Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.
Rakyat semakin hari semakin terhimpit dengan kehidupan seharian, bebanan demi bebanan ditanggung oleh rakyat dalam masa yang sama kebanyakan pegawai-pegawai tinggi kerajaan kini menghadapi pelbagai tuduhan diantaranya adalah Rasuah.
Dimanakah perginya hasil kekayan negara seperti minyak, mineral-mineral yang sepatutnya dikembalikan kembali kepada rakyat? Kekayaan negara adalah milik rakyat Mereka hanya mentakbir urus negara sahaja dan bukan mak bapak mereka yang punya. Mereka ini membuat keputusan selalunya merugikan rakyat dan menyenangkan mereka.
Perdana Menteri Najib dahulu kita telah memberi peluang dan menyokong beliau pada PRU yang lepas kerana memandangkan dia mengambil alih tugas Pak Lah yang mana prestasi yang buruk. Namun kita memberi peluang kepada dia untuk menjadi nahoda kapal dan dia menang pada pru yang lepas dengan prestasi lebih buruk daripada Perdana Menteri sebelum ini. Kita juga sebelum ini menunggu apakah perubahan yang akan dibawa oleh Perdana Menteri selepas menang pilihan raya? ianya tidak nampak perubahan malah ianya bertambah teruk. Menagih pada yang tak sudi.
Kali ini kita sebagai rakyat perlu membuat keputusan pada pru yang akan datang. Keputusan yang kita buat ini adalah berdasarkan kepada KPI pemimpin yang kita pilih dahulu. Rata-rata memperlihatkan kesusah rakyat berterusan dan rasuah berleluasa. Kerajaan Umum segala perbelanjaan (Budget) yang hanya nampak baik hanya on paper tetapi hakikatnya ianya tidak berjaya. Cukuplah sudah sudah 7 tahun kami selaku rakyat menderita era permerintahan Dato Seri Najib.
Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi. Hanya ditipu hanya sekali. Sudah cukup segalanya digadai, Dato Seri Hj Najib wajar letak jawatan demi kelangsungan sebuah bangsa dan negara.
Sekian
Irwan Fahmi Ideris
5hb Jan 2017
11:23pm
Comments
Post a Comment