Posts

Showing posts from December, 2013

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 15hb Safar 1435 / 18hb Dec 2013

MEMBANTERAS PENEROKA HARAM SERTA MENINGKATKAN EKUITI / EKONOMI BUMIPUTERA   Pada dasarnya isu ini dilihat sebagai satu perkara yang tidak begitu serius akan tetapi jika diperinci secara halus ianya membangkitkan kebimbangan masyarakat secara keseluruhanya. Saban hari beribu ribu hektar diceroboh dan diteroka di seluruh negara oleh pihak yang mengambil kesempatan atas sikap sambil lewa daripada pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka. Sudah tiba masanya kerajaan perlu mengambil langkah serius bagi menangani isu ini. Tindakan serta hukuman yang berat dan setimpal perlu dikenakan kepada mana mana individu mahupun kumpulan yang terlibat dalam aktiviti penerokaan secara haram untuk pelbagai tujuan. Kegiatan penerokaan tanah secara haram turut memberi kesan buruk kepada alam sekitar dimana jika tidak dibendung ianya turut mengundang bahaya kepada masyarakat. Secara tidak langsung ekonomi setempat juga terjejas sepertimana yang berlaku di Cameron Highlands tempohari. Berlaku hakisa