Posts

Showing posts from January, 2014

Inilah akibat drp Kepimpinan Negara yang lemah II

Image
Islam serang daripada pelbagai sudut,  Ini berita yang terbaru daripada Pulau Pinang,  tertera di beberapa kawasan di bahagian Pulau,  terdapat bena bena yang menyatakan JESUS ANAK ALLAH.  Ini sudah pasti mencabar orang orang islam. Apakah motif sebenar disebalik bena bena tersebut. Sedangkan undang undang Negara ini ada dalam perlembagaan Negara Fasal 11 (4) tidak boleh agama lain mengajar kepercayaan mereka terhadap orang orang yang beragama Islam. Apakah agama kristian tidak mengajar umatnya menghormati agama lain?  Betapa biadapnya agama ini. Kami umat islam diajar menghormati agama orang lain. Sedangkan dalam mahkamah rayuan telah menyatakan bahawa Allah adalah khusus kepada umat Islam. DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong juga telah menyatakan pendirian bahawa Allah adalah khusus untuk umat islam dan baginda bertitiah atas Ketua Agama dan Ketua Negara. Kita dapat melihat kepimpinan Negara amat lemah sehinggakan tidak dapat mempertahankan kalimah ini lalu menjualnya kepada A…

Melayu Pulau Pinang terus di Tindas

Image
Isu perobohan kedai/gerai milik orang orang Melayu di Teluk Bahang Pulai Pinang pada 22hb Januari 2014, Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya berterima kasih kepada Ketua Wira Pulau Pinang Saudara Rizuad dan rakan rakan Wira Perkasa yang lain yang mana telah sedaya upaya menyelamatkan pegawainya daripada terus dikasari dan dipukul dan dalam masa yang sama dapat menenangkan situasi hura hara yang belaku.Walaubagaimanpun usaha beliau dan rakan rakan telah dimanupulasi oleh sesetengah pihak yang mengambarkan beliau adalah salah seorang individu mengasari dan memukul pegawai tersebut. Akibat daripada manupulasi tersebut pihak polis telah menahan beliau untuk siasatan lanjut. Untuk pengetahuan umum Saudara Rizuad telah memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan kerana beliau menghormati undang undang.
Satu kawat cam telah dijalankan bagi membantu siasatan  pada 23hb Januari 2014 yang mana yang dikasari dan  beberapa orang pegawai pegawai lain yang terlibat didalam opera…

Sudah Sudahlah

Asalamuaalaikum WBT

Sudah seperti saya ramalkan, Perdana Menetri masih gagal mempertahankam hak-hak Melayu mengikut Perlembagaan Negara dan undang-undang yang ditetapkan. Ini amat mendukacitakan, sebagai rakyat di Negara ini, Perdana Menteri akur dengan permintaan kamu minoritiri dan mengabaikan hak hak kaum Majoriti. Isu kalimah ALLAH ini sepatutnya ianya ditangani oleh majlis Raja Raja Melayu dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama. Mengapa isu Agama Perdana Menteri membuat keputusan dan membuat polisi tampa merujuk kepada majlis Raja Raja? Ini lah akibat darpada leka ataupun mendengan penasihat penasihat yang tak berapa sihat. Sebelum Pilihanraya Perdana Menteri mendengar penasihat penasihat dan hasilnya amat mendukacitakan. Kali ini nampak sama, masih lagi mendenganr penasihat penasihat yang mahu menghancurkan Negara. Apakah Perdana Menteri masih lagi buta?

Sekalu Perdana Memteri keamana Negara adalah asas utama dan juga tunjang bagi sebuah Negara yang…

Bangsa ini

Image
MELAYU

Melayu yang mana suatu ketika dulu bangsa ini dihormati. 
Bangsa ini yang tinggi budi perkertinya, 
Bangsa ini setiasa mengenang budi, 
Bangsa ini manis budi bahasanya, 
Bangsa ini tinggi semagat kejiranannya dan yang paling utama 
Bangsa ini kuat pegangan Agamanya.

Malangnya,kebelakang ini, Bangsa ini, nilai-nilainya murni kian pudar, 
Bangsa ini telah berpecah belah, 
Bangsa ini juga semakin jauh untuk bersatu disebabkan perbezaan pendapat/pegangan. 
Bangsa ini mula goyah pegangan Agamanya, sehingga ada Bangsa ini yang sanggup menjadi petualang mengadai Agamanya sendiri. 
Bangsa ini sudah mula menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan, api didalam sekam.
Sekarang ini Bangsa ini sanggup menggadaikan peninggalan Tok Neneknya. 
Apakah mampu lagi bangsa ini bertahan, atau ianya akan hanya meninggalkan nama dan kenagan.

WALLAH'HUALAM...

Wasalam.

Irwan Fahmi Ideris

Setelah Agama, Agong pula di Hina

Image
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 18 Rabiul Awal 1434 / 20hb Januari 2014.

Semakin hari semakin biadap. Kenyataan seorang peguam yang mempertikai titah Yang Di-Pertuan Agong dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 berhubung isu kalimah Allah. Siapa beliau untuk mempertikai titah dan keputusan tersebut?
Jika belum cukup mendalami adap dan tatasusila dalam mempertikai 2 perkara tesebut, lebih baik beliau berdiam diri dan belajar akan adap dan tatasusila dahulu. Walaupun beliau arif dan pakar dalam Perlembagaan tetapi beliau cukup arif dalam hal ehwal Islam sepenuhnya. Apa keperluan beliau untuk mencampur hal-hal agama Islam di Malaysia?
Jika beliau tidak selesa dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut beliau memilih negara lain untuk beliau bebas mengamalkan apa jua agama dalam apa jua bentuk sekalipun. Jika mahu terus tinggal di Malaysia, beliau harus akur dengan apa jua keputusan yang diputuskan. Melabelkan Malaysia sebagai negara sekular dan bukan negara Isla…

TIADA LAGI KEISTIMEWAAN MELAYU / BUMIPUTERA DI TANAH MELAYU.

Semenjak kebelakangan ini, menjadi kaum Melayu/Bumiputera bukan lagi menjadi satu keistimewaan diTanah Melayu itu sendiri. Sedikit demi sedikit keistimewaan tersebut dihakis lalu hilanglah ia secara beransur ansur. Kerajaan yang sedia ada seolah olah terlalu menjaga pihak yang disebelah sana daripada menjaga hati bangsanya sendiri, padahal telah banyak pengajaran yang mereka telah berikan secara langsung nahupun secara tidak langsung. Rentetan daripada beberapa isu yang terang terangan menghina agama Islam dan bangsa Melayu umumnya dibiarkan sepi. Tindakan yang terlalu lembut dan hukuman yang diambil dianggap sebagai tidak setimpal. Merujuk kepada isu seorang individu yang secara terang terangan menghina lagu Negaraku dan beberapa isu isu kontroversi lain, tidak dikenakan apa apa tindakan, malah diberi keistimewaan untuk terus berkarya dalam apa saja bentuk medium. Individu yang menjadi kepala dalam gerakan bersih yang secara terang terangan menghina perlembagaan Negara, rasanya bera…

Kembalikan ISA Demi Keselamatan Rakyat

Image
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
8 Rabiulawal 1535 / 10hb Januari 2014Kembalikan ISA/EO atau roh seumpanya.Wira Perkasa dari awal lagi tidak pernah bersetuju dengan penghapusan ISA/EO. Sejak ISA dimansuhkan, beberapa kes jenayah yang berprofil tinggi berlaku dan beberapa pihak mula mengambil kesempatan atas pemansuhan tersebut. Kesan jelas akibat dari pemansuhan akta tersebut: kritikan dan mempersenda secara terbuka terhadap agama Islam(terutama tentang isu kalimah Allah), percubaan penafian terhadap hak hak orang Melayu, menentang dan memperlekehkan institusi Raja Raja Melayu dan pelabagai isu lagi.
Apa yang terjadi ini telah menjadi ancaman terhadap keamanan yang telah kita kecapi sebelum ini. Kita harus bersama sama menjaga keharmonian negara dan jangan menunding jari atas kesalahan orang lain. Inilah risiko apabila hendak mentransfomasikan semua sehingga suara rakyat yang sumbang seperti pemabangkang juga kerajaan tunduk kalah.
Janganlah lagi terikut akan suara mereka yang h…

Marina Mahathir harus kembali jalan yang diredai ALLAH SWT.

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
5hb Rabiulawal 1435 / 7hb Jan 2014
Sudah sampai masanya Marina Mahathir menilai aqidah dan peganganya dalam Islam. Penampilannya, kecendurungannya dan beberapa tindakan beliau diikuti dengan prinsipnya yang mana nilai-nilai serta ciri-ciri seorang Muslim sudah tiada lagi didalam diri beliau. Lantang membela nasib hak asasi koloni yang mengamalkan seks bebas (lgbt) yang mana perkara tersebut dilaknati oleh ALLAH taala. Tegar dan tegas membela mereka yang sonsang yang membolehkan kita membuat kesimpulan bahawa beliau tidak lagi berpegang pada prinsip sebenar seorang Muslim atau mana mana agama dan hidupnya berlandaskan apa yang nyata iatu berdasarkan logik sahaja.Apa yang lebih menyukarkan ialah watak ini tidak akan menerima apa apa jua jua yang berlandaskan agama malah telah diketahui umum menentang beberapa hukum agama sepertu yang kita lihat didalam doktrin doktrin sister in islam (sis).Terang terangan membela ambiga dan mencabar mereka yang meng…

Marina Mahathir harus bertaubat

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia. 
4hb Rabiul Awal 1435 / 6hb Januari 2014.

Apa motif Marina Mahathir sertai himpunan bersama penganut Kristian?

Umum mengetahui siapa Marina Mahathir, salah seorang daripada individu yang memperjuangkan LGBT dan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah seorang daripada yang berkait rapat dengan pergerakan Islam Liberal, Sister in Islam(SIS).Apa motif beliau bersama sama individu lain menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang semalam? Apakah beliau mahu mencetuskan satu lagi kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan JAIS. 

Sebagai seorang Muslim beliau sepatutnya berada bersama sama Muslimin dan Muslimat lain dalam mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh kristian. Yang mana pengarang penerbitan the herald, lawrence Andrew dengan angkuh membuat kenyataan menegaskan orang kristian…