Posts

Showing posts from September, 2014

Kekalkan Akta Hasutan 1948

Wira Perkasa M'sia mahu kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948. Apakah sebab untuk kerajaan mahu menghapuskan undang undang yang menjamin keselamatan negara. Kesilapan kerajaan menghapuskan ISA adalah contoh yang sepatutnya dicontohi. Selepas undang undang ISA sudah tiada lagi boleh dikatakan sudah ramai yang mula berani mengeluarkan kenyataan2 dan perbuatan2 yang yang menggangu gugat Negara contohnya apabila sudah ramai berani membelakangi undang undang dan juga sudah ada gerakan yang mahukan Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. Pernah seorang pemimpin daripada Sabah di ISA kan kerana cubaan mengeluarkan Sabah daripada Malaysia. Ini pula giliran Akta Hasutan 1948 yang akan dihapuskan. Wira Perkasa tidak memahami apakah tujuan sebenar dan matlamat sebenar yang melihatkan kerajaan mahu menghapuskan akta Hasutan 1948 yang masih lagi relaven.   Wira Perkasa Malaysia menentang tindakan kerajaan yang mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948. Kerajaan harus sedar, kerajaan yang ad

Apakah ini cubaan Menghapuskan kuasa Raja Rama Melayu?

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 30 Zulkaedah 1435 / 25hb September 2014 Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menyelar kenyataan Gooi Hsiao Leung MP Alor Star mengesa MB Selangor Azmin Ali "Reformasi Perlembagaan"  Gooi mencadangkan agar undang undang tubuh negeri Selangor mentakrifkan peranan Raja Berperlembagaan untuk mengelakkan kekeliruan ini satu hasutan dan juga mempertikaikan kuasa Raja Raja Melayu. Ini menunjukkan bahawa Gooi cuba mengurangkan kuasa Sultan, sedangkan kepincangan yang berlaku di Selangor itu semuanya berpunca daripada mereka sendiri. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan bahawasanya ini juga cubaan menghapuskan kuasa Melayu. Apakah mereka ini sudah lupa sosial kontrak yang mana telah dipersetujui oleh tok nenek mereka. Hormati apa yang telah dipersetujui dahulu. Bukan mengeluarkan kenyataan biadap seperti ini. Ini juga satu penghinaan terhadap orang orang Melayu. Kuasa Sultan mempunyai kuasa penuh untuk melantik sesiapa daripada parti yang m

KEKALKAN AKTA HASUTAN 1948.

Image
Asalamuaalikum Akta Hasutan 1948 adalah satu akta yang masih lagi relaven kerana ianya antara undang-undang yang mempertahankan kuasa Raja-Raja Melayu dan kepentingan hak-hak orang-orang Melayu khusunya. Akta ini adalah undang-undang yang melindungi atau mencegah orang-orang  yang tidak bertanggungjawab menghasut rakyat dan ianya penting kerana menjamin keamanan yang kita kecapi selama ini. Walaupun akta ini dikatakan lapok tetapi ianya masih berkesan dalam mendidik rakyat supaya tidak mendatangkan huru hara kepada negara. Bangsa-bangsa lain mungkin sudah lupa bahawasanya Tok nenek mereka sudah setuju dengan Sosial Kontrak yang mana mengiktiraf Melayu sebagai tuan kepada negara ini, agama Islam sebagai Agama Persekutuan ( Sebagai Agama Rasmi Negara ini), mengiktiraf Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka bersetuju dengan Sosial Kontrak ini baru mereka ini boleh menjadi warganegara. Akan tetapi jika mereka tidak setuju dengan sosial kon

Gerkan, tak Gerak tak Makan

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 12 Zulkaedah 1435 / 7hb September 2014 Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menggesa pemuda Gerakan lebih baik diam daripada banyak bercakap sedangkan parti kamu telah gagal menyakinkan bangsa kamu sendiri, buktinya daripada PRU 12 dan 13 Parti kamu ditolak oleh orang orang Pulau Pinang sehingga jatuhnya ke tangan DAP dan sehingga kini,  sedangkan setiap ahli Perkasa adalah pengundi,  jangan kamu Pemuda Gerakan yang gagal yang mahu menasihati kami,  sedangkan bangsa Melayu yang banyak mengundi parti parti komponen Barisan Nasional, Lebih baik kamu buat kerja kembalikan kepercayaan bangsa kamu sendiri dulu. Gerakan jangan nak jadi duri dalam daging. Nada parti kamu tak ubah seperti DAP senada. Kepimpinan Wira merasakan Gerakan antara beban kepada Ketuanan Melayu. Hormati kontrak sosial yang mana telah dipersetujui oleh tok nenek kamu dahulu. Hormat perlembagaan Negara yang ada. Buat kerja bukan banyak cakap... Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa