Posts

Showing posts from July, 2016

Sokong buat rebah

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
27 Julai 2016 | 22 Syawal 1437H
1. Wira Perkasa Malaysia ingin mempersoalkan tindakan Khairul Azwan Harun (Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia) yang telah membuat laporan Polis terhadap Tan Sri Abdul Ghani Patail bekas peguam negara, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz bekas gabenor bank negara dan Tan Sri Abu Kasim Mohamed bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa mereka ini terlibat dalam konspirasi ingin menjatuhkan Perdana Menteri semalam.
2. Bagaimana Khairul Azwan yang lebih mengetahui hal ini?  Di manakah dia mendapat bukti? Dia mendakwa bahawa dia mengesyaki yang ketiga-tiga bekas kakitangan kerajaan ini mempunyai niat yang jahat terhadap Perdana Menteri. Kalau tiada bukti pihak polis pasti polis tidak melayan tindakan dia untuk membuat laporan polis. Jadi persoalan yang perlu dijawab disini adalah mana dia dapat bukti itu dan apakah ia telah diserahkan kepada pihak polis? 
3. Saya merasakan dia tidak layak untuk be…

Kepimpinan Melalui Teladan

Agama adalah landasan dan juga batas-batas kehidupan, ada yang boleh dan ada yang tidak. Saya yakin semua Agama mengajar kebaikan dan menghindarkan keburukan. 
Akan tetapi kebanyakan pemimpin-peminpin pada hari ini tidak lagi takut kepada dosa, mungkin mereka ini tidak yakin dengan kehidupan selepas kematian. Mereka juga lupa bahawasanya apabila kita berbohong sebenarnya kita membohongi diri sendiri dan sama juga dengan zalim, ianya sebenarnya menzalimi diri sendiri dan mungkin akan mendapat pembalasan di dunia ini juga. 
Sepatutnya pemimpin menjadi contoh "Kepimpinan Melalui Teladan" hari ini ramai yang bertuhankan wang ringgit. Demi wang ringgit sanggup berbuat apa sahaja. Sehingga sanggup menipu, khianat dan pelbagai lagi. Benar wang juga perlu tetapi perolihi lah dengan cara yang halal dan berkat. Janganlah sehingga kita mengambil kesenarang orang lain dan berikan kesusahan kita pada orang lain.
Apakah dengan adanya beberapa insiden yang tidak pernah kita jangka dan terlint…

"Kes Sivil bukan kes jenayah" Kata Perdana Menteri

Beberapa hari ini negara dikejutkan dengan kenyataan daripada kerajaan Amerika yang menyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia ditipu yang berkaitan dengan 1MDB. Kata Perdana Menteri ianya "Civil case" bukan "Crime case" dan apa pun panggilan ianya tetap bermasalah yang sebelum ini Perdana Menteri sendiri menyatakan ianya tidak bermasalah. 
Kebanyakan Rakyat Malaysia dihimpit daripada kos-kos kehidupan seharian yang makin meningkat. Secara jelas himpitan kehidupan Rakyat tidak diendahkan, tetapi mereka hidup bermewahan. Ini jelas kerajaan yang ada sudah tidak boleh dipercayai dan tidak memegang amanah yg diberikan oleh rakyat pada PRU yang lepas. 
Para memanda-memanda menteri janganlah kamu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bodoh atau pun sengaja menyakiti hati rakyat. Apakah kamu-kamu semua bodoh atau pun sengaja memperbodohkan rakyat?
Isu syarikat 1MDB amat memalukan Negara sehingga negara kita terkenal dengan persepsi rasuah di seluruh dunia dan kita selaku raky…

Masuk Islam jika mahu mengenal Islam

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA
02 Julai 2016 | 27 Ramadhan 1437H
1. Merujuk kenyataan dari potal berita Malaysiakini pada 01 Julai 2016, Wira Perkasa Malaysia hari ini ingin mempersoalkan tentang tindakan yang dilakukan oleh Syed Azmi Alhabshi tentang isu berbuka puasa di sebuah gereja.
2. Persoalannya, apakah motif utama yang mereka mahu tunjukkan?  Adakah sekadar mahu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia yang penyayang masih wujud? Tujuan penganjuran majlis mereka pun tidak ada asas yang kukuh. Apakah rakyat Malaysia yang ada pada pada hari ini sudah tidak mempunyai sifat penyayang? Ini semua perkara yang tidak masuk akal.
3. Saya ingin bertanya kepada dia, apakah dia sedar di Malaysia ini kita mempunyai undang2 dan perlembagaan yang perlu kita patuhi? Adakah dia sedar atau tidak tentang sensitiviti agama dalam masyarakat yang berbilang kaum? Jangan hanya buat perkara semata-mata menurut akal. Ini bukan melibatkan adab dan budaya sahaja tapi melibatkan akidah umat islam. Adakah dia…