MEREKA MEWAH DIKALA RAKYAT MENDERITA


Asalamuaalaikum.

Apabila persempadanan kawasan-kawasan pilihanraya berlaku siapa yang rugi dan siapa yang untung? Sudah tentu apabila persempadanan semula ini berlaku maka bertambahlah kos-kos untuk membayar gaji-gaji Ahli Parlimen. Kini jumlah Ahli Parlimen adalah 222

Setiap tahun Ahli-ahli Parlimen diberi sejumlah gaji dan elaun untuk mereka menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Peruntukan ini termasuklah gaji sebagai Ahli Parlimen, kehadiran ke sidang Dewan Rakyat, elaun ke mesyuarat dan banyak lagi yang jika dikira boleh mencecah hampir RM40,000.

Kami senaraikan gaji dan elaun Ahli Parlimen menurut infografik yang disediakan Malaysiakini, yang memetik sumber: Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980

Nota: Nilai dan angka ini berdasarkan maklumat sehingga tahun 2020. Mungkin terdapat sedikit sebanyak perubahan. Artikel ini hanya ingin memberi gambaran kasar tentang tangga gaji Ahli Parlimen.

1. Gaji: RM16,000 sebulan

2. Elaun kehadiran sidang Parlimen: RM400 sehari

3. Mesyuarat/bengkel agensi kerajaan: RM300 sehari

4. Elaun keraian: RM2,500 sebulan

5. Bayaran khas kepada MP bukan anggota pentadbiran: RM1,500 sebulan

6. Elaun bulanan tetap perjalanan: RM1,500 sebulan

7. Elaun bahan api kenderaan: RM1,500 sebulan

8. Elaun pembayaran tol: RM300 sebulan

9. Elaun tetap pemandu kereta: RM1,500 sebulan

10. Pembelian telefon bimbit: Sehingga RM2,000 dalam dua tahun

11. Elaun telefon: RM900 sebulan

12. Pembelian komputer: Sehingga RM6,000

13. Bantuan bayaran pakaian black tie: RM1,000 sekali dalam tiga tahun

14. Elaun pakaian rasmi istiadat: Sehingga RM1,500

15. Tugasan rasmi, lebih 32km dari rumah atau elaun hotel: Sehingga RM400 semalam

16. Elaun hidup harian semasa bertugas rasmi -Dalam negara: RM100 semalam – Antarabangsa: RM170 semalam

17. Elaun makan minum bertugas rasmi di luar negara: RM340 semalam

18. Wad kelas satu bilik perseorangan di hospital kerajaan: Percuma

Peruntukan ini termasuklah gaji sebagai Ahli Parlimen, kehadiran ke sidang Dewan Rakyat, elaun ke mesyuarat dan banyak lagi yang jika dikira boleh mencecah hampir RM40,000.

Ini untuk seorang Ahli Parlimen bayangkan jika penambahan Ahli Parlimen ini berlaku. Siapa yang membayar gaji-gaji setiap Ahli Parlimen ini? Bukankah rakyat?

Rakyat kini dihimpit dengan pelbagai kesukaran kehidupan seharian, kos sara hidup yang meningkat. Penambahan ahli parlimen ini suatu pembaziran dan ianya tidak sesuai dengan masa kini. 222 ahli parlimen pun tidak dapat menyesaikan masalah rakyat lagi nak tambah?

Pesanan saya kepada kerajaan,
"TIDAK MEMBANTU RAKYAT TIDAK MENGAPA, TETAPI JANGAN MENYUSAHKAN PULA"

IRWAN FAHMI IDERIS
11:31pm, 9 Jan 2024

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah