Posts

Showing posts from 2017

Ayuh Bagun Anak Muda

Angaran seramai 200 ribu graduan baru setiap tahun dan kebayakan graduan ini membuat pinjaman daripada PTPTN. Setelah grad tiada kerja lalu kerajaan menyenarai hitam mereka ini kerana gagal membayar PTPTN. Apakah ini adil untuk graduan / anak muda?
Ayuh anak muda kita perlu membuat ketetapan untuk mengubah nasib anda dengan menukar kerajaan pada PRU yang akan datang. Modes operandinya amat mudah, jangan pangkah dacing. 
Irwan Fahmi Ideris  12hb April 2017
3:30am

Rakyat kian derita

Kehebatan pemimpin masa kini adalah dengan menjual aset negara lalu mengumumkan ekonomi negara kita kini stabil. Sebenarnya mereka yang stabil dan rakyat menderita. Rakyat kini terpaksa mengharungi keadaan ekonomi dengan berbagai yang meningkat secara mendadak.
Cuba kita renungkan hari ini rata-rata kita mendengar keluhan rakyat, peniaga pun juga merasa akibat salah urus ekonomi negara dan kekayaan negara tidak diagihkan dengan adil. Akibatnya pemimpin kaya raya lalu rakyat menderita. 
Ramai yang menyatakan bahawasanya melayu ini bangsa subsidi. Sebenarnya inilah juga cara kerajaan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat secara terus. 
BR1M? Bukan semua mendapat bantuan ini dan bantuan ini nampaknya sekadar melepaskan batuk di tangga. Memberi BR1M lalu kaut kembali daripada rakyat.
Ramai pegawai tinggi kerajaan diberhentikan atas pelbagai alasan. Sepatutnya PERDANA MENTERI seharusnya meletakkan jawatan. Kerana dibebani dengan pelbagai skandal. Saya juga tidak paham mengapa dia terlalu d…

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

Rakyat semakin hari semakin terhimpit dengan kehidupan seharian, bebanan demi bebanan ditanggung oleh rakyat dalam masa yang sama kebanyakan pegawai-pegawai tinggi kerajaan kini menghadapi pelbagai tuduhan diantaranya adalah Rasuah. Dimanakah perginya hasil kekayan negara seperti minyak, mineral-mineral yang sepatutnya dikembalikan kembali kepada rakyat? Kekayaan negara adalah milik rakyat Mereka hanya mentakbir urus negara sahaja dan bukan mak bapak mereka yang punya. Mereka ini membuat keputusan selalunya merugikan rakyat dan menyenangkan mereka. Perdana Menteri Najib dahulu kita telah memberi peluang dan menyokong beliau pada PRU yang lepas kerana memandangkan dia mengambil alih tugas Pak Lah yang mana prestasi yang buruk. Namun kita memberi peluang kepada dia untuk menjadi nahoda kapal dan dia menang pada pru yang lepas dengan prestasi lebih buruk daripada Perdana Menteri sebelum ini. Kita juga sebelum ini menunggu apakah perubahan yang akan dibawa oleh Perdana Menteri selepas men…