Posts

Showing posts from April, 2016

Jangan biadap Ketua Pemuda MIC

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 11 April 2016 | 03 Rejab 1437H Wira Perkasa Malaysia mahu pemuda MIC agar berhenti daripada terus bercakap dan masuk campur dalam isu yang melibatkan hal ehwal Agama Islam. Ini adalah berikutan tentang mereka mahu menghalang Dr. Zakir Naik yang akan mengadakan syarahan di Melaka. Umum mengetahui bahawa Dr. Zakir Naik merupakan seorang tokoh agama yang amat disenangi. Cara penyampaian ceramah dan menjawab soalan sangat dikagumi ramai. Saya nak tanya mereka mengapa perlu menghalang Dr. Zakir dari memberi ceramah? Apakah disebabkan tajuknya iaitu persamaan agama Hindu dan Islam? Saya menyeru agar mereka duduk dan fikir seketika. Kebanyakan penyampaian ceramah oleh Dr. Zakir Naik disampaikan dengan penuh ilmiah. Beliau mengupas sesuatu isu dengan cukup teliti dan penuh yakin. Beliau juga mengupas jawapan kepada setiap persoalan dengan lebih jelas dan terpeinci. Saya ingatkan mereka sekali lagi, jangan cuba mencurah minyak didalam api. Datanglah ceramah