Monday, January 31, 2011

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:
 
"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
 
Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).
 
Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
 
Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
 
Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
 
Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
 
Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
 
Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 27, 2011

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menerima baik keputusan kerajaan meneruskan penggunaan novel Interlok untuk komponen sastera (Komsas) dalam Bahasa Melayu tingkatan lima.
Bagaimanapun pada masa sama, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia diteruskan dengan pindaan pada bahagian tertentu.
Setiausaha Satu Gapena, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, mereka menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengekalkan penggunaan novel Interlok itu.
Malah katanya, penubuhan panel bebas bagi membuat pindaan pada bahagian tertentu dalam novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu adalah dialu-alukan.
''Kami bersyukur kerajaan membuat keputusan itu. Bagaimanapun kami berharap perkataan asal dalam novel itu tidak diubah malah menyediakan glosari dan nota kaki bagi menjelaskan maksud perkataan-perkataan tertentu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai keputusan kerajaan hari ini untuk meneruskan penggunaan novelInterlok sebagai sebuah novel untuk Komsas dalam Bahasa Melayu tingkatan lima.
Novel Interlok yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India berhubung penggunaan perkataan 'pariah' (paria) di muka surat 211 dan 220.
Sehubungan itu, beberapa pihak mendesak kerajaan menarik balik penggunaan novel tersebut sehingga mendorong kajian semula dibuat melalui panel penilai yang dilantik.
Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, kerajaan turut diminta untuk mengambil kira penghinaan oleh kelompok tertentu yang bertindak membakar novel tersebut sehingga mengguriskan hati penulisnya, Datuk Abdullah Hussain.
''Kita tidak boleh berkompromi dalam penghinaan yang dibuat itu, oleh itu kami meminta kerajaan turut mengambil kira hal ini,'' katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali memberitahu, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan itu kerana ia diteruskan dengan pindaan.
Katanya, adalah lebih baik bagi kerajaan untuk menggantikan novel itu dengan karya lain daripada melakukan pindaan kepada naskhah asal Interlok.
''Sangat tidak betul sekiranya novel itu diubah apa-apa isi kandungannya tanpa kerelaan penulisnya dan jika dipersetujui sekalipun Perkasa akan berasa malu bagi pihak orang Melayu.
''Ia (keputusan) boleh dikatakan merupakan satu peristiwa yang amat malang kepada penulis yang juga merupakan seorang Sasterawan Negara dan kepada orang Melayu amnya.
''Novel itu telah diterbitkan lebih 40 tahun dulu dan sekiranya dirasakan ia tidak sesuai maka batalkan sahaja penggunaanya dengan menggantikan novel lain,'' katanya dalam kenyataan awal Perkasa.
Tambahnya, kandungan novel tersebut langsung tidak bermaksud untuk menghina mana-mana kaum malah perkataan paria memang wujud sehingga kini serta golongan belia India perlu tahu bahawa kasta itu memang wujud.

Thursday, January 13, 2011

KHUTBAH WIDA' RASULLULAH S.A.W

Wahai Manusia,

Dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku sampaikan dan ku katakan, aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu, dengarkanlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir disini pada hari ini.

Wahai Manusia,

Sepertimana kamu menganggap pada bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah bahawa jiwa dan harta setiap orang muslim itu sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta-harta kamu yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan-amalan kamu.

Allah S.W.T telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah terbatal melalui sekarang.

Berwaspadalah kamu terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah kamu agar tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai Manusia,

Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk mendapat makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah kamu terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.


Wahai manusia,

Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat-zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain dan tidak seorang pun dari kamu lebih mulia daripada yang lain kecuali di dalam soal taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap dan menemui Allah S.W.T pada satu hari kelak untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.

Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai manusia,

Tidak ada Nabi dan Rasul yang akan diutuskan selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikanya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang itu pula menyampaikannya kepada orang lain, semoga yang terakhir itu lebih memahami dan menghayati kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu

Nota: Khutbah ini telah Rasulullah S.A.W. sampaikan pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah di lembah gunung arafah

Wednesday, January 12, 2011

Rapat Umum Perhimpunan Melayu di Pasir Salak...Disabotaj...

Asalamualaukum

Pada permulaan Rapat Umum Himpunan Melayu yg akan diadakan di Pasir Salak pada 26 Feb 2011 ni mendapat panggilan supaya di KIV kan, ini juga dengan jelas kerajaan Negeri tidak menghormati Mantan Perdana Menteri ygh akan menyampaikan ucapan ucapan pada hati tersebut.

Di sini juga jelas mereka mahu menjaga bangsa lain sehingga mengenepikan bangsa sendiri dan juga seperti tidak menghormati Manatan Perdana Menteri Tun Mahathir. Apakah mereka yg menerajui "Kerajaan Kalah" takut dengan bayang-bayang sendiri? Apakah tiada jasa Tun Mahathir mengtakbir Negara selama 22 tahun?

Kepimpinan negeri Perak perlu sedar dan kembali kepada asas menjaga yg Majoriti bukan yang minoriti..... Perkasa adalah NGO yg mana terus menentang kezaliman tak kira sesiapa pun.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ifi: BLOGGER Sent from my BlackBerry® wireless device ...

ifi: BLOGGER
Sent from my BlackBerry® wireless device ...
: "BLOGGER
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile."

Perhimpuna Wira Negara Revolusi

Asalamualikum,

Perhimpunan Wira Negara Revolusi telah berjaya menarik anak-anak muda daripada golongan Rockers, skate, Mat Rempit dan lain-lain golongan, perhimpunan selama 3 hari tu berjaya menarik lebih kurang 23,000 pengunjung Muda yg mana lebih kurang 65% tidak di daftarkan sebagai pengundi kerana mereka kurang minat terehadap Politik.

Walau bagaimana pun Wira Perkasa berjaya mendaftarkan mereka sebagai pengundi. Ini juga kejayaan yang besar kerana berjaya mendapatkan pengundi baru. Walau pun kami mendapat pelbagai tanggapan negatif daripada kebanyakan pihak. Wira Perkasa berjaya mengumpulkan seramai 20,000 lebih dengan Tiada Bantuan Kerajaan. Begitu pun kami tetap gigih menjayakan program tersebut.

Wira Perkasa turut berterima kasih kepada Yayasan Bina Upaya, Ketua Pemuda UMNO Perak, Presiden Belia 4B yang turut membantu menjayakan program tersebut. InsyALLAH kami akan meneruskan Program-Program sebegini untuk menarik golongan-golongan muda khususnya untuk sayangkan Negara, dan menyampaikan hasrat kerajaan yg mana golongan ini tetap WIRA NEGARA..........

Wasalam......
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
BLOGGER
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.