fahmi Ideris
26hb March 2020
2:22am 

#Day9
#Covid19
#MalaysianMovementControlMovement
#KekalTenang
#StayAtHomeAndStaySafe


Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH