Posts

Showing posts from September, 2011

SEJARAH BENDERA MALAYSIA

Image
SEJARAH BENDERA MALAYSIA Sejarah Bendera Persekutuan Tanah Melayu Merdeka, Merdeka, Merdeka ! - Tepat jam 12.00 malam 30 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan, melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta pejuang-pejuang kemerdekaan menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh rasa bangga. Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka

ISA Dihapuskan

Asalamualikum, Salam Sejahtera Pada malam 15hb September 2011, Perdana Menteri telah mengumumkan penghapusan ISA. Penghapusan ISA ini diganti dengan wujudnya 2 undang-undang baharu, yang mana masih dalam kajian. Disini kita lihat kemungkinan pembaharuan drastik yang diumumkan oleh Perdana Menteri.  Wira Perkasa akan bermesyuarat bersama Ahli Dewan Tertinggi Perkasa sehubungan dengan keputusan Kerajaan menghapuskan ISA. InsyALLAH kita akan keluarkan kenyataan media selepas sahaja mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa