MAC lebih baik jaga bangsa kamu

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA
30 Oktober 2016 | 29 Muharram 1438H

1. Wira Perkasa Malaysia ingin menasihati Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang bimbang pihak berkuasa Islam mencampuri pihak bukan Islam agar lebih baik berdiam dari membuat kenyataan yang lebih mengelirukan orang ramai.

2. Ini berikutan isu burger tidak halal P.Ramly yang dijual dipasaraya secara terbuka di pusat membeli belah di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam hal ini beliau  digesa menasihati peniaga supaya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti masyarakat umum. Bukan bimbang akan peranan dan tanggungjawab pihak berkuasa agama Islam.

3. Pihak berkuasa agama Islam tahu akan peranan dan tanggungjawab mereka. Mereka bertindak atas aduan yang dibuat. Sudah semestinya mereka menyiasat aduan tersebut. Dalam hal ini, premis tersebut disiasat oleh kerana dakwaan pengguna bahawa maklumat tentang penjualan makanan tersebut mengelirukan. Tindakan pihak berkuasa agama Islam memang wajar kerana mereka bertindak menjaga kepentingan masyarakat khususnya orang Islam. Sudah saya ingatkan berkali-kali sebelum ini beliau jangan masuk campur dalam hal ehwal agama Islam. Apakah beliau tidak faham peringatan yang diberi sebelum ini?

4. Penguatkuasa agama Islam bertanggungjawab dalam hal ini. Mereka harus menerangkan sekiranya ada kekeliruan yang timbul. Dalam hal ini, saya melihat bahawa penguatkuasa hanya menjalankan tugas mereka dan ia tidak melanggar perlembagaan. Jika beliau tidak faham tentang peranan dan tugas penguatkuasa agama Islam beliau boleh rujuk dan bertanya dahulu. 

6. Saya ingatkan sekali lagi, kita tidak pernah melarang dan menganggu masyarakat lain menjalani kehidupan dan menganuti agama masing-masing. Kita juga tahu menjaga sensitiviti masyarakat lain. Beliau harus peka bahawa dalam hal ini pihak penguatkuasa agama Islam telah mengambil langkah sewajarnya. Jadi mengapa sampai beliau kata kita tidak sensitif? Janganlah butakan mata dan pekakkan telinga untuk berpihak kepada sebelah pihak sahaja.

7. Wira Perkasa Malaysia merasakan tindakan yang dilakukan oleh penguatkuasa agama Islam adalah wajar dan saya minta kepada Datuk Seri Ti Lian Ker agar lebih baik banyak berdiam dari berkata-kata tentang perkara yang menyusahkan semua orang. Sebelum beliau pertikaikan kredibiliti dan integriti orang lain lebih baik beliau melihat kembali adakah beliau sudah cukup layak untuk menilainya. 

Sekian,
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH