Posts

Showing posts from July, 2018

Apabila Pengkhianat Bersuara

KENYATAAN MEDIA OLEH IRWAN FAHMI IDERIS
Mantan Ketua Wira Perkasa Malaysia 2010 - 2016
Tarikh : 5 Julai 2018

Saya ingin merujuk kenyataan Bekas Perdana Menteri Malaysia ke 6, Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak di Malaysiakini yang bertarikh 5 Julai 2018. Saya amat percaya kenyataan ini dibuat selepas beliau merasa amat sedih dan kecewa kerana majoriti rakyat Malaysia telah menolak seluruh kepimpinannya pada Pilihan Raya Umum 14.
Selaku Mantan Ketua Wira Perkasa Malaysia saya terpanggil membalas kenyataan yang dibuat beliau yang menyebut Perdana Menteri Malaysia kini iaitu YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pergerakan pelampau Melayu, PERKASA.

Pertamanya saya ingin bertanya kepada beliau. Adakah beliau tahu akan peranan PERKASA? Benarkah PERKASA pergerakan pelampau Melayu? Semasa saya memegang jawatan Ketua Wira Perkasa Malaysia, kita tidak pernah membuat tindakan yang melanggar undang-undang dan perlembagaan. Kita hanya mempertahankan hak yang sepatutnya dibuat. Jadi d…