Posts

Showing posts from 2023

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

Image
Kenyataan Media PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA 28 OKT 2023 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia merujuk kepada kenyataan gesaan untuk mengkaji semula Minggu Solidariti Palestin yang di anjurkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM). Perkasa menyambut baik saranan dengan program Minggu Solidariti Palestin yang di ilhamkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan program ini dapat mendidik pelajar pelajar di peringkat persekolahan tentang nilai nilai kemanusian yang di anjurkan oleh pihak sekolah dengan mencari dan membuat aktiviti aktiviti yang melambangkan kedamaian seperti melukis, melakukan Solat hajat bagi yang beragama islam untuk umat islam di palestin sebagai contoh. Dalam masa yang sama Perkasa juga merasa terkilan dan kecewa serta mengecam kerana ada segelintir pihak yang cuba untuk mengotorkan Minggu Solidariti dengan adegan dan aksi seperti memegang senjata mainan di dalam Minggu Solidariti ini. Sepatutnya insiden ini tidak harus berlaku di sekola...

MENGAPA DAP SERING KALI MENCAMPURI URUSAN UMAT ISLAM

Image
Kenyataan Media 7 Okt 2023 PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada Kenyataan Media Datok Ngeh Koo Ham https://malaysiagazette.com/2023/10/06/koo-ham-mahu-kerajaan-padam-islam-pada-kad-pengenalan-137-orang-asli/ iaitu Ahli Parlimen Beruas yang menggesa Kerajaan membetulkan status 137 orang asli dengan memadamkan perkataan 'ISLAM' yang ada pada kad pengenalan.  Perkasa mengecam tindakan  dari pengerusi DAP Perak kerana ianya merupakan sikap kurang ajar dan berlaku biadap terhadap Umat Islam.  Tindakan biadap yang di tunjukkan oleh Ahli Parlimen Beruas ini merupakan salah satu cara halus yang hendak menidakkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11(4). Di samping itu pelbagai isu telah di buat oleh pemimpin pemimpin DAP yang telah menggguriskan hati Umat islam seperti tindakan horward lee yang cuba mentafsir ayat Al-Quran baru baru ini. Tiada tindakan oleh penguasa hanya dengan mengambil keterangan dan setelah kafir ini m...

AKAL MENGATASI AKAL

Image
 Asalamuaalaikum  Saya menjangkakan bahawa Presiden UMNO akan ditangkap tetapi mungkin lagi 3 tahun sebelum pru yang akan datang, ini kerana PMx tahu bahawasanya ianya mendatangkan mudarat kpd PMx kerana bersekongkol dgn orang yg mempunyai kes yang masih dibicarakan. PMx telah buat gerakan dengan mungkin melantik Senetor KJ kerana KJ ada juga pengikut anak muda yang menyokong beliau.  Kerana jika dipikirkan dangan akal yang logik KJ tak ada apa2 jawatan mahupun MP dan juga dalam kerajaan dan lebih pelik dia memang berpatah arang dengan Presiden Umno. Mengapa PMx berjumpa dan berbincang berkenaan hala tuju ekonomi negara bersama KJ?  Saya juga merasakan PMx tahu majoriti rakyat juga tidak selesa apabila PMx bersama dengan Umno kerana janji sebelum PRU berbeza dgn sekarang. PMx juga merasakan Menteri formular dan juga menteri MCMC suatu beban kerana menteri formular bercakap hebat tetapi tidak deliver dan menteri Mcmc buat lawak sarkis dengan naik basikal didalam pejab...

TIDAK MENGHORMATI SENSITIVITI UMAT ISLAM

Image
Kenyataan media  PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) 13 JUN 2023 JANGAN KELIRUKAN UMAT ISLAM PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA ( PERKASA)  Merujuk kenyataan media dari menteri perlancongan https://m.malaysiakini.com/news/668523 berhubung promosi makanan bak kut teh sebagai makanan tradisi . Perkasa ingin mengingatkan YB Dato' Seri TIONG KING SING agar tidak mengelirukan umat islam dengan kenyataan kenyataan yang di buat oleh kementerian pelancongan keseniaan dan kebudayaan ini. Kerana dari kenyataan YB Tiong ini "contohnya mi hokkien yang mengandungi minyak babi boleh di tukar kepada minyak lemak ayam supaya lebih ramai dapat menikmatinya" dan "kementeriannya akan meneliti untuk menghasilkan bak kut teh versi halal" merupakan satu kenyataan yang boleh mengelirukan umat islam dan jika ditukar resepinya dimana datangnya tradisional? Ini adalah penghinaan yang jelas dari seorang menteri yang secara terang terangan tidak menghormati sensitiviti masyarak...

KURANG AJAR MCCBCHST

Image
Kenyataan media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pertubuhan pribumi perkasa malaysia( PERKASA) ingin mengingatkan kepada MCCBCHST agar berhenti untuk masuk campur dalam urusan yang melibatkan orang islam. Dakwaan MCCBCHST yang mengatakan cadangan untuk mewujudkan pusat mediasi bagi menyelesaikan isu berkaitan hak penjagaan anak yang beragama islam dan bukan islam mungkin tidak akan dapat di laksanakan. Sedangkan cadangan itu baru sahaja di peringkat cadangan yang di utarakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri( Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar yang masih lagi dalam peringkat kajian bagi membantu masalah isu ini di luar konteks mahkamah. Perkasa ingin mempersoalkan mengapa bila ada isu yang melibatkan Agama islam, MCCBCHST ini seolah olah ingin menunjukkan ianya pandai dalam segala hal. Seperti sebelum ini dia mendesak supaya kerajaan mengkaji semula tentang isu kalimah ALLAH? Sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan pelbagai agama seperti MCCBCHST ini, Perkasa...

Akibat Salah Pangkah

Image
 Asalamuaalaikum  Seharusnya kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan terhadap:- 1) Kenderaan luar Negara daripada mengisi minyak bersubsidi 2) Jika kenderaan luar dikenakan saman, pohon mereka menjelaskan saman sebelum keluar daripada Negara.  3) Pantau petani-petani yang menerima subsidi daripada menjual/export ke negara luar beri keutamaan penggunaan dalam Negara  4) Kenakan cukai bulanan (mengikut peratusan gaji) kepada semua pekerja asing kerana mereka menikmati pelbagai subsidi yang tidak sepatutnya dinikmati oleh mereka  Selesaikan perkara ini terlebih dahulu bukan dengan terus menghukum rakyat sendiri. Ketirisan ini bukan salah rakyat tetapi salah tabir urus kerajaan. Kesilapan kerajaan yang berbelanja sedangkan rakyat tidak membuat keputusan untuk kerajaan. Rakyat telah Amanah kan kepada wakil-wakil rakyat supaya menjaga harta benda dan mengurus negara.  Apakah rakyat yang rata rata sedang berperang untuk mengadakan makanan diatas meja dengan kos...

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH

Image
Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)   29 SHAWAL 1444H / 20 MAY 2023 Perkasa ingin merujuk kepada kenyataan di Malaysia kini bertarikh 19 May 2023  bertajuk “Isu kalimah 'Allah': MCCBCHST gesa k'jaan kaji semula enakmen negeri”  https://m.malaysiakini.com/news/665769 Inilah kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah allah.  Kini MCCBCHT memohon kerajaan supaya menyemak pula kepada peringkat Negeri. Secara jelas Raja-Raja Melayu selaku ketua Agama Islam tidak lagi dihormati serrta membelakangkan Raja-Raja Melayu. Adakah benar Kerajaan sudah mendapatkan persetujuan daripada Raja-Raja Melayu supaya kes rayuan tersebut ditarik balik??  Kerajaan seharusnya tegas dan melindungi Agama Islam seperti didalam Perlembagaan Negara dan juga mereka berjanji sebelum menjadi kerajaan terutama Dato Seri Anwar Ibrahim akan melindungi Agama Islam, Raja-Raja Melayu serta Melayu Bumiputra. Perkasa mengecam sikap kurag ajar MCCBCHT . Kamu ken...

MELAYU DIUJI

 Asalamuaalaikum Semenjak beralih kerajaan kedudukan Islam bagaikan tergugat, bangsa minoriti memohon perkara yang tidak sepatutnya. Apakah tidak cukup dengan majoriti kekayaan negara dimiliki oleh bangsa ini? Apakah ianya menjadi rasis apabila mempertahan hak-hak bangsa Melayu yang termaktup dalam perlembagaan dan kini yang Melayu berkedudukan yang paling bawah?  Apakah tidak cukup dengan rumah-rumah mewah kebanyakannya dimiliki oleh bukan Melayu. Mana formular si sotong yang konon-kononnya membantu bangsa Melayu?? Mana janji-janji sebelum pilihanraya? Kamu berjanji dan tidak menunaikan janji-janji? Kalau binatang kita boleh pegang pada tali, kalau manusia berpegang pada apa bukan janji?  Kerajaan kini memperbodohkan rakyat, kluster mahkamah kini dieskot pula oleh penguasa, apa nak jadi ???? Mana maruah? Dunia memerhatikan kita. kaum majoriti dihina, orang miskin diupah kata perintah apa ini??? Inilah akibat daripada perpecahan bangsa Melayu sehingga menjadi minoriti....

MENGECAM KERAS TINDAKAN KERAJAAN MENARIK BALIK RAYUAN KES KALIMAH ALLAH

Image
 Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) 15 Mei 2023 bersamaan 25 Syawal 1444H MENGECAM KERAS TINDAKAN KERAJAAN MENARIK BALIK RAYUAN KES KALIMAH ALLAH  1. Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) megecam keras atas tindakan kerajaan Madani dibawah pimpinan Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tindakan menarik balik rayuan kes kalimah Allah seperti yang dilaporkan oleh portal berita FMT pada hari ini. 2. Tindakan ini dilihat melampau dan biadap kerana Agama Islam merupakan Agama rasmi negara dan ia memperlihatkan seolah-olah mencabar kedudukan Agama Islam. Mengapa perlu kita akur kepada seorang individu penganut kristian? Jelas dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan  penganut agama-agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Jadi mengapa masih ingin menyentuh kalimah Allah dan Agama Islam? 3. Soal Agama Islam ini jangan cuba diperkotak katikkan. Apa tidak cukupkah lagi kebebasan bagi meng...

Bangunan bersejarah

Image
  Asalamuaalaikum Seharusnya kerajaan perlu memainkan peranan kepada rumah-rumah dan juga bangunan yang berusia lebih kurang daripada 50 tahun ke atas dan menjadikan ia sebaga heritage, setiap penambah baikkan dan juga runtuhan perlu ada kelulusan kerajaan persekutusan ataupun kerajaan tempatan (PBT). Ini adalah untuk memelihara rumah-rumah dan bangunan bangunan sejarah dan khazanah negara.... Di Negara kita British melarang meruntuhkan bangunan bangunan yang dibina oleh mereka di Malaysia. (jika renovate bahagian luar tidak boleh diubah, hanya bahagian dalaman sahaja) Ini juga menandakan mereka pernah bertapak di negara kita. Kita perlu lihat bagaimana negara negara eropah memelihara bangunan dan rumah-rumah mereka mengekalkan heritage serta sejarah. Kita juga perlu memelihara khazanah dan juga identiti bangsa kita. "YES, THE BUILDING IS YOURS BUT THE VIEW IS BELONG TO THE PUBLIC" Irwan Fahmi Ideris 11:27pm 9 Shawal 1444H, 30 April 2023

BUTA ATAU BUAT-BUAT BUTA???

Image
 Asalammuaalaikum Apakah selama ini penduduk bukan Islam mendapat tentangan apabila mengamalkan agama mereke? Apakah dinegara adanya pergaduhan diantara agama? dan megapa agama lain sering menganggu urusan orang-orang Islam?  Kebanyakan orang bukan Islam menggunakan Perlembagaan Negara Perkara 11 dan apakah tak nampak Perkara 11(4)  Apa itu Perkara 11 dan 11(4)  Di Malaysia, kebebasan beragama juga dijamin di bawah Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan di mana ia menetapkan bahawa setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Perkara 11(1) menyatakan - “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya”. Dan Perkara 11 Fasal 4  Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa: “Undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di...

APAKAH ISLAM SEDANG DICABUL SECARA HALUS???

Image
Penjelasan Menteri belia sebentar tadi di Parlimen berkenaan dengan Projek Artikel 11 ini sebenarnya tidak jelas dan apakah menteri belia ini bodoh ataupun tak faham perlembagaan negara Perkara 11 (4) Benar negara ini bebas mengamalkan dan menganuti agama-agama lain tetapi ianya tidak boleh dikembangkan atau disebarkan kepada orang-orang Islam. Paham atau tidak, bodoh atau buat-buat bodoh???  Yang tua bangka memang faham berkenaan dengan agama tetapi bagaimana dengan orang muda yang mana iman mereka tidak sekukuh kita?  Dan apakah tujuan sebenar, ikuti agama masing2 kerana semua agama mengajar kebaikan, tetapi jangan mengajak umat islam memahami agama kamu….  Ini semua ada dalam perlembagaan negara, kecuali ianya tidak boleh diguna pakai di Sabah dan Sarawak kerana ianya terikat dengan perjanjian 20, Jangan dok sebarkan Perkara 11 sahaja baca sampai habis Perkara 11(4) hampa buang mana… Berhenti daripada cuba mengelirukan belia-belia muslim yang mana kebanyakan Iman merek...