Doa Nasiri

Dengan Nama ALLAH Yang Amat Pemurah Lagi Mengasihani
Selawat ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad dan sekelian keluarga baginda

1) Wahai Engkau pada rahmatNyahalakan tujuan. Pada Mu orang dalam kesempitan mencari perlindungan.

2) Ya Maula, yang kemaafanNya amat hampir. Wahai Engkau yang menolong setiap mereka yang lemah. Engkau bagi kami cukup memafdai Ya Tuhan.

3) Dengan Engkau kami memohon perlindungan, Wahai Engkau yang menolong mereka yang lemah. Engkau bagi kami cukup memadai Ya Tuhan

4) Tiada yang lebih perkasa dari Qudrat Mu dan tiada yang mulia daripada kekuatan Kuasa Mu.

5) Raja-Raja tunduk kepada kehebatan Kerajaan Mu dan Engkau merendahkan dan meninggikan sesiapa yang Engkau kehendaki

6) Dan segala urusan kepada Engkau kembalinya dan ditangan Mu lah
segala kelepasan dan ketentuan.

7) Sesungguhnya telah kami serahkan urusan kami kepada Engkau dan kepada Mu kami mengadu akan kelemahan kami.

8) Rahmatilah kami, Wahai Engkau Yang Mengetahui kelemahan kami dan yang terus memberi rahmat.

9) Lihatlah apa yang kami alami dari segala makhluk. Hal kami di kalangan mereka seperti Engkau lihat.

10) Sesungguhnya pasukan kami kecil, harta kami sedikit, kekuatan kami merosot di antara kumpulan-kumpulan lain.

11) Telah mereka lemahkan perpaduan dan kekuatan kami, dan telah mengurangkan bilangan dan persediaan kami.

12) Wahai Engkau, kerajaan Mu tidak dapat dimusnahkan. Berikan kami perlindungan demi darjat Mu yang tidak boleh dikalahkan.

13) Wahai penolong kepada yang masakin, kepada Engkau kami bersandar. Wahai Gua yang melindungi yang lemah, kepada Mu kami bergantung.

14) Kepada Mu kami bermohon untuk menghilangkan sebarang kesukaran dan kepada Mu kami berharam menghilangkan segala keresahan.

15) Engkau yang memberi inayah (perlindungan) yang tidak dapat kami harapkan datang melalui pintu selain Mu.

16) Engkaulah pintu kemurahan yang kami kejar dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kayakan dengan kurnian Mu.

17) Engkaulah yang memberi petunjuk apabila kami sesat. Engkaulah yang memaafkan apabila kami tergelincir.

18) Ilmu yang Engkau miliki merangkumi setiap sesuatu yang Engkau jadikan serta juga belas kasih, rahmah dan kesabaran Mu.

19) Tiada siapa dalam ujud ini lebih hina dari kami atau tiada yang lebih fakir pada apa yang ada pada Engkau selain kami.

20) Wahai Engkau Yang Mulia Luas IhsanNya. Wahai Engkau yang kebaikanNya meliputi semua makhluk dan tiada lain patut diseru.

21) Wahai Penyelamat (Al-Munqiza) orang yang lemas, Ya Hannan (pengasih/penyayang), Wahai Penyelamat mereka yang binasa dan yang memberi kurnian yang melimpah ruah.

22) Kata-kata tidak memadai Wahai Yang Mendengar (Ya Sami'), mengkabulkan (Ya Mujub), Penawarnya sukar sekali, Wahai Yang Cepat Memperkenankan dan Wahai Yang Hampir.

23) Pada Engkau, Ya Tuhan kami, kami hulurkan kedua tangan kami dan dari Mu Ya Tuhan, kami pohon kan Latiff (kelembutan)

24) Lemah lembutlah dengan kami dalam apa yang Engkau qadha'kan dan jadikan kami redho dengan apa yang Engkau redhoi.

25) Ya Allah gantikan kesusahan kami dengan kesenangan dan bantulah kami dangan angin kemenagan.

26) Berikan kami kemenagan ke atas penentang-penentang kami dan bendunglah kejahatan yang diusahakan oleh mereka yang inginkannya.

27) Tumpaskan musuh-musuh kami Wahai Yang Perkasa dengan kuasa yang memecah belahkan kesatuan dan yang akan menghancurkan kekuasaan mereka.

28) Musnahkan kehendak mereka dan gagalkan usaha mereka dan binasakan tentera-tentera mereka dan goncanglah keazaman mereka.

29) Ya Allah, percepatkan balasan murka Mu ke atas mereka. Sesungguhnya mereka tidak boleh bersemuka dengan Qudrat Mu.

30) Ya Rabbi, Ya Rabbi, perlindunglah kami ialah dengan kasih Mu dan dengan kekuatan pertolongan Mu.

31) Berpihaklah kepada kami dan janganlah memusuhi kami, Janganlah Engkau biarkan kami bersendirian walaupn sesat.

32) Kami tiada kuasa mempertahankan diri serta muslihat untuk mendatangkan menafaat bagi diri kami.

33) Tiada kami tujui pintu yang lain melainkan pintu Mu yang mulia, dan tiada yang kami harapkan melinkan limpah kurnia, Mu yang meliputi segalanya.

34) Tumpuan kami hanyalah mengharapkan barakah Mu kerana Engkau hanya berkata "Jadi" maka "Jadilah".

35) Ya Rabbi, Ya Rabbi, sampai hanya dengan Mu. Kepada apa yang Engkau punyai dan berusahalaitu dengan Mu.

36) Ya Rabbi, Engkau tiang penyokong kam, Ya Rabbi, Engkau kota yang tidak dapat ditembusi.

37) Ya Rabbi, Ya Rabbi, berikanlah kamikeselamatan ketika kami dalam perjalanan ketika diam.

38) Ya Rabbi, Ya Rabbi, peliharalah tanama dan ternakan kami dan peliharalah perniagaan kami dan tambahkan bilangan kami.

39) Jadikan tanah nusa kami, tanah yang Deen (Islam) dan tempat istirehat mereka yang memerlukan dan yang miskin.

40) Berikan kami kuasa ke atas negeri-negeri serta kehormatan, kekebalan dan tatacara pemerintahan.

41) Kurniakan kepada tanah air ini kekuatan daripada rahsia yang terpelihara dan berikannya perlindungan dengan hijab yang jamal.

42) Demi Sad, Qaf dan Nun, kurniakan seribu hijab dihadapannya

43) Demi mertabat cahaya wajah Mu dan mertabat rahsia kerajaan Mu yang menakjubkan.

44) Demi mertabat La ilha illallah dan martabat kejadian Mu yang Paling Sempurna, Ya Rabbi.

45) Dan demi mertabat segala yang dengan para anbiyya' berdoa kepada Mu dan demi memartabat segala yang dengannya para aulia' berdoa kepada Mu.

46) Dan demi memartabat qudrah Qutb dan Autad dan demi Jaras dan Afrad.

47) Dan demi memartabat Akhyar dan memartabat Nujaba dan memartabat Abdal dan memartabat Nuqaba'

48) Dan demi mertabat setiap orang yang beribadah dan berzikir dan mertabat setiap orang yang memuji dan bersyukur.

49) Dan demi mertabat setiap mereka yang Engkau tingkatkan nilai mereka, yakini yang tersembunyi dan yang terkenal namanya.

50) Dan demi mertabat ayat-ayat Quran yang kukuh, dan demi mertabat Ismul Azam yang Agung.

51) Ya Rabbi, Ya Rabbi, dirikan kami sebagai fuqara di hadapan Mu, lemah dan hina.

52) Kami menyeru Mu dengan doa si penyeru yang menyeru Tuhan. Yang mulia yang tidak berpaling daripada si penyeruNya.

53) Terimalah doa kami dengan limpah kurnia Mu dengan peneriamaan seorang yang mengetepikan balasan setimpal.

54) Limpahkan ke atas kami limpah kurnia dari Yang Maha Pemurah dan berlemah lembutlah dengan kami dengan kelembutan Yang Maha Penyabar.

55) Wahai Ya Rahim, panjangkan rahim Mu ke atas kami, dan tebarkan barakah Mu ke atas kami, Wahai Yang Amat Pemurah.

56) Buatlah pilihan untuk kami dalam setiap perkataan kami dan pililihlah untuk kami dalam setiap perbuatan kami.

57) Ya Rabbi, jadikanlah kami sentiasa perpegang dan menghidupkan Sunnah Rasul yang mulia.

58) Khususkan kehendak kami yang banyak hanya untuk Mu dan kurniakan kami makrifah yang sempurna.

59) Satukan ilmu dan perbuatan bagi kami dan halalkan harapan kami kepada tempat tinggal yang abadi.

60) Ya Rabbi, jadikan kami. Mengikut jalan yang beruntung dan jadikan khatam kami khatam para syuhada Ya Rabbi.

61) Jadikan zuriat kami para salihin, ulama yang bertindak dan memberi nasihat.

62) Ya Allah, pulihkan keadaan masyarakat dan Ya Allah, mudahkan penyatuan kami.

63) Ya Rabbi, berikan kejayaan yang jelas kepada dia memikul tanggungjawab dan menegak Deen.

64) Dan tolonglah dia, Wahai Maha Penyabar dan golongannya dan isikan hatinya dengan apa yang Engkau redhoi.

65) Ya Rabbi, bantulah Deen Muhammad dan jadikan akhirnya segala pemulanya.

66) Peliharalah ia Ya Allah, dengan memelihara ulamak dan tingkatkan mimbar cahayanya hingga ke langit.

67) Ampunkanlah, berikanlah kesejahteraan dan tampungilah kekurangan kami dan ampunkan dosa-dosa kami dan dosa-dosa sekelian kaum Mislimin Ya Rabbi.

68) Ya Rabbi, berkatilah "Yang Terpilih" dengan selawat sempurna.

69) Selawat Mu yang menjayakan. Segala urusan yang selayaknya nilainya tinggi.

70) Dan berkatilah keluarganya yang mulia dan sahabat-sahabat yang agung dan mereka yang mengikuti mereka.

71) Segala puji-puji bagi Allah yang dengan pujiNya-lah sesiapa yang mempunyai matlamat dapat memenuhi matlamat tersebut.

......Ahlul Bait.......

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???