JANGAN JADIKAN HUDUD UNTUK MEMANCING UNDI - MCA

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini memberi amaran kepada MCA kerana menghina umat Islam dengan membangkitkan isu hudud.“Isu hudud biar orang Islam tentukan. Jika mahu undi bukan ini caranya sehingga menghina dan mempertikaikan agama orang lain.

Apakah ini sifat–sifat seorang presiden parti politik?“Jangan sampai kami gunakan kuasa (mengundi) yang ada pada kami bila tiba pilihan raya,” kata ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi dalam satu kenyataan media.

Tiga hari yang lalu presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek berkata pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan.Hukuman hudud merupakan salah satu hasrat yang ingin dilaksanakan oleh PAS sekiranya memenangi pilihan raya umum ke 13 nanti.“Angka yang ada pada tangan saya adalah sekitar 1.2 juta. Ini akan menjadi realiti, sebagaimana dijangkakan, PAS menjadi parti dominan,” kata beliau.“Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan jika Pakatan Rakyat memegang kuasa. Ia akan menjadi parti dominan Pakatan Rakyat,” kata Dr Chua.

Irwan turut mengingatkan Dr Chua agar berusaha mendapatkan kembali sokongan masyarakat Cina yang telah hilang semasa pilihan raya umum ke 12 pada 2008.“Sepatutnya MCA bekerja keras untuk mengembalikan kepercayaan kaum mereka, bukan dengan menghina orang lain. Kaum mereka menolak mereka secara terang pada tahun 2008,” kata Irwan.

petikan drp Free Malaysia Today

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri