Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 15hb Safar 1435 / 18hb Dec 2013


MEMBANTERAS PENEROKA HARAM SERTA MENINGKATKAN EKUITI / EKONOMI BUMIPUTERA
 

Pada dasarnya isu ini dilihat sebagai satu perkara yang tidak begitu serius akan tetapi jika diperinci secara halus ianya membangkitkan kebimbangan masyarakat secara keseluruhanya. Saban hari beribu ribu hektar diceroboh dan diteroka di seluruh negara oleh pihak yang mengambil kesempatan atas sikap sambil lewa daripada pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka. Sudah tiba masanya kerajaan perlu mengambil langkah serius bagi menangani isu ini. Tindakan serta hukuman yang berat dan setimpal perlu dikenakan kepada mana mana individu mahupun kumpulan yang terlibat dalam aktiviti penerokaan secara haram untuk pelbagai tujuan.

Kegiatan penerokaan tanah secara haram turut memberi kesan buruk kepada alam sekitar dimana jika tidak dibendung ianya turut mengundang bahaya kepada masyarakat. Secara tidak langsung ekonomi setempat juga terjejas sepertimana yang berlaku di Cameron Highlands tempohari. Berlaku hakisan tanah, masalah lelodak dan pemendapan sungai, pencemaran kualiti air sungai disebabkan aktiviti pertanian serta banjir kilat dan banjir lumpur.
 
Kesimpulannya, aktiviti penerokaan tanah secara haram dan tidak terancang mendatangkan banyak keburukan pada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, pihak berwajib dan semua pihak yg terlibat secara langsung mestilah serius dalam usaha membendung aktiviti ini. Dalam masa yang sama menggembleng tenaga dan buah fikiran untuk memastikan gejala ini dapat diatasi dengan segera, bak kata pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
 
Oleh yang demikian, perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya. Penguatkuasaan undang-undang KTN perlu dilaksanakan supaya masyarakat & peneroka akan sedar wujudnya kuasa pemerintah yang perlu dipelihara bersama. Hasil daripada perlaksanaan undang-undang tersebut, penggunaan tanah dpt diurus secara sistematik dengan memberikan pajakan kecil melalui agensi kerajaan  (tempoh pajakan dpt diseragamkan utk tempoh 5 tahun) dan kutipan tahunan hasil tanah juga dapat ditingkatkan.  Peluang menyertai ladang rakyat perlu didedahkan kepada semua bumiputera bagi tujuan meningkatkan nilai ekuiti bumiputera di dalam negara (Hak milik tanah perlu dipelihara).
 
Pada dasarnya, kerajaan sepatutnya menyelesaikan perkara-perkara ini bukan dengan menaikkan kadar kehidupan rakyat serta membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik dan juga kenaikan kadar tol. Kerajaan sepatutnya bertindak mengikut undang-undang.

Kesan & Hasil drp penguatkuasaan undang2 Kanun Tanah Negara :
 
masyarakat & peneroka akan sedar wujudnya kuasa pemerintah yg perlu dipelihara bersama :
 
1) penggunaan tanah dpt diurus secara sistematik dengan memberikan pajakan kecil melaui agensi kerajaan  (tempoh pajakan dpt diseragamkan utk tempoh 5 tahun)

2) kutipan tahunan hasil tanah dpt ditingkatkan.

3) peluang menyertai ladang rakyat perlu didedahkan kpd semua bumiputera tujuan dpt meningkat nilai ekuiti bumiputera di dlm negara (Hak milik tanah perlu dipelihara)

4) Kerajaan dapat mengutip cukai serta meningkatkan hasil pendapatan kerajaan.
 
Kepimpinan Wira Perkasa sanggup bersama dengan kerajaan dan egensi kerajaan bagi membenteras perkara ini.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri