AG lebih berkuasa daripada Mahkamah

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 

17 Rabiulakhir 1437 H / 27hb Januari 2016

Wira Perkasa Malaysia berasa amat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Apandi Ali Peguam Negara yang menyatakan bahawa tiada berlakunya kesalahan berkaitan pemindahan wang RM2.6 bilion semalam dan Kata beliau lagi wang tersebut telah dipulangkan kepada penderma dari Arab Saudi.

Berdasarkan apa yang dapat dilihat, Tan Sri Apandi melihat laporan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan akhirnya menyatakan bahawa pemindahan wang RM 2.6 bilion ini tidak mempunyai apa-apa kesalahan. 

Wira Perkasa lebih hairan kenapa tidak perkara ini dibawa ke mahkamah terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Kami juga melihat seperti ada kecurigaan di dalam perkara ini. Adakah perkara ini tidak serius dan bukan dispesifikasikan sebagai satu kes yang besar? Dimana ketelusan dan keadilan para pihak Pendakwa Raya? 

Seksyen 3 Akta SPRM menetapkan bahawa jawatan Perdana Menteri adalah PENJAWAT AWAM yang tidak dibenarkan menerima “suapan” dalam apa jua bentuk sekali pun. (Takrifan “suapan” di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan)

Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan bahawa sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu telah melakukan satu rasuah.

Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan bahawa seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Jika mereka terus bermain dan menunjuk contoh sedemikian maka makin tipis kepercayaan masyarakat terhadap sistem perundangan yang ada di Malaysia pada hari ini. Mereka menganggap perkara ini sebuah mainan politik mereka semata. Sebagai Peguam Negara harus telus dan berwibawa serta amanah memikul undang-undang.

Jika tidak ada "kes" kami menuntut kertas siasatan SPRM di dedahkan kepada rakyat demi membersihkan nama Perdana Menteri Malaysia dan meyakinkan kepada rakyat yang rata-rata sudah hilang kepercayaan terhadap sistem undang-undang dan kerajaan. 

Wasalam

Irwan Fahmi Ideris 
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri