Posts

Showing posts from April, 2015

TPPA??? APAKAH AKAN TERGADAI NEGARA KITA???

Khabarnya Kerajaan akan menandatangani perjanjian TPPA. Saya difahamkan ianya tidak mendatangkan keuntungan kepada Negara, jika ianya baik sekali pun mengapa ianya tidak diterangkan kepada rakyat? dan ianya seperti menyembunyikan sesuatu. Adakah disebabkan agenda TPPA ini sehingga Barak Obama datang ke Malaysia dan boleh meluangkan masa bermain golf pada waktu krismas tempoh hari? 
Jika ianya memudaratkan negara saya bersama kepimpinan Wira Perkasa Malaysia membantah Kerajaan menandatangani TPPA.
Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia

Sudah Cukup segalanya digadai 2

Kenyataan Wira PERKASA Malaysia 17 Jamadilakhir 1436 / 7hb April 2015
Saya bersama kepimpinan Wira PERKASA Malaysia menyokong penuh terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Umum mengetahui kritikan Tun Mahathir kepada Dato Seri Najib baru baru ini telah memberi kesan yang sangat hebat. Saya merasakan bahawa kritikan Tun Mahathir adalah jelas kerana apa yang kita lihat hari ini bahawa Dato Sri Najib telah gagal dalam pentadbiran beliau sebagai seorang Perdana Menteri.
Kritikan Tun Mahathir adalah relevan. Pengalaman beliau selama 22 tahun sebagai pemerintah negara telah membuktikan bahawa Malaysia telah diangkat dimata dunia. Jasa Tun Mahathir kepada negara amat besar dan tidak ternilai. Sumbangan beliau terhadap Agama, Bangsa dan Negara sangat beharga. Pembangunan pesat, penstrukturan ekonomi yang kukuh dan kehadiran Tun di Majlis-majlis rasmi serta Kongres dunia telah membuktikan bahawa Tun Mahathir adalah seorang pemimpin yang berkaliber. 
Kami akan bersama dgn Tun Mahathir…