Majlis Gereja Berdegil Mahu guna Kalimah Allah

10 hb Januari 2013

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia

Kenyataan Majlis Gereja yang berdegil dan membelakangkan titah baginda Sultan Selangor yang sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawasanya kalimah Allah hanya untuk orang-orang Islam sahaja. Ini perlihatkan sememangnya mereka ini wmempunyai muslihat dan tidak menghormati Raja-raja Melayu selaku ketua Agama.

Wira Perkasa Malaysia mengecam dan merasakan pihak gereja sengaja mahu mendatangkan huru hara di kalangan Agama. Sejurus itu Wira Perkasa Malaysia menganggap ini suatu pengkhianatan, penghinaan dan mengaibkan kepada umat islam. Pihak Gereja begitu kurang hajar serta tidak tahu menghormati agama Persekutuan. Apakah tujuan pihak gereja ini? Mereka ini seringkali mengambil kesempatan mengkristiankan umat islam. Apakah mereka ini tak reti / bodoh membaca perlembagaan Negara. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku Agama dihina, aku Raja kita diperlakukan seperti tidak mempunyai maruah.

Sememangnya dalam perlembagaan negara fasal 11 ada menyatakan kebebasan bersuara tetapi harus di ingat dalam perlembagaan negara fasal 11(4) ada menyatakan "Undang² Negeri dan mengenai Wilayah² Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang² persekutuan BOLEH MENGAWAL ATAU MENYEKAT pengembangan dan iktikat atau kepercayaan ugama antara orang² yang MENGANUTI UGAMA ISLAM.

Ini sudah dipersetujui daripada semua pihak. Kemungkinan tok nenek orang-orang Kristian ini terlupa memberi tahu bahawasanya persetujuan telah dibuat sejak dahulu lagi. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menyarankan supaya umat Islam khususnya bersatu demi Agama kita yang sudah dipersendakan. Sudah cukup kita bersabar dengan sikap orang-orang kafir yang mahu mengkafirkan umat Islam. berkemungkinan Wira Perkasa Malaysia akan mengadap Yang Dipertuan Agong untuk menyesaikan isu ini.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH