7 Wasiat Raja Raja