CAKAP TAK SERUPA BIKIN

 Asalamuaalaikum 

Kenyataan ahli politik berkenaan kedudukan parti mereka pada PRU yang akan datang menambahkan kekeliruan kepada rakyat. Seharusnya mereka lebih mementingkan keadaan dan 
rakyat pada ketika ini, kita masih lagi melawan Covid-19 yang mana angkanya yang tinggi dan juga banjir yang melanda 6 buah Negeri. 

Mereka ini masih lagi mementingkan kedudukan mereka berbanding rakyat yang semakin susah. Majoriti rakyat pada PRU yang lepas telah menolak Barisan Nasional setelah 60 tahun menjadi kerajaan. Mereka diberi peluang, bukan oleh rakyat tetapi daripada ketidak stabilan politik negara dan juga kolibrasi beberapa parti politik dan orang-orang politik. 

Kebanyakan rakyat yang sebenarnya rasa diperbodohkan kerana peralihan kerajaan berlaku tetapi hanya sementara. Mereka yang mempunyai masalah-masalah rasuah kembali berkuasa dalam masa yang sama keadaan rakyat masih seperti ditakuk yang sama (tiada perubahan) 

Begitu hebat mereka menghentam satu sama lain, didepan ahli-ahli parti mereka, seperti merekalah pejuang dunia akhirat tetapi sebaliknya. 

Rakyat memerlukan bantuan kerana terlalu banyak masalah tidak dapat disesaikan. Adalah lebih baik WAKIL RAKYAT membicarakan prihal rakyat daripada mementingkan diri sendiri.

Mereka yang memimpin perlu ada NIAT, CAKAP DAN PERBUATAN, HENDAKLAH SAMA JANGAN NIAT LAIN CAKAP LAIN DAN PERBUATAN LAIN, tidak sama. 


Irwan Fahmi Ideris 

4hb Jan 2021

1:30pm

nasib 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri