Posts

Showing posts from 2014

Bantulah kepada yang memerlukan.

Image
Asalamuaalaikum WBT Kepimpinan Wira Perkasa M'sia akan menghantar bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Berkemungkinan bantuan akan tiba di Kelantan dahulu. Kami juga membawa sukarelawan dan kami juga memerlukan sukarelawan tempatan seramai mungkin, untuk menagih-agihkan barangan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar kawasan Kota Baharu.  Jika berminat membantu sila hubungi   1) Sdr Izman Setiausaha Wira Perkasa Malaysia   +60 12 231 8519   Ataupun  2)Sdr Zahir Penolong Setiausaha Wira Perkasa M'sia +60 17 398 2204 Semoga ALLAH memberkati dan mempermudahkan perjalanan kami membantu mangsa-mangsa banjir.

Bro jangan nak sindir-sindir.

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia Jumaat, 5 Safar 1436 / 28hb November 2014 DENGAN KETIDAKPUASAN HATI SAYA MERASA BAHAWA KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH NAIB KETUA PEMUDA UMNO KHAIRUL AZWAN HARUN DIMALAYSIA KINI PADA 26 NOVEMBER 2014 SANGAT KERTERLALUAN.KENYATAAN BELIAU SEOLAH TIDAK SEDAR DIRI JUGA DALAM MASA YANG SAMA MENIMBULKAN KEMARAHAN PIHAK-PIHAK NGO YANG LAIN. PADA MEREKA YANG LIBERAL JANGAN HANYA MENYENTUH ATAU MENYEBUT RENTANG MELAYU HANYA SETAHUN SEKALI. BERCAKAP SOAL MELAYU SEDANGKAN DIRINYA TIDAK MELAMBANGKAN SEORANG PEMIMPIN MELAYU.SAYA TEKANKAN PADA DIA MENGENAI PERLEMBAGAAN PERKARA 160(2). “MELAYU ERTINYA SESAORANG YANG MENGANUT AGAMA ISLAM, LAZIMNYA MASYARAKAT MELAYU DAN MENURUT ADA ISTIADAT MELAYU”. JANGAN SESEKALI MENYENTUH HAL PERJUANGAN MELAYU KALAU TIDAKFAHAM APA ITU MELAYU.BELIAU JUGA LUPA YANG DIRINYA MELAYU TETAPI MUNGKIN BELIAU LIBERAL YANG BERTOPENGKAN MELAYU. ADAKAH KENYATAAN SEBEGINI DAPAT MENYATUKAN ORANG-ORANG MELAYU? KENAPA SIBUK SANGAT INGIN MENYALAH...

MCA JANGAN CUBA PERTIKAIKAN BERKENAAN AGAMA ISLAM!!!

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 22 Muharam 1436 / 15hb November 2014 Saya merasakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker di Malaysia kini pada hari ini Sabtu (November 15 2014) sangat keterlaluan. Ia seolah mencabar umat islam dan mencampuri urusan undang undang islam yang termaktub di mahkamah syariah.  Perlu diingatkan bahawa dia tidak berhak mempertikaikan tentang perihal yang melibatkan perundangan islam. Kenyataan ini seolah untuk meraih simpati oleh kerana kegagalan mereka meraih undi serta sokongan dari bangsa mereka sendiri.  Jangan cuba membangkitkan kemarahan umat islam dengan mencabar institusi perundangan islam di negara ini. Jangan "menghina" semata mata mahu meraih sokongan sahaja.  Saya pernah memberi amaran kepada presiden MCA agar tidak mencampuri urusan yang melibatkan hal ehwal islam.  Dengan ini saya nyatakan bahawa WIRA PERKASA MALAYSIA amat serius dalam hal ini. Kami akan memast...

Apakah Ketua Pemuda UMNO lupa asal usul?

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia  3 Muharam 1436 / 27hb Oktober 2014 Wira Perkasa merasakan begitu aneh sekali bila Ketua Pemuda UMNO membuat kenyataan mempertikaikan penjelasan AG dalam isu yg dibangkitkan oleh Presiden Perkasa berkaitan membakar Bible bahasa Melayu yg ada perkataan Allah dan tulisan jawi. Inikah sikap seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia bertaraf Menteri? Jika beliau berkat a itu pandangan peribadi beliau, Wira Perkasa mencabar beliau buat mesyuarat tergempar Exco Pemuda UMNO Malaysia dan keluarkan satu ketetapan Pemuda UMNO Malaysia bahawa mereka mahu Presiden Perkasa perlu didakwa atas akta hasutan atas isu tersebut. Kami cabar mereka buat atas nama Pemuda UMNO Malaysia. Sebagai orang muda, kami Wira Perkasa impikan seorang tokoh pemimpin muda yang lantang pertahankan kepentingan Islam apa lagi semakin banyak kes cubaan memurtadkan anak-anak muda Islam. Tetapi apa yang kami boleh harapkan dengan pemimpin muda dari UMNO skrg? Pihak yang mengedar Bible dalam b...

Sekat daripada rakyat asing mengisi minyak subsidi

PETALING JAYA : Kerajaan seharusnya memikirkan satu kaedah agar pemberian subsidi minyak tidak diberikan kepada rakyat dan kenderaan asing. Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata, kenderaan asing tidak sepatutnya mendapat subsidi minyak seperti rakyat Malaysia. “Masalah ini tetap akan datang. Apabila ditarik subsidi minyak ini, yang merananya adalah rakyat Malaysia. “Sebagai contoh boleh dikatakan setengah daripada rakyat Singapura mengisi minyak di Johor dan mereka memperoleh subsidi daripada pengisian minyak tersebut,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini berkata harga petrol RON 95 mungkin kekal pada kadar RM2.30 seliter sehingga Jun tahun depan. Rasionalisasi subsidi petrol yang baharu mungkin tidak akan dibuat sehingga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan sistem pengkhususan pemberian subsidi petrol kepada golongan sasaran pada Jun 2015. Irwa...

Sungguh hebat kita dihina

Asalamuaalaikum Saudara dan saudari yg dirahmat Allah.. 1. Kita sbg Khalifah yg memegang amanah Allah SWT sentiasa diuji dengan penghinaan, cacian, provokasi, leberalisasi agama (seperti program pegang/belai anjing, babi dibaling ke dalam Masjid, isu tudung/ugut, comango, gambar hina Kaabah, buka puasa sup tulang babi, ada pemimpin yang mempertikaikan isi kandungan khutbah Jumaat , guna Surau untuk Buddha, Surau dibaling cat, Azan & Tahrim dipertikai (di Pulau Pinang telah diberhenti), gambar superimpose pelbagai penghinaan dan lain² 2. Kita dituduh sbg rasis oleh pelbagai pihak termasuk orang² Melayu sendiri. 3. Kita dituduh pendatang. Yg tersirat bagi puak² 'musuh' Melayu utk 'membunuh' Melayu. Kita tak prlu terikut² dengan agenda mereka. Ya..kita perlu respon..! Tetapi...yg kritikal pada kita ialah SURVIVAL MELAYU dari segi ekonomi, termasuk pegangan ekuiti, pemilikan hartanah, perniagaan dan lain² Yang paling penting adalah Fokus kepada survival...

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia. Isnin 25 Zulkhijah 1435 / 21hb Oktober 2014

Image
PETALING JAYA: Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris menyangkal keras kenyataan seorang ahli Gerakan Batu Pahat Johor, Tan Lai Soon kerana mengeluarkan kenyataan biadap dan menghasut mengatakan Melayu juga adalah pendatang di negara ini. Kenyataan ini wajar diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghasut umum dengan mengatakan orang Melayu juga pendatang. “Saya ingin beri amaran, jangan bersikap kurang ajar terhadap bangsa Melayu, kaji dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. “Cakap itu dengan akal bukan main buat kenyataan tanpa usul periksa. Ini tidak, malah sebagai seorang pemimpin mengajar bangsa lain untuk menghasut dan mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar,” katanya ketika dihubungi oleh FMT. Tambahnya, beliau menegaskan kepada ahli Gerakan supaya menghormati persetujuan ‘Social Contract’ sebelum zaman kemerdekaan lagi. “Janganlah semata-mata ingin mendapatkan sokongan undi, tetapi mengeluarkan kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan dan menimbulkan p...

Selamat Hari Raya Aidiladha (Korban)

Sabda Nabi SAW: "إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء"، فقيل: وما هن يا رسول الله؟ قال: "إذا كان المَغْنَمُ دُولًا، والأمانة مغنمًا، والزكاة مغرمًا، وأطاع الرجلُ زوجته، وعقَّ أمه، ...

Kekalkan Akta Hasutan 1948

Wira Perkasa M'sia mahu kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948. Apakah sebab untuk kerajaan mahu menghapuskan undang undang yang menjamin keselamatan negara. Kesilapan kerajaan menghapuskan ISA adalah contoh yang sepatutnya dicontohi. Selepas undang undang ISA sudah tiada lagi boleh dikatakan sudah ramai yang mula berani mengeluarkan kenyataan2 dan perbuatan2 yang yang menggangu gugat Negara contohnya apabila sudah ramai berani membelakangi undang undang dan juga sudah ada gerakan yang mahukan Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. Pernah seorang pemimpin daripada Sabah di ISA kan kerana cubaan mengeluarkan Sabah daripada Malaysia. Ini pula giliran Akta Hasutan 1948 yang akan dihapuskan. Wira Perkasa tidak memahami apakah tujuan sebenar dan matlamat sebenar yang melihatkan kerajaan mahu menghapuskan akta Hasutan 1948 yang masih lagi relaven.   Wira Perkasa Malaysia menentang tindakan kerajaan yang mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948. Kerajaan harus sedar, kerajaan yang ad...

Apakah ini cubaan Menghapuskan kuasa Raja Rama Melayu?

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 30 Zulkaedah 1435 / 25hb September 2014 Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menyelar kenyataan Gooi Hsiao Leung MP Alor Star mengesa MB Selangor Azmin Ali "Reformasi Perlembagaan"  Gooi mencadangkan agar undang undang tubuh negeri Selangor mentakrifkan peranan Raja Berperlembagaan untuk mengelakkan kekeliruan ini satu hasutan dan juga mempertikaikan kuasa Raja Raja Melayu. Ini menunjukkan bahawa Gooi cuba mengurangkan kuasa Sultan, sedangkan kepincangan yang berlaku di Selangor itu semuanya berpunca daripada mereka sendiri. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan bahawasanya ini juga cubaan menghapuskan kuasa Melayu. Apakah mereka ini sudah lupa sosial kontrak yang mana telah dipersetujui oleh tok nenek mereka. Hormati apa yang telah dipersetujui dahulu. Bukan mengeluarkan kenyataan biadap seperti ini. Ini juga satu penghinaan terhadap orang orang Melayu. Kuasa Sultan mempunyai kuasa penuh untuk melantik sesiapa daripada parti yang m...

KEKALKAN AKTA HASUTAN 1948.

Image
Asalamuaalikum Akta Hasutan 1948 adalah satu akta yang masih lagi relaven kerana ianya antara undang-undang yang mempertahankan kuasa Raja-Raja Melayu dan kepentingan hak-hak orang-orang Melayu khusunya. Akta ini adalah undang-undang yang melindungi atau mencegah orang-orang  yang tidak bertanggungjawab menghasut rakyat dan ianya penting kerana menjamin keamanan yang kita kecapi selama ini. Walaupun akta ini dikatakan lapok tetapi ianya masih berkesan dalam mendidik rakyat supaya tidak mendatangkan huru hara kepada negara. Bangsa-bangsa lain mungkin sudah lupa bahawasanya Tok nenek mereka sudah setuju dengan Sosial Kontrak yang mana mengiktiraf Melayu sebagai tuan kepada negara ini, agama Islam sebagai Agama Persekutuan ( Sebagai Agama Rasmi Negara ini), mengiktiraf Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka bersetuju dengan Sosial Kontrak ini baru mereka ini boleh menjadi warganegara. Akan tetapi jika mereka tidak setuju dengan sosial...

Gerkan, tak Gerak tak Makan

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 12 Zulkaedah 1435 / 7hb September 2014 Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menggesa pemuda Gerakan lebih baik diam daripada banyak bercakap sedangkan parti kamu telah gagal menyakinkan bangsa kamu sendiri, buktinya daripada PRU 12 dan 13 Parti kamu ditolak oleh orang orang Pulau Pinang sehingga jatuhnya ke tangan DAP dan sehingga kini,  sedangkan setiap ahli Perkasa adalah pengundi,  jangan kamu Pemuda Gerakan yang gagal yang mahu menasihati kami,  sedangkan bangsa Melayu yang banyak mengundi parti parti komponen Barisan Nasional, Lebih baik kamu buat kerja kembalikan kepercayaan bangsa kamu sendiri dulu. Gerakan jangan nak jadi duri dalam daging. Nada parti kamu tak ubah seperti DAP senada. Kepimpinan Wira merasakan Gerakan antara beban kepada Ketuanan Melayu. Hormati kontrak sosial yang mana telah dipersetujui oleh tok nenek kamu dahulu. Hormat perlembagaan Negara yang ada. Buat kerja bukan banyak cakap... Irwan Fahmi Ideris Ketu...

Sudah sudahlah.

Asalamuaalaikum. Hari ini sudah genap setahun apabila saya bersama kepimpinan Wira Perkasa Malaysia pernah mendesak Dato Seri Hj Najib meletakkan jawatan kerana gagal mentakbir urus Negara. Malahan ramai yang menyatakan pelbagai pendapat membangkang dan juga menyokong. Sebelum ini ada yang menyatakan dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan ada juga yang menyatakan saya dibiayai oleh Dato Seri Anwar dan sebagainya. Desakan tempoh hari adalah diatas tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan saya bersama kepimpinan saya telah membuat keputusan bahawa Dato Seri Najib gagal. Untuk makluman sebelum itu saya bersama beberapa kepimpinan Perkasa Pusat seramai 10 orang sudah pun berjumpa dengan Dato Seri Najib secara tertutup di pejabatnya dan memberi pandangan dan serta keadaan selepas PRU13 dan juga bukti bahawa segalanya gagal termasuk 1 Malaysia. Dato Seri Najib gagal menyakinkan kaum cina untuk mengundi Barisan Nasional malahan kaum ini mencatat sejarah, peratusan yang paling tinggi keluar men...

Berhenti daripada Menabur Fitnah

Image
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia. 29 Syawal 1435 / 22hb Ogos 2014 PKR memang sebuah parti yang SEBAR fitnah utk menang p.raya. Kemudian dgn mudah dan muka tak malu, minta maaf bila kena saman. Bulan lepas Syamsul PKR Bt.Katil minta maaf dgn Datuk Jamil Khir. Hari ini anak Anwar Nurul Izah minta maaf dgn Datuk Raja Nong Chik. Politik murahan,tak berakhlak dan tak ada klas. Rakyat pula mudah percaya dan media sosial membantu pula menyebar fitnah2 yg jijik ini. Lihat saja nasib Khalid Ibrahim MB Sgor. Di cetus sensasi TSKI, konon kononnya integriti di ragui. Matalamatnya nak singkir TSKI. Sebenarnya pemimpin utama PKR yg tiada integriti. Ada yg sudah dihukum  di Mahkamah. Banyak lagi contoh2 sebelum ini bagaimana kitaran fitnah yg di lakukan oleh pemimpin2 PKR.. Nampaknya kena tambah lagi mata pelajaran, awasi fitnah pkr utk jenarasi muda atau Y. Slogan PKR Selagi Pak Syeikh AI tak jadi PM, kilang fitnah PKR akan di perhebatkan. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan sud...

TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR DI MAJLIS PERASMIAN MASJID PEKAN SEPANG PADA HARI SELASA, 15 JULAI 2014 BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1435 H

Image
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam. Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini. Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aman dan tenteram. Allah Subhanahu Wata’ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang...

Jangan Cabar Kesabaran Kami.

Image
ULASAN terhadap kenyataan Ramasamy,Tim.KM Penang mengenai cabaran bawa mari 13 mei,katanya tak takut.. Manusia ni hanya cakap nak tunjuk dia hebat dan berani.komen cari makan politik..Kalau tak takut ok lah..sebab org melayu baik2..sebab itu ramai org datang Malaya dulu dan skg sejak jadi Msia lagi ramai org datang..tapi bila TPM ingatkan jangan jadi lagi 13 Mei,apasal LKS bising2.relax la sbb Ramasamy kata tak takut..tahniah kerana tak takut..saya tak tahu,saya takut atau tidak..tapi jangan nak tunjuk angkuh. Ingat di mana langit dijunjung disitu bumi di pijak.pantang melayu di cabar, silakan.kita tidak akan mula dulu sbb melayu pattuh dan hurmat undang2..tapi pantang org melayu, bila org menjual,pasti kita membeli.. Dato Ibrahim Ali(TokHim)

Selesaikan dahulu Permis Permis Judi, Pelacuran di sekitar Kuala Lumpur dahulu

KENYATAAN WIRA PERKASA MALAYSIA 6 Ramadan 1435 / 4hb Julai 2014 WIRA PERKASA Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YB Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Wilayah Persekutuan yang mengehadkan pemberian apa sahaja bantuan kepada gelandangan adalah 2 KM diluar pusat bandar Kuala Lumpur. Kenyataan ini secara jelas adalah merupakan sebuah kenyataan yang tidak mempunyai asas dan tidak sepatut nya dikeluarkan oleh seorang menteri yang mewakili parti politik melayu terbesar dinegara ini. Dalam suasana Ramadhan Al-Mubarak yang mana ramai mengambil kesempatan untuk bersedekah, YB Menteri mengeluarkan kenyataan bodoh dan tidak masuk akal. Apa relevan nya? Ingin pertontonkan kejahilan diri sendiri? Ini bukan soal populariti. Ini soal ibadah yang dituntut dalam Islam. YB Menteri kena pandai bezakan antara pengemis dan peminta sedekah walaupun YB Menteri dilahirkan dalam keluarga bangsawan. Soal mereka (gelandangan) siapa itu perkara ke dua. P...

