TIADA LAGI KEISTIMEWAAN MELAYU / BUMIPUTERA DI TANAH MELAYU.


Semenjak kebelakangan ini, menjadi kaum Melayu/Bumiputera bukan lagi menjadi satu keistimewaan diTanah Melayu itu sendiri. Sedikit demi sedikit keistimewaan tersebut dihakis lalu hilanglah ia secara beransur ansur. Kerajaan yang sedia ada seolah olah terlalu menjaga pihak yang disebelah sana daripada menjaga hati bangsanya sendiri, padahal telah banyak pengajaran yang mereka telah berikan secara langsung nahupun secara tidak langsung.

Rentetan daripada beberapa isu yang terang terangan menghina agama Islam dan bangsa Melayu umumnya dibiarkan sepi. Tindakan yang terlalu lembut dan hukuman yang diambil dianggap sebagai tidak setimpal. Merujuk kepada isu seorang individu yang secara terang terangan menghina lagu Negaraku dan beberapa isu isu kontroversi lain, tidak dikenakan apa apa tindakan, malah diberi keistimewaan untuk terus berkarya dalam apa saja bentuk medium.

Individu yang menjadi kepala dalam gerakan bersih yang secara terang terangan menghina perlembagaan Negara, rasanya beratus laporan polis telah dibuat terhadap beliau akan tetapi beliau masih bebas diluar sana juga masih bebas menyuarakan  pendapat dan mengkritik kerajaan tanpa ada sebarang sekatan.

Kisah pasangan lucah yang mencetuskan kontroversi " ucapan selamat berbuka dengan hidangan khinzir" yang mana, secara terang terangan menghina agama Islam, apa hukuman yang mereka terima? Adakah setimpal dengan penghinaan yang mereka lakukan. Dengan ucapan "Maaf" segala galanya dapat diselesaikan atau hukuman akan dikurangkan.

Paling terbaru bilamana dengan angkuhnya seorang paderi kristian mahu menegakkan hak supaya kalimah Allah boleh digunakan oleh puak kristian, walaupun umum tahu bahawa keputusan Mahkamah telah memutiskan kalimah Allah tidak boleh digunapakai oleh pihak kristian.

Beratus laporan polis telah dibuat diseluruh Malaysia, tetapi tindakan yang diambil? Ambil keterangan sahaja, tidak perlu reman.
Bilamana kaum Melayu/Bumiputera dengan beberapa isu isu kecil tetapi isu tersebut sengaja diperbesarkan,tindakan segera diambil bagi memperlihatkan kerajaan amat efisyen dan memandang serius isu tersebut untuk mengelakan isu tersebut menjadi lebih rumit(kononnya).

Isu terbaru,  seorang individu Melayu yang mendakwa beliau adalah pewaris takhta Sultan Melaka, dengan hanya beberapa laporan polis yang telah dibuat, individu tersebut telah ditahan dan direman untuk siasatan. Mengapa tindakan yang sedemikian tidak diambil keatas paderi  yang terang terang menghina Islam dan dalam masa yang sama menghina keputusan Mahkamah. Apakah status beliau sebagai seoarang paderi memberikan imuniti terhadap apa apa tindakan undang undang? Atau ada alasan lain? Ini seolah olah berlaku double standard dalam beberapa pelaksanaan undang undang yang mana menimbulkan rada ketidak puas hati kepada kaum Melayu/Bumiputera.

Kerajaan perlu peka bukan pekak!
Jangan kerana Melayu/Bumiputera yang selalu bertolak ansur ini beransur ansur pula Melayu /Bumiputera ini menolak kerajaan yang sedia ada. Adakah ini yang sepatutnya Melayu/Bumiputera terima selepas 56 tahun Malaysia merdeka? Keadaan seolah olah menjadi lebih buruk selepas tahun demi tahun bilamana Melayu /Bumiputera yang bercakapa dan memperjuangkan tentang hak hak mereka yang termaktub didalam perlembagaan(bukan minta lebih pun) dilabel sebagai Rasis tetapi bilamana pihak disebelah sana dengan terang terangan mempertikai (bukan setakat pertikai tetapi mahu lebih daripada  apa yang mereka sudah dapat) dikatakan menuntut hak yang sepatutnya  ditatang bagai minyak yang penuh. Dalam apa jua keadaan sekalipun kerajaan yang sedia ada harus berubah atau akan diubah, masih punya waktu lagi untuk berubah dan perbetulkan keadaan (ingat..waktu tidak pernah menunggu kita, kita yang perlu mengejarnya).

Ini semua berlaku dengan adanya kepimpinan Negara yang amat lemah, Pemimpin yang kita beri amanah tidak lagi menjaga amanahnya. Manakah letaknya jiwa pemimpin melayu yang mana mengabaikan bangsanya dan menatang bangsa yang lain. Sudah benar pendirian kita pada Ogos yang lalu. Masa berjalan dan tidak akan berulang kembali.

Jangan sampai terlambat tatkkla masa itu sudah tiba, merempatlah Melayu/Bumiputera itu ditanah airnya sendiri.

Irwan Fahmi Ideris.
Ketua Wira Perkasa Malaysia,
16 Rabiul Awal1435 / 18hb Januari 2014

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH