Posts

Showing posts from 2013

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 15hb Safar 1435 / 18hb Dec 2013

MEMBANTERAS PENEROKA HARAM SERTA MENINGKATKAN EKUITI / EKONOMI BUMIPUTERA   Pada dasarnya isu ini dilihat sebagai satu perkara yang tidak begitu serius akan tetapi jika diperinci secara halus ianya membangkitkan kebimbangan masyarakat secara keseluruhanya. Saban hari beribu ribu hektar diceroboh dan diteroka di seluruh negara oleh pihak yang mengambil kesempatan atas sikap sambil lewa daripada pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka. Sudah tiba masanya kerajaan perlu mengambil langkah serius bagi menangani isu ini. Tindakan serta hukuman yang berat dan setimpal perlu dikenakan kepada mana mana individu mahupun kumpulan yang terlibat dalam aktiviti penerokaan secara haram untuk pelbagai tujuan. Kegiatan penerokaan tanah secara haram turut memberi kesan buruk kepada alam sekitar dimana jika tidak dibendung ianya turut mengundang bahaya kepada masyarakat. Secara tidak langsung ekonomi setempat juga terjejas sepertimana yang berlaku di Cameron Highlands tempohari. Berlaku hakisa

Ketidakwajaran kenaikan taraf elektrik sebanyak 20% pada 2014

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 26 Muharam 1435 / 29 Nov 2012  Sebagai sebuah kerajaan yang diwawarkan dalam mengutamakan rakyat dalam segala aspek, isu kenaikan elektrik yang bakal dinaikan sehingga 20 peratus pada awal 2014 adalah tidak wajar jika ianya dilihat dari pelbagai segi walaupun jaminan ianya tidak akan membebankan pada masyarakat yang berpendapatan rendah.Kadar yang sediaada sudahpun cukup untuk menjadi beban kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dan kita cuba bayangkan bilamana kenaikan itu dilaksanakan. Alasan kerajaan seperti memberi penekanan terhadap masalah pembaziran tenaga elektrik serta merasionalkan subsidi. Jika kita teliti alasan alasan tersebut ianya bukanlah cara yang betul dalam mendidik rakyat bagi mengelakan pembaziran dan menghadkan subsidi. Realitinya adalah keuntungan yang diutamakan oleh pihak syarikat utiliti tersebut. Saban tahun kita baca, dengar dan lihat keuntungan diperolehi oleh syarikat utiliti tersebut. Maka dengan itu, sebagai

TNB Bebankan Rakyat

Asalamuaalaikum, Dalam keadaan sekarang ini TNB tidak perlu menaikan kadar eletrik, kerana ianya membebankan rakyat. Kerajaan juga perlu peka dengan kesusahan yang ditanggung Rakyat, Kerajaan juga sepatutnya meringankan beban rakyat bukan menyusahkan. Kita semua sedia maklum sedangkan keuntungan TNB ini berbilion Ringgit, malangnya Kerajaan seperti merestui kenaikan ini. Kerajaan seharusnya kene bertindak secara bijak, kenaikan ini ianya membebankan rakyat. Eletrik ini adalah keperluan bagi semua Rakyat. Kebelakangan ini kenaikan keperluan harian meningkat, pendapatan seisi rumah masih lagi pada takuk yang sama. Apakah mereka ini buta atau KURANG CERDIK sehingga menaikkan keperluan-keperluan asas.  Kepimpinan Wira Perkasa M'sia tidak menyokong / membangkang sekeras kerasnya kenaikan bil Eletrik keranan ianya membebankan Rakyat  Wasalam Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia

DYMM Sultan Selangor Bertitiah

Asalamuaalaikum DYMM Sultan Selangor telah bertitah supaya Pihak Kristian menghentikan penggunaan Kalimah ALLAH. Ianya boleh mendatangkan kekeliruan serta memesongkan Akidah umat Islam kususnya. Parti-parti politik harus ingat Negara kita ini mengamalkan Demokrasi Berpelembagaan, dan isu-isu yang berkenaan dengan Islam adalah dibawah bidang kuasa Yg di pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.  Bukan pandai-pandai bg lulus untuk keguanaan orang lain. Inilah sebab antara keputusan-keputusan bertentangan dengan Agama ditakbir urus oleh Raja-Raja Melayu, Jika ianya ditakbir urus oleh orang-orang Politik berkemungkinan ianya boleh terjual seperti apa yang berlaku sekarang ini sehingga ALLAH diheret ke Mahkamah. Wasalam

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 27 Zulhijjah 1434 / 1hb November 2013

Tanya Ketua Pemuda Gerakan,siapa mula serang Perkasa kalau tidak Presiden baru Gerakan..dlm ucapan di  AGM Gerakan..menyalahkan Perkasa,bila Gerakan kalah pru..gerakan kalah pru12 d penang,perkasa belum di tubuhkan..kalau nak berperang,sila,ckp anytime..perkasa bukan parti politik dan tak bertanding dlm pru..tungu election,bila Gerakan bertanding,tengok nanti. Tindakan Ketua Pemuda Gerakan  memberi amaran supaya Perkasa tidak bermain api adalah sesuatu yg Perkasa pandang serius.Perkasa hanya mengutarakan perkara yang benar dan bukan direka2 utk mengeruhkan keadaan. Ternyata kebenarannya bahawa Gerakan sudah tidak relevan dlm arena politik malaysia bilamana peranan parti itu dilihat hanya sekadar mencukupkan kouta dlm pilihanraya. Lihat sahaja P.Pinang yg telah jatuh ketangan pembangkang walaupun semua maklum bahawa P.Pinang adalah kubu kuat bagi Gerakan buat sekian lama. Disitu boleh dilihat kesinambungan Gerakan telah Telah terkubur bilamana gagal mempertahankan P.Pinang malah gagal

P.Kamalanathan Jangan Kurang Hajar

Kenyataan P.Kamalanathan ahli parliment yang tidak membenarkan Ibadah korban dilakukan di sekolah adalah satu tindakan yang menghina orang -orang Melayu dan seluruh umat Islam, sedangkan kami tidak pernah mempertikaikan upacara2 keagaam kamu.kamu juga Tidak hormat kepada Agama kaum Majoriti di negara ini. Kepimpinan Wira menggesa supaya ahli parlimen ini supaya berhenti daripada bercakap tentang Agama Islam, jangan jadi "kacang lupakan Kulit" Hormat sedikit.  Kepimpinan Wira juga menggesa supaya orang-orang seperti ini kita tumbangkan pada PRU yang akan datang, kene ingat kawasan anda mempunyai ramai orang-orang Melayu, jika anda tidak menarik balik, kita tunggu pada pru yang akan datang Sekian Terima Kasih  Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 24 Zulkaedah 1434 / 30 September 2013

24 Zulkaedah 1434 / 30 September 2013   PCA adalah keperluan Negara kita kerana ianya menjamin keselamatan orang Awam, kepada mereka yg tidak mahukan PCA ini pasti ada sebabnya, apakah mereka ini mahukan Negara kita Huru hara, atau pun mereka mempunyai rancangan untuk menghuru harakan Negara, Jika tidak membuat apa apa kesalahan maka apa perlu takut.  Saya bersama seluruh Kepimpinan Wira Perkasa menyokong penuh dengan mengembalikan undang undang yang sama seperti ISA / PCA untuk kesejahteraan Rakyat Malaysia  Sekian Terima Kasih  Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia

Jangan Sambung... Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 19 Zulkaedah 1434 / 25th Sept 2013 Mohd Naim Daruwish, CEO SSM, yang akan ditamatkan kontrak pada November ini, Beliau sebelum ini telah didepan dengan tuntutan & desakan oleh PERKASA untuk bertindak keatas SUARAM atau Suara Inisiatif Sdn Bhd pada awal tahun 2013 Namun sehingga terkini, tiada maklumbalas terhadap desakan tersebut. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia membantah penyambungan kontrak CEO yang tiada krebiliti. Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa M'sia

Zaid Ibrahim harus bertaubat

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 9 Zulkaedah 1434 / 15hb Sept 2013 Walaupun Perkasa dilihat tidak mewakili suara majoriti orang orang Melayu di Malaysia, tetapi harus diingat undi ahli ahli Perkasa  yang jumlahnya hampir 400 ribu orang diseluruh Negara juga harus dikira semasa Pilihanraya Umun dijalankan. Pekasa mempunyai ahli disetiap pelusuk negara tak kira Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Perjuangan Perkasa selama ini bukan perjuangan yang meminta atau menagih tetapi Perkasa hanya mempertahankan hak hak orang Melayu dan Pribumi ditanah Melayu (Malaysia). Jangan hanya pandai melebelkan Perkasa sebagai NGO yang rasis dan chuvanis! Perkasa tidak pernah menuntut hak melampau melebihi apa yang termaktub didalam perlembagaan tapi Perkasa mempertahankan apa yang termaktub dimana jauh berbeza daripada NGO NGO bangsa lain yang menuntut melebihi apa yang telah termaktub! Apa yang dikatakan sebagai rasis? Sila faham apa maksud rasis dan cara mempraktikan rasis secara terperinci

KALIMAH ALLAH, AIR MATA DI PUTRAJAYA

Image
Asalamuaalaikum, Bersyukur kehadrat ALLAH SWT, dapat memberi kekuatan keimanan pada kita semua. Pada 10hb Sepetmber 2013, Pendengaran di Mahkamah Rayuan Putrajaya tentang isu Kalimah ALLAH yang dituntut oleh pihak kristian. Selepas subuh sebanyak 20 buah bas yang datang daripada Kedah telah samapai di Istana Kehakiman Putrajaya. Pada waktu ini kita sudah melihat betapa komitnya orang-orang Kedah sehingga sanggup datang dari jauh untuk menyatakan sokongan moral kepada peguam-peguam yang akan mempertahankan Kalimah ALLAH. Pada jam 8.15 pagi kelihatan pula 3 buah bas daripada Pulau Pinang dan diikuti oleh 2 buah bas daripada Seremban. Pada waktu ini saya sudah melihat orang ramai sudah mula membanjiri kawasan Istana Kehakiman. Alhamdulillah nampak secara jelas umat Islam sudah mula bersemangat akan betapa pentingnya Kalimah ALLAH ini dipertahankan. Seketika orang mula ramai ada beberapa pendakwah dan pemimpin-pemimpin memberi ucapan penerangan dan penjelasan betapa pent

Akibat daripada Pimpinan yang Lemah

Asalamuaalaikum, Kita tentu pernah mendengar cerita Natrah & Lina Joy, kedua-duanya berkaitan dengan Agama, Isu Natrah yang mana sehingga mengorbankan nyawa dan mahkamah Belanda mengarahkan Natrah perlu balik kepada Agama asalnya Kristian. Kerana uundang-undang negara itu apabila kanak-kanak yang berusia bawah 16 tahun agamanya ditentukan oleh keluarganya Isu Lina Joy pula berbeza, Lina Joy atau nama Islamnya Azlina Jailani merupakan wanita Melayu yang berumur 42 tahun tetapi kini mengaku telah murtad (keluar dari agama Islam) dan memeluk agama Kristian Katolik. Lantaran itu beliau cuba menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalan MyKad yang dimilikinya. Rayuan dan permohonannya dibuat dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara lansung melalui proses undang-undang sivil. Pada mulanya beliau ke Mahkamah Tinggi, kemudian ke Mahkamah Rayuan, seterusnya ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN). Isu murtad merupakan subjek yang sensitif

KERAJAAN PATUT BERHENTI DARIPADA BERAHSIA - Tun Dr Mahathir Mohammad

Asalamuaalaikum "Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri "Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu. "Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini. (Tun Dr Mahathir) Selepas kegagalan dalam menentukan haluan agenda perdagangan dunia dalam perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Amerika Syarikat (AS) sekarang sedang berusaha memperluaskan pengaruh perdagangannya melalui Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Adalah diharapkan kerajaan dapat teliti agenda tersurat AS melalui perjanjian TPPA ini. Ia dirunding antara Australia, AS, New Zeal

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan

Image
Asalamuaalaikum,  1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL. Ini adalah kerana kepimpinan yg mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India . Bagi kaum cina ianya terbukti gagal, peratusan kaum cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat. Terbukti kegagalan ini sedah diterjemahkan daripada PRU13 tempoh hari. Malangnya kepimpinan tertinggi Negara masih lagi menagih kepada kaum-kaum ini, melatik orang-orang yang tak sepatutnya dilantik. Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal. BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan. Atas dasar apa pemberian ini? Apakah ianya dapat m

Bijak - bijak Hj Najib

Terbukti kesilapan. siapakah yang melantik P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri?, dan apabila terbukti melantik seseorang bukan kerana kredibelitinya/kepandaianya/ kecekapanya inilah yang berlaku, tetapi saya melihat seperti ada perjanjian MOU diantara P Waythamoorthy bersama Perdana Menteri. Apakah kandungan MOU tersebut? Tetapi tidak hairanlah pekara ini berlaku sedangkan Kalimah ALLAH pn di gadai, inikan pula Negara...... Bijak......Bijak Hj Najib  Tahniah kepada Dato Sri Zahid Hamidi Sahabat Zahid Hamidi kerana berani mentempelak P Waythamoorthy kerana menggalakkan/ mempertahankan penjenayah yang cuba membunuh Polis Di Raja Malaysia. Apabila ALLAH mengkehendaki kebaikan bagi suatu kaum maka ALLAH dijadikan Pemimpin-pemimpinya mereka dikalangan orang-orang yang bijaksana dan menjadikan ulamak-ulamak mereka yang menagani hukum dengan adil. Juga ALLAH jadikan harta benda ke tangan orang-orang yang dermawan. Namun jika ALLAH mengkehendaki keburukan

Jangan gentar dedah orang kenamaan campuri siasatan

PUTRAJAYA 23 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak gentar menjalankan tugas dan mendedahkan sekiranya terdapat orang kenamaan tertentu yang mencampuri mana-mana siasatan mereka. Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, polis tidak perlu berselindung kepada pihak media sebaliknya mendedahkan nama orang kenamaan yang mencampuri urusan siasatan tersebut. Sebagai pihak berkuasa yang mendapat sokongan penuh rakyat, tambah beliau, polis perlu adil dan saksama dalam menjalankan tugas tanpa menyembunyikan sebarang maklumat. " Perkasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan terdapat pihak cuba 'bermain-main' dengan pihak berkuasa. "Perkara ini perlu diberikan tumpuan dan pihak polis perlu menyiasat secara menyeluruh terhadap mana-mana orang kenamaan yang mempersoalkan serbuan di sebuah pangsapuri di

Fakta kes Kalimah ' ALLAH '

Image
titular roman catholic archbishop of kuala lumpur melawan kementerian dalam negeri ,kerajaan malaysia ,majlis majlis agama islam negeri dan MACMA oleh : 14 peguam di ketuai dato haji zainul rijal abu bakar presiden persatuan peguam peguam muslim malaysia (PPMM) - 7hb january 2009 - kementerian dalam negeri (responden ) memberikan permit bersyarat kepada titular roman catholic archbishop of kuala lumpur (pemohon )melarang penggunaan kalimah #Allah# didalam penerbitan herald the weekly catholic - 16hb Feb 2009 - responden memfailkan permohonan semakan kehakiaman di makahmah tinggi kuala lumpur permohonan untuk mencelah di mahkamah tinggi kuala lumpur - julai 2009 - pemohonan untuk mencelah di failkan oleh :- . majlis agama islam wilayah persekutuan . majlis agama islam pulau pinang . majlis agama islam dan adat melayu islam perak . majlis agama islam negeri kedah . majlis agama islam dan adat negeri terangganu . majlis agama islam selangor . majlis agama i

Tahniah Kepada Menteri KDN

Asalamuaalaikum WBT Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Saya mewakili Wira Perkasa Malaysia ingin mengucapkan Tahniah kepada Menteri Dalam Negeri kerana telah mengambil satu tindakan yang amat wajar kepada seorang warga Singapura yang berusia 45 tahun yang memberikan penggunan Surau untuk kegunaan menjalakan aktiviti keagaam Budha. Apakah lelaki yang berusia 45 tahun ini benar-benar Islam? Saya amat yakin jika pahaman Agama Islam lelaki benar-benar paham ianya tidak akan berlaku sebegini, sedangkan tempat ini adalah tempat suci. Wanita yang dalam keadaan kotor(Haid) pn dilarang oleh Agama kita untuk memasuki Surau-Surau, Masjid-Masjid malahkan Kubur-kubur tidak dibenarkan masuk inikan secara terang orang-orang bukan Islam menggunakan Surau tersebut untuk Agama mereka. Ini juga boleh memsongkan akidah anak-anak kita. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia juga telah lama menantikan kerajaan yang bijak bertindak men

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 6 Shawal 1434 / 13 Ogos 2013

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 6 Shawal 1434 / 13 Ogos 2013 Sekali lagi negara dikejutkan dengan penyebaran video penggunaan surau disebuah resort diselatan tanah air oleh sekumpulan penganut Budha yang telah mencetuskan kontroversi.Walau apa alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab membenarkan surau digunakan  oleh bukan Islam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.   Dimana letak kesucian surau tersebut? Jika ianya bebas digunakan oleh pihak bukan Islam.Tindakan pihak   pengurusan tersebut adalah jelas sesuatu yang tidak boleh diterima oleh sekalian umat Islam,dimana perkara ini boleh menimbulkan ketengangan antara kaum.Tolenrasi dalam beragama ada batas batas dan komprominya, jangan hanya memikirkan keuntungan dari segi kewangan,agama dilihat perkara nombor 2.  Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku pada masa hadapan dan Wira Perkasa Malaysia mendesak tindakan yang  sewjarnya harus diambil kepada pihak yang bertanggungjawab dalam menangani isu sebeg

Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM Tunku Abdul Rahman Putra bertarikh 17 Jun 1969

Batu 6, Titi Gajah, Alor Star, 17hb. Jun 1969 Y.T.M. Tunku, Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya. Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu. Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang ter

Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya dipijak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya retak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya teriak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya haprak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kelas dua Melayu mudah lupa Dulu bangsanya hina Melayu mudah lupa Dulu bangsanya sengketa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya derita Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kerdil Melayu mudah lupa Dulu bangsanya terpencil Melayu mudah lupa Tiada daulat Tiada maruah Tiada bebas Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Sejarah bangsanya yang lena Tanah lahirnya yang merekah berdarah Ingatlah Ingatlah Ingatlah Wahai bangsaku Jangan mudah lupa lagi Kerana perjuanganmu belum selesai... Tun Dr Mahathir Mohammad   2001

Kontrak sosial

Apa itu KONTRAK SOSIAL MALAYSIA? Mari kita baca dan FAHAMI. 1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. 2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman. 3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah. 4. Melalui perj anjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu. 5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sep