Posts

Showing posts from January, 2017

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

Rakyat semakin hari semakin terhimpit dengan kehidupan seharian, bebanan demi bebanan ditanggung oleh rakyat dalam masa yang sama kebanyakan pegawai-pegawai tinggi kerajaan kini menghadapi pelbagai tuduhan diantaranya adalah Rasuah. Dimanakah perginya hasil kekayan negara seperti minyak, mineral-mineral yang sepatutnya dikembalikan kembali kepada rakyat? Kekayaan negara adalah milik rakyat Mereka hanya mentakbir urus negara sahaja dan bukan mak bapak mereka yang punya. Mereka ini membuat keputusan selalunya merugikan rakyat dan menyenangkan mereka. Perdana Menteri Najib dahulu kita telah memberi peluang dan menyokong beliau pada PRU yang lepas kerana memandangkan dia mengambil alih tugas Pak Lah yang mana prestasi yang buruk. Namun kita memberi peluang kepada dia untuk menjadi nahoda kapal dan dia menang pada pru yang lepas dengan prestasi lebih buruk daripada Perdana Menteri sebelum ini. Kita juga sebelum ini menunggu apakah perubahan yang akan dibawa oleh Perdana Menteri selepas men…