Konvoi Kereta Hindraf Hanya Untuk Provokasi Murahan






Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar tindakan kumpulan Hindraf yang mengadakan konvoi kereta bagi mendesak kerajaan mengharamkan novel Interlok selain menyifatkan perhimpunan itu sebagai cara untuk membuat provokasi murahan.
Naib Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi memberitahu tindakan kumpulan semalam jelas menunjukkan Hindraf sengaja menimbulkan ketegangan diantara masyarakat kaum India dengan kerajaan sedangkan beberapa bahagian di dalam novel tersebut telah dipinda.
Jelas beliau, Hindraf bukan sahaja dilihat telah membuat provokasi yang menyentuh sentimen perkauman malah kumpulan berkenaan juga dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat yang menghina kerajaan ketika menjalankan konvoi berkereta itu semalam.
“Dengan mengeluarkan kata-kata kesat bukanlah satu-satunya cara untuk menekan kerajaan sebaliknya perkara itu hanya akan memburukkan keadaan. Tindakan kumpulan ini jelas menunjukkan mereka langsung tidak menghormati kerajaan yang telah membuat keputusan untuk meminda beberapa bahagian dalam novel tersebut.” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Ipoh pagi tadi.
Justeru, pihak Perkasa mencabar Hindraf supaya bertanding dalam Pilihanraya Umum akan datang sebagai satu entiti yang boleh membela nasib kaum India di negara ini bagi membuktikan sejauhmana kemampuan kumpulan tersebut memberi keadilan kepada rakyat.
“Saya minta Hindraf supaya cuba buktikan yang mereka boleh membela masyarakat India di negara ini dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Kita lihat berapa ramai masyarakat kaum itu yang akan menyokong mereka.
“Sekiranya Hindraf benar-benar mewakili suara rakyat berbangsa India di negara ini, sudah tentu tidak menjadi masalah besar kepada mereka untuk mendapat undian.
Katanya, daripada pemantauan apa yang dilihat kumpulan Hindraf ini hanya diwakili sebilangan kecil penduduk kaum India di negara ini.
Malah Irwan menambah, ada dikalangan masyarakat India sendiri tidak bersetuju dengan tindakan biadap kumpulan tersebut yang bukan sahaja membuat provokasi murahan malah sanggup mengadakan perhimpunan ketika perayaan Thaipusam.

“Kita boleh lihat, kumpulan ini bukan sahaja tidak menghormati Perdana Menteri malah agama mereka sendiri dimana telah mengadakan provokasi bantahan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan sambutan perayaan tersebut di Batu Caves.
Sehubungan itu, Perkasa meminta supaya pihak-pihak berkaitan termasuk Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan yang dianggap cuba menimbulkan ketegangan melalui provokasi bersifat perkauman.
Dalam pada itu, Perkasa akan mengadakan ‘PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK’ di Pulau Dato’ Sagor, Kampung Gajah dengan menampilkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai penceramah utama.
Majlis yang diadakan pada 26 hb Febuari, pukul 3.00 petang itu bertemakan  ”Melayu Bangkit di Pasir Salak” dan menjangkakan kehadiran lebih 10,000 orang


daripada blog Perak today

Comments

Popular posts from this blog

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan

PDRM Harus bertindak