Dakwa atau Letak Jawatan



Perkasa hari ini melalui kenyataan Ketua Wira Perkasa Sdr. Irwan Fahmi Ideris, mendesak agar Ambiga didakwa dan sekiranya gagal Peguam Negara boleh lah meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah yang telah diberikan.
Pada hari ini pendirian Wira Perkasa masih menyatakan Ambiga itu “Dajal” kerana Ambiga telah menjadi pengkhianat Agama, dalam masa yang sama Marina Mahathir telah mempertahankan Ambiga, mungkin pada mulanya Marina terlibat dengan Bersih 2.0. tetapi kita tidak menghiraukannya, kali ini lebih teruk apabila Marina mempertahankan Sexsualiti Merdeka, yang mana secara terang ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
“Soalan pertama kepada Marina, Apakah Agama kamu? Kerana jika kamu beragama Islam, tidak akan ada seorang pun yang menyokong “Sexsualiti Merdeka” ini”. Pertanyaan Ketua Wira melalui kenyataan medianya hari ini.
Benar sebagai rakyat Malaysia kita mempunyai kebebasan bersuara tetapi kebebasan saperti ini adalah melampau, jika Marina bukan sahaja tidak menghormati kepada undang-undang Negara tetapi dia tidak menghormati undang-undang Islam.
Ini menunjukkan bahawasanya ceteknya ilmu agamanya, jika Ambiga sebagai Dajal maka Marina sebagai Asistan “Dajal” yang mana membawa Agama Baru “Human Right” bersama dengan Cip Dajal (Ambiga) kita berharap supaya Assistan Dajal ini kembali ke pangkal Jalan yang direadahi oleh ALLAH S.W.T dan hendaklah bertaubat.
Program Seksualiti Merdeka 2011 yang bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka telah mendapat bantahan ramai pihak termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sendiri yang membuat laporan polis dan bantahan aman di hadapan Masjid Negara.
Dimaklumkan pihak Polis telah menerima sebanyak 154 laporan di seluruh negara yang membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011, yang akhirnya pihak polis telah meminta pihak berkenaan membatalkan program tersebut.
Wira Perkasa juga mendesak Peguam Negara, Datuk Ghani Patail supaya “Meletakkan Jawatan” kerana kita melihat beliau tidak mampu menjalankan tugas dengan sempurna. Ini kerana masih tidak mendakwa Ambiga “Dajal” ini.
Pada hari ini sudah 120 hari Ambiga Dajal ini masih bebas. Kita lihat pada bersih yang lalu, lebih kurang 1200 lebih laporan pada Ambiga ini tetapi tiada dakwaan, saya yakin pihak PDRM & KDN sudah menjalankan tugas-tugas mereka.
“Mengapa pihak AG masih lagi tidak mendakwa Ambiga? Adakah AG tak berani mendakwa Ambiga? Atau ada udang sebalik mee”. Tambah Irwan lagi.
Kami juga mencadangkan supaya Datuk Ghani Patail meletakan Jawatan Beliau dan memberi laluan kepada orang-orang yang berani. Jangan tahu mengambil gaji. Sila beri kerjasama supaya memberi laluan kepada Peguam Negara yang baru dan mampu membuat keputusan.

 PERKASA oleh Zanuddin Salleh
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri