Zaid Ibrahim harus bertaubat

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
9 Zulkaedah 1434 / 15hb Sept 2013

Walaupun Perkasa dilihat tidak mewakili suara majoriti orang orang Melayu di Malaysia, tetapi harus diingat undi ahli ahli Perkasa  yang jumlahnya hampir 400 ribu orang diseluruh Negara juga harus dikira semasa Pilihanraya Umun dijalankan. Pekasa mempunyai ahli disetiap pelusuk negara tak kira Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Perjuangan Perkasa selama ini bukan perjuangan yang meminta atau menagih tetapi Perkasa hanya mempertahankan hak hak orang Melayu dan Pribumi ditanah Melayu (Malaysia). Jangan hanya pandai melebelkan Perkasa sebagai NGO yang rasis dan chuvanis!

Perkasa tidak pernah menuntut hak melampau melebihi apa yang termaktub didalam perlembagaan tapi Perkasa mempertahankan apa yang termaktub dimana jauh berbeza daripada NGO NGO bangsa lain yang menuntut melebihi apa yang telah termaktub! Apa yang dikatakan sebagai rasis? Sila faham apa maksud rasis dan cara mempraktikan rasis secara terperinci sebelum melabel Perkasa sebagai rasis!
Dalam perjuangan Perkasa kami sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam apa jua situasi bermula dari tertubuhnya pada tarikh 12hb September 2009 sehingga kehari ini. Adakah kerana terlalu menonjol didalam media cetak mahupun media elektronik dalam menyuarakan pendapat (membantah mahupun menyokong) itu dianggap sebagai tindakan yang melampau dalam mencari publisiti. Perkasa tidak berkompromi didalam isu agama Islam dan dalam masa yang sama tehadap hak hak orang Melayu dan Pribumi yang mutlak. Kita Melayu selalu bertolak ansur tetapi jangan sampai kita ditolak beransur ansur.

Meskipun Perkasa tidak mewakili majoriti suara  orang Melayu seperti yang disuarakan oleh Bekas Ahli Parlimen Termerloh  yang mana beliau juga menasihatkan agar Perkasa mengamalkan kesederhanaan dalam membantah mahupun menyokong apa jua isu. Perkasa bukan NGO yang hanya gah pada nama tetapi tunduk dengan apa sahaja yang perintah. Yang benar harus disokong, yang salah wajib dibantah! Maaf! Jangan sesekali menyamakan Perkasa seperti UMNO! Perkasa punya pendirian dalam mempertahankan Islam dan hak hak orang Melayu.
Dan Perkasa tidak perlu nasihat mahupun pandangan daripada orang orang tidak pernah bersama sama kami. Bahaya apa yang dibawa oleh Perkasa? Membalas balik kenyataan Datuk Zahid Ibrahim mengenai pandangan beliau terhadap Perkasa , yang mana mengambarkan Perkasa satu pertubuhan kaum cauvinis yang maha bahaya! Harus diingat Perkasa itu hanya mempertahankan agama dan hak hak bangsa Melayu? Pernah ahli ahli Perkasa ditangkap membunuh bangsa lain? Pernah ahli Perkasa ditangkap membakar rumah ibadat agama lain? Perkasa bukan semurah itu dalam mencipta provokasi. Kontroversi yang digambarkan hanyalah mainan media bagi menghangatkan sesuatu isu. Kami menghormati Perlembagaan Negara dan seterusnya kami mahu semua rakyat tidak mengenal usia bangsa dan status juga melakukan perkara yang sama. Bila kaum lain menuntut hak hak mereka yang tidak sepatutnya dan mempertahankan kaum mereka tidak dianggap rasis, tetapi bila Perkasa  mempertahankan hak hak orang Melayu dan Pribumi, kami dinggap sebagai RASIS! Siapa yang akan pertahankan hak hak Melayu dan Pribumi kalau bukan kaum itu sendiri. Janganlah kerterlaluan dalam menasihati. Jangan digadai maruah bangsa demi anak cucu kita. 

Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia berharap Zaid Ibrahim harus bertaubat,

“Rasa takut (segan) kepada manusia jangan sampai mencegah seorang apabila mengetahui sesuatu yang hak untuk menegakkannya. (HR Ahmad)”

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri