Posts

Showing posts from August, 2013

Akibat daripada Pimpinan yang Lemah

Asalamuaalaikum, Kita tentu pernah mendengar cerita Natrah & Lina Joy, kedua-duanya berkaitan dengan Agama, Isu Natrah yang mana sehingga mengorbankan nyawa dan mahkamah Belanda mengarahkan Natrah perlu balik kepada Agama asalnya Kristian. Kerana uundang-undang negara itu apabila kanak-kanak yang berusia bawah 16 tahun agamanya ditentukan oleh keluarganya Isu Lina Joy pula berbeza, Lina Joy atau nama Islamnya Azlina Jailani merupakan wanita Melayu yang berumur 42 tahun tetapi kini mengaku telah murtad (keluar dari agama Islam) dan memeluk agama Kristian Katolik. Lantaran itu beliau cuba menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalan MyKad yang dimilikinya. Rayuan dan permohonannya dibuat dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara lansung melalui proses undang-undang sivil. Pada mulanya beliau ke Mahkamah Tinggi, kemudian ke Mahkamah Rayuan, seterusnya ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN). Isu murtad merupakan subjek yang sensitif

KERAJAAN PATUT BERHENTI DARIPADA BERAHSIA - Tun Dr Mahathir Mohammad

Asalamuaalaikum "Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri "Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu. "Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini. (Tun Dr Mahathir) Selepas kegagalan dalam menentukan haluan agenda perdagangan dunia dalam perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Amerika Syarikat (AS) sekarang sedang berusaha memperluaskan pengaruh perdagangannya melalui Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Adalah diharapkan kerajaan dapat teliti agenda tersurat AS melalui perjanjian TPPA ini. Ia dirunding antara Australia, AS, New Zeal

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan

Image
Asalamuaalaikum,  1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL. Ini adalah kerana kepimpinan yg mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India . Bagi kaum cina ianya terbukti gagal, peratusan kaum cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat. Terbukti kegagalan ini sedah diterjemahkan daripada PRU13 tempoh hari. Malangnya kepimpinan tertinggi Negara masih lagi menagih kepada kaum-kaum ini, melatik orang-orang yang tak sepatutnya dilantik. Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal. BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan. Atas dasar apa pemberian ini? Apakah ianya dapat m

Bijak - bijak Hj Najib

Terbukti kesilapan. siapakah yang melantik P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri?, dan apabila terbukti melantik seseorang bukan kerana kredibelitinya/kepandaianya/ kecekapanya inilah yang berlaku, tetapi saya melihat seperti ada perjanjian MOU diantara P Waythamoorthy bersama Perdana Menteri. Apakah kandungan MOU tersebut? Tetapi tidak hairanlah pekara ini berlaku sedangkan Kalimah ALLAH pn di gadai, inikan pula Negara...... Bijak......Bijak Hj Najib  Tahniah kepada Dato Sri Zahid Hamidi Sahabat Zahid Hamidi kerana berani mentempelak P Waythamoorthy kerana menggalakkan/ mempertahankan penjenayah yang cuba membunuh Polis Di Raja Malaysia. Apabila ALLAH mengkehendaki kebaikan bagi suatu kaum maka ALLAH dijadikan Pemimpin-pemimpinya mereka dikalangan orang-orang yang bijaksana dan menjadikan ulamak-ulamak mereka yang menagani hukum dengan adil. Juga ALLAH jadikan harta benda ke tangan orang-orang yang dermawan. Namun jika ALLAH mengkehendaki keburukan

Jangan gentar dedah orang kenamaan campuri siasatan

PUTRAJAYA 23 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak gentar menjalankan tugas dan mendedahkan sekiranya terdapat orang kenamaan tertentu yang mencampuri mana-mana siasatan mereka. Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, polis tidak perlu berselindung kepada pihak media sebaliknya mendedahkan nama orang kenamaan yang mencampuri urusan siasatan tersebut. Sebagai pihak berkuasa yang mendapat sokongan penuh rakyat, tambah beliau, polis perlu adil dan saksama dalam menjalankan tugas tanpa menyembunyikan sebarang maklumat. " Perkasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan terdapat pihak cuba 'bermain-main' dengan pihak berkuasa. "Perkara ini perlu diberikan tumpuan dan pihak polis perlu menyiasat secara menyeluruh terhadap mana-mana orang kenamaan yang mempersoalkan serbuan di sebuah pangsapuri di

Fakta kes Kalimah ' ALLAH '

Image
titular roman catholic archbishop of kuala lumpur melawan kementerian dalam negeri ,kerajaan malaysia ,majlis majlis agama islam negeri dan MACMA oleh : 14 peguam di ketuai dato haji zainul rijal abu bakar presiden persatuan peguam peguam muslim malaysia (PPMM) - 7hb january 2009 - kementerian dalam negeri (responden ) memberikan permit bersyarat kepada titular roman catholic archbishop of kuala lumpur (pemohon )melarang penggunaan kalimah #Allah# didalam penerbitan herald the weekly catholic - 16hb Feb 2009 - responden memfailkan permohonan semakan kehakiaman di makahmah tinggi kuala lumpur permohonan untuk mencelah di mahkamah tinggi kuala lumpur - julai 2009 - pemohonan untuk mencelah di failkan oleh :- . majlis agama islam wilayah persekutuan . majlis agama islam pulau pinang . majlis agama islam dan adat melayu islam perak . majlis agama islam negeri kedah . majlis agama islam dan adat negeri terangganu . majlis agama islam selangor . majlis agama i

Tahniah Kepada Menteri KDN

Asalamuaalaikum WBT Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Saya mewakili Wira Perkasa Malaysia ingin mengucapkan Tahniah kepada Menteri Dalam Negeri kerana telah mengambil satu tindakan yang amat wajar kepada seorang warga Singapura yang berusia 45 tahun yang memberikan penggunan Surau untuk kegunaan menjalakan aktiviti keagaam Budha. Apakah lelaki yang berusia 45 tahun ini benar-benar Islam? Saya amat yakin jika pahaman Agama Islam lelaki benar-benar paham ianya tidak akan berlaku sebegini, sedangkan tempat ini adalah tempat suci. Wanita yang dalam keadaan kotor(Haid) pn dilarang oleh Agama kita untuk memasuki Surau-Surau, Masjid-Masjid malahkan Kubur-kubur tidak dibenarkan masuk inikan secara terang orang-orang bukan Islam menggunakan Surau tersebut untuk Agama mereka. Ini juga boleh memsongkan akidah anak-anak kita. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia juga telah lama menantikan kerajaan yang bijak bertindak men

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 6 Shawal 1434 / 13 Ogos 2013

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 6 Shawal 1434 / 13 Ogos 2013 Sekali lagi negara dikejutkan dengan penyebaran video penggunaan surau disebuah resort diselatan tanah air oleh sekumpulan penganut Budha yang telah mencetuskan kontroversi.Walau apa alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab membenarkan surau digunakan  oleh bukan Islam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.   Dimana letak kesucian surau tersebut? Jika ianya bebas digunakan oleh pihak bukan Islam.Tindakan pihak   pengurusan tersebut adalah jelas sesuatu yang tidak boleh diterima oleh sekalian umat Islam,dimana perkara ini boleh menimbulkan ketengangan antara kaum.Tolenrasi dalam beragama ada batas batas dan komprominya, jangan hanya memikirkan keuntungan dari segi kewangan,agama dilihat perkara nombor 2.  Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku pada masa hadapan dan Wira Perkasa Malaysia mendesak tindakan yang  sewjarnya harus diambil kepada pihak yang bertanggungjawab dalam menangani isu sebeg