Berani Sesama Bangsa Sendiri

Kepimpinan Wira Perkasa M'sia menggesa supaya DBKL / Datuk Bandar Kuala Lumpur berbincang dengan penduduk Kg Cuabadak. Sememangnya ianya penempatan haram dan pampasan juga telah diberi. Berkemungkinan tidak mencukupi. Boleh bawak berbincang dengan penduduk untuk menyesaikan masalah. Sedangkan syarikat yang ingin membangunkan tempat ini begitu sombong dan angkuh, syarikat ini ada menyatakan bahawa projek projeknya diluar negara begitu banyak. Ini juga antara salah satu akibat kerajaan tidak mengawal harga rumah. Sehingga duhalau oleh bangsa sendiri. Harga rumah di bandar bandar amat tinggi sehingga ramai Melayu tidak mampu memilikinya. Ini adalah tanggungjawab kerajaan kerana kebanyakan tanah-tanah adalah tanah kurnia daripada kerajaan kepada pemaju pemaju. Ini juga antara sebab sebab kerajaan sedia ada sudah mula ditolak oleh rakyat. Kerana kerakusan pihak-pihak tertentu yang mana mengadai bangsa nya sendiri. Tidak dinafikan penempatan di kawasan ini adalah penempatan haram, dan...

Memo Bantahan Terhadap HLBB

Image
MEMORANDUM BANTAHAN Wira Perkasa Malaysia dengan ini ingin menyampaikan Memorandum Bantahan terhadap Hong Leong Bank Berhad. Memorandum ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan isu-isu berkaitan pekerja-pekerja berbangsa Melayu yang masih bekerja dan yang telah diberhentikan oleh HLBB. Perkasa telah didatangi oleh beberapa pekerja dan bekas pekerja HLBB yang mana mereka mengadu telah berlaku beberapa insiden dan tindakan yang dilihat sebagai menindas mereka. Perkasa amat mengambil berat keatas perkara tersebut. Pengaduan mereka, yang kebanyakkannya, kalau tidak semua, yang terdiri dari ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan atau NUBE, adalah disertakan bukti dan kronologi yang kelihatan jelas kepada Wira Perkasa sebagai tulen dan benar-benar memberikan persepsi bahawa HLBB telah bertindak dengan tidak professional, malah mungkin kearah bersikap rasis. Memorandum ini juga mengutuk sekeras-kerasnya, jika benar ianya berlaku, insiden yang berlaku di Johor Baharu. Kami diberitahu, berla...

Gerakan Jangan Pertikaikan Undang Undang Islam

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 25 Jamadil Akhir 1435 / 25 April 2014 Kenyataan Parti Gerakan ingin membawa isu Hudud yang hendak dibentang oleh Pas di Parlimen ke mahkmah adalah satu tindakan  yang tidak sensitif yang boleh mendatangkan kemarahan penduduk majoriti negara ini iaitu umat Islam. Gerakan sepatut tidak boleh nafikan hak Pas untuk membawa apa-apa usul ke Parlimen. Terpuanglah kepada Ahli Dewan Rakyat membahaskannya dan samada mahu meluluskan atau tidak kuasa di tangan Ahli Dewan Rakyat menentukannya.  Soal urusan umat Islam sepatutnya bukan Islam jangan masuk campur. Ini hak umat Islam untuk melaksanakan kewajipan kami. Jika Parti Gerakan meneruskan juga untuk memfaikannya ke mahkamah, kami Wira Perkasa Malaysia akan bertindak memfailkan permohonan mengenepikan permohonan Gerakan itu di mahkamah yang sama. Perkasa melihat banyak  pihak dari kalangan bukan Islam dalam negara ini semakin melampau kerana satu persatu urusan umat Islam diusik. Perkasa juga b...

Genap 40 Tahun....UITM

Image
Asalamuaalaikum, Hari ini tarikh 22hb April 2014.Tarikh yg tidak akan saya lupa sepanjang hayat saya. 22hb April 1974, iaitu kira2 40tahun yg lalu, sewaktu saya menjadi Presiden Kesatuan Siswa ITM(KSITM), saya memimpin satu perarakkan demonstrasi berjalan kaki dari kampus ITM shah alam menuju ke Parlimen Kuala Lumpur untuk menuntut taraf Universiti bagi ITM. Lebih 6 ribu siswa siswi ITM terlibat, iaitu hampir 100% bersatu, bermula jam 8 mlm dalam, dua barisan berjalan kaki dan bila tiba di Batu 3, Shah Alam, pihak FRU telah bertindak dengan menembak gas pemedeh mata. Keadaan menjadi huru hara dan kelam kabut. Ringkasnya, lebih 1500 orang siswa di tangkap, sekitar 600 orang di masuk ke hospital, ada yg patah tangan, kaki dan berbagai luka parah. Sekitar 600 orang sampai juga ke Parlimen. Siswa ITM jurusan kejuruteraan mengambil aleh keretapi menuju ke KL dan banyak tiang lampu tumbang sepanjang lebuhraya persekutuan. Suasana macam perang. Pd 23hb April 1974, ke esokkan hari saya men...

Apakah keuntungan kepada Negara memeberi Pass Residents kepada Pengkhianat?. Kenyataan Wira Perkasa Malaysia. 11 Jamadil Akhir 1435 / 11hb April 2014

Kepimpinan Wira memandang serius  berkenaan isu kira-kira 1000 orang yang didakwa "tiada bernegara" dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom. Kita difahamkan hanya 3 orang daripada 1000 yang diberi Pas Residen. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan adalah tidak wajar diberi apa-apa kemudahan walaupun Pass  kerana Terbukti mereka ini telah adalah pengkhianat kepada Negara. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia berharap Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan kembali kelulusan yang telah diberikan (Pass Residents) kepada 3 orang pengkhianat Negara Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 11 Jamadil Akhir 1435 / 11hb April 2014. Kepimpinan Wira memandang serius  berkenaan isu kira-kira 1000 orang yang didakwa "tiada bernegara" dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom. Kita difahamkan hanya 3 orang daripada 1000 yang diberi Pas Residen. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan adalah tidak wajar diberi apa-a...

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia. 24 JamadilAwal 1435 / 26 Mac 2014

Image
Sengaja mengeruhkan keadaan pada kekeruhan keadaan yang sedia. Ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan dalam isu MH370. Sepatutnya mereka bukan mempertikaikan apa yang sudah diusahakan atau masih diusahakan dan dalam yang sama merancang usaha bagi menamatkan isu MH370. Mereka sepatutnya bersama sama membantu kerajaan Malaysia dalam usaha menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh negara. Lihat sahaja beberapa pemimpin pembangkang yang tidak sensitif dalam isu MH370 malah meperkotak katik segala usaha yang dijalankan. Dimana nilai nilai kemanusian mereka sebagai seorang manusia? Mempolitikan isu yang tidak sepatutnya dipolitikan menampakkan kerendahan moral sebagai seorang yang diangkat sebagai pemimpin. Adakah manusia seperti mereka layak diangkat sebagai pemimpin? Dalam majoriti rakyat beberapa negara yang terlibat dalam insiden kehilangan MH370 berdoa agar diselamatkan dari sebarang kecelakaan tetapi mereka sibuk memperlekehkan insiden tersebut d...

Siti Kassim tidak mencerminkan umat Islam

Image
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 4 Jamadil Awal 1435 / 6hb Mac 2014 Jangan memperbodohkan bangsa sendiri jika diri sendiri terlalu bodoh. Tindakan salah seorang peguam yang kononnya membawa imej keamanan semasa perhimpunan umat Islam mempertahankan Kalimah Allah di Istana Kehakiman semalam dan dalam masa yang sama menggelarkan orang Melayu yang menyertai perhimpunan tersebut sebagai 'bodoh'. Seharusnya beliau sepatutnya memikirkann sensitiviti orang orang Melayu yang beragama Islam yang menyertai perhimpunan itu. Mereka yang hadir dengan hati yang ikhlas untuk memberi sokongan. Apakah tindakan tersebut sesuatu yang diklasifikasikan sebagai bodoh? Jika diri sendiri terlalu bodoh untuk mengklasifikasikan orang lain sebagai bodoh, kami menasihati beliau jangan memperbodohkan diri beliau sendiri dengan kenyataan tersebut. Lihat sahaja dengan penampilan beliau semasa perhimpunan tersebut? Nilai sendiri..dan buat kesimpulan siapa yang lebih bodoh disini? Siapa lagi yang waj...

Mari kita pertahankan kalimah ALLAH

Asalamuaalaikum. Mari kita doakan moga ALLAH SWT beri kesihatan yang baik dan kelapangan waktu kepada kita semua untuk bersama sama hadir ke perhimpunan mempertahankan kesucian Nama ALLAH, Di Istana Kehakiman, Putrajaya. Pada 5 Mac bersamaan dengan hari Rabu Pada jam 8.30 pagi di hari pendengaran kes rayuan oleh pihak Gereja Khatolik di Mahkamah Persekutuan.   Majlis dimulakan dengan solat hajat, bacaan yaasin dan tahlil di dataran istana kehakiman untuk memohon istighasah kepada ALLAH supaya memperteguhkan pendirian para panel hakim mahkamah persekutuan untuk mempertahankan keputusan mahkamah rayuan pada 14 Oktober 2013 yg memutuskan Kalimah ALLAH eksklusif untuk umat Islam ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia

Apakah yang isi kandung Perjanjian Sidang Plano?

Dimanakah perjanjian Sidang Pleno atau dikenali sebagai "Blue Book"  apakah yang ditandatangani? Apakah isi kandung perjanjian tersebut?  Mengapa beberapa profesor sendiri tidak pernah membaca dan melihat perjanjian ini? Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat . Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan. Antara 1946 -...

7 Wasiat Raja Raja Melayu, Siapa Khianat Siapa?

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. (Sudah Tiada) 2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. (Sudah ketinggalan) 3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. (Masih kekal sehingga kini) 4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini. (Sudah ramai berani mempertikaikan) 5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan. (Sudah yg mula Agama lain mempertikaikan konon konon Perlembagaan Negara fasal 11 tetapi mereka terlupa tertakluk kepada (4) ) 6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAH...

Siapa Nur Jazlan mahu menasihati PERKASA?

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 23 Rabiulakhir 1435 / 23 Feb 2014 Jika berpolitik atas dasar kepentingan individu dan bukan untuk bangsa dan agama,lebih baik Nur Jazlan tutup mulut. Adakah beliau faham akan matlamat penubuhan Perkasa itu sendiri.Perkasa tidak perlu sesiapapun untuk dijinakkan. Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang mempunyai matlamat yang jelas dalam mempertahankan dan memperkasakan agama Islam, mempertahankan hak hak keistimewaan bangsa melayu dan pribumi, memperkasakan kedaulatan raja raja melayu.Perkasa bukan binatang untuk dijinakkan. Beliau harus faham akan matlamat Perkasa ditubuhkan. Perkasa tidak pernah memanggil atau memaksa ahli ahli Umno untuk menyertai Perkasa tetapi ada pelbagai alasan kenapa ahli Umno tersebut menyertai Perkasa. Umno sudah tidak mampu lagi membela nasib orang Melayu seratus peratus, orang Melayu sudah terlalu kecewa dengan Umno itu sendiri, terutama dengan sikap pemimpin seperti Nur Jazlan ini. Fikirkanlah isu yang lebi...

Inilah akibat drp Kepimpinan Negara yang lemah II

Image
Islam serang daripada pelbagai sudut,  Ini berita yang terbaru daripada Pulau Pinang,  tertera di beberapa kawasan di bahagian Pulau,  terdapat bena bena yang menyatakan JESUS ANAK ALLAH.  Ini sudah pasti mencabar orang orang islam. Apakah motif sebenar disebalik bena bena tersebut. Sedangkan undang undang Negara ini ada dalam perlembagaan Negara Fasal 11 (4) tidak boleh agama lain mengajar kepercayaan mereka terhadap orang orang yang beragama Islam. Apakah agama kristian tidak mengajar umatnya menghormati agama lain?  Betapa biadapnya agama ini. Kami umat islam diajar menghormati agama orang lain. Sedangkan dalam mahkamah rayuan telah menyatakan bahawa Allah adalah khusus kepada umat Islam. DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong juga telah menyatakan pendirian bahawa Allah adalah khusus untuk umat islam dan baginda bertitiah atas Ketua Agama dan Ketua Negara. Kita dapat melihat kepimpinan Negara amat lemah sehinggakan tidak dapat mempertahankan kalimah in...

