APAKAH ISLAM SEDANG DICABUL SECARA HALUS???



Penjelasan Menteri belia sebentar tadi di Parlimen berkenaan dengan Projek Artikel 11 ini sebenarnya tidak jelas dan apakah menteri belia ini bodoh ataupun tak faham perlembagaan negara Perkara 11 (4) Benar negara ini bebas mengamalkan dan menganuti agama-agama lain tetapi ianya tidak boleh dikembangkan atau disebarkan kepada orang-orang Islam. Paham atau tidak, bodoh atau buat-buat bodoh??? 

Yang tua bangka memang faham berkenaan dengan agama tetapi bagaimana dengan orang muda yang mana iman mereka tidak sekukuh kita? 

Dan apakah tujuan sebenar, ikuti agama masing2 kerana semua agama mengajar kebaikan, tetapi jangan mengajak umat islam memahami agama kamu…. 

Ini semua ada dalam perlembagaan negara, kecuali ianya tidak boleh diguna pakai di Sabah dan Sarawak kerana ianya terikat dengan perjanjian 20, Jangan dok sebarkan Perkara 11 sahaja baca sampai habis Perkara 11(4) hampa buang mana…

Berhenti daripada cuba mengelirukan belia-belia muslim yang mana kebanyakan Iman mereka ini belum benar- benar kukuh.. 

Hormati agama kaum majoriti di negara ini

Irwan Fahmi Ideris 

10:23pm, 14 Mar 2024

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH