KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) 4 Jun 2025 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menzahirkan kebimbangan yang amat serius terhadap tindakan berterusan pihak kerajaan menjual aset-aset strategik negara kepada pihak asing dan pelabur luar, yang semakin membimbangkan serta mencetuskan keresahan rakyat. Terkini, kami merujuk kepada laporan mengenai cadangan pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh konsortium yang melibatkan entiti asing termasuk GIC dari Singapura dan Global Infrastructure Partners (GIP), yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan firma luar negara termasuk BlackRock. Apakah mesej yang sedang dihantar oleh kerajaan apabila sebuah aset kritikal seperti MAHB – yang mengurus lebih 30 lapangan terbang di Malaysia – diserahkan ke tangan pemilik luar negara? Sebelum ini, kita telah menyaksikan: Penjualan Proton Holdings Berhad kepada Geely (China); Pegangan IHH Healthcare Berhad dijual kepada Mitsui (Jepun); Tan...
Asalamuaalaikum WBT Pada hemat saya, saya mencadangkan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad menerajui Perikatan Nasional sebagai tokoh penyatuan dan pemacu hala tuju, dengan syarat yang jelas bahawa beliau tidak mempunyai sebarang hasrat untuk kembali sebagai Perdana Menteri serta tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Peranan Tun M wajar tertumpu kepada membimbing, menasihati dan memastikan perjuangan Perikatan Nasional kekal berteraskan kepentingan negara, rakyat serta kedaulatan Perlembagaan, sambil memberi ruang sepenuhnya kepada kepimpinan generasi baru. Irwan Fahmi Ideris Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Asalamuaalaikum, 1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL. Ini adalah kerana kepimpinan yg mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India . Bagi kaum cina ianya terbukti gagal, peratusan kaum cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat. Terbukti kegagalan ini sedah diterjemahkan daripada PRU13 tempoh hari. Malangnya kepimpinan tertinggi Negara masih lagi menagih kepada kaum-kaum ini, melatik orang-orang yang tak sepatutnya dilantik. Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal. BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan. Atas dasar apa pemberian ini? Apakah ianya dap...
Comments
Post a Comment