Melayu Pulau Pinang terus di Tindas

Image
Isu perobohan kedai/gerai milik orang orang Melayu di Teluk Bahang Pulai Pinang pada 22hb Januari 2014, Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya berterima kasih kepada Ketua Wira Pulau Pinang Saudara Rizuad dan rakan rakan Wira Perkasa yang lain yang mana telah sedaya upaya menyelamatkan pegawainya daripada terus dikasari dan dipukul dan dalam masa yang sama dapat menenangkan situasi hura hara yang belaku. Walaubagaimanpun usaha beliau dan rakan rakan telah dimanupulasi oleh sesetengah pihak yang mengambarkan beliau adalah salah seorang individu mengasari dan memukul pegawai tersebut. Akibat daripada manupulasi tersebut pihak polis telah menahan beliau untuk siasatan lanjut. Untuk pengetahuan umum Saudara Rizuad telah memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan kerana beliau menghormati undang undang. Satu kawat cam telah dijalankan bagi membantu siasatan  pada 23hb Januari 2014 yang mana yang dikasari dan  beberapa orang pegawai pegawai lain yang terlibat di...

Sudah Sudahlah

Asalamuaalaikum WBT Sudah seperti saya ramalkan, Perdana Menetri masih gagal mempertahankam hak-hak Melayu mengikut Perlembagaan Negara dan undang-undang yang ditetapkan. Ini amat mendukacitakan, sebagai rakyat di Negara ini, Perdana Menteri akur dengan permintaan kamu minoritiri dan mengabaikan hak hak kaum Majoriti. Isu kalimah ALLAH ini sepatutnya ianya ditangani oleh majlis Raja Raja Melayu dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama. Mengapa isu Agama Perdana Menteri membuat keputusan dan membuat polisi tampa merujuk kepada majlis Raja Raja? Ini lah akibat darpada leka ataupun mendengan penasihat penasihat yang tak berapa sihat. Sebelum Pilihanraya Perdana Menteri mendengar penasihat penasihat dan hasilnya amat mendukacitakan. Kali ini nampak sama, masih lagi mendenganr penasihat penasihat yang mahu menghancurkan Negara. Apakah Perdana Menteri masih lagi buta? Sekalu Perdana Memteri keamana Negara adalah asas utama dan juga tunjang bagi sebuah Negara y...

Bangsa ini

Image
MELAYU Melayu yang mana suatu ketika dulu bangsa ini dihormati.  Bangsa ini yang tinggi budi perkertinya,  Bangsa ini setiasa mengenang budi,  Bangsa ini manis budi bahasanya,  Bangsa ini tinggi semagat kejiranannya dan yang paling utama  Bangsa ini kuat pegangan Agamanya. Malangnya,kebelakang ini, Bangsa ini, nilai-nilainya murni kian pudar,  Bangsa ini telah berpecah belah,  Bangsa ini juga semakin jauh untuk bersatu disebabkan perbezaan pendapat/pegangan.  Bangsa ini mula goyah pegangan Agamanya, sehingga ada Bangsa ini yang sanggup menjadi petualang mengadai Agamanya sendiri.  Bangsa ini sudah mula menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan, api didalam sekam. Sekarang ini Bangsa ini sanggup menggadaikan peninggalan Tok Neneknya.  Apakah mampu lagi bangsa ini bertahan, atau ianya akan hanya meninggalkan nama dan kenagan. WALLAH'HUALAM... Wasalam. Irwan Fahmi Ideris

Setelah Agama, Agong pula di Hina

Image
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 18 Rabiul Awal 1434 / 20hb Januari 2014. Semakin hari semakin biadap. Kenyataan seorang peguam yang mempertikai titah Yang Di-Pertuan Agong dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 berhubung isu kalimah Allah. Siapa beliau untuk mempertikai titah dan keputusan tersebut? Jika belum cukup mendalami adap dan tatasusila dalam mempertikai 2 perkara tesebut, lebih baik beliau berdiam diri dan belajar akan adap dan tatasusila dahulu. Walaupun beliau arif dan pakar dalam Perlembagaan tetapi beliau cukup arif dalam hal ehwal Islam sepenuhnya. Apa keperluan beliau untuk mencampur hal-hal agama Islam di Malaysia? Jika beliau tidak selesa dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut beliau memilih negara lain untuk beliau bebas mengamalkan apa jua agama dalam apa jua bentuk sekalipun. Jika mahu terus tinggal di Malaysia, beliau harus akur dengan apa jua keputusan yang diputuskan. Melabelkan Malaysia sebagai negara sekular dan bu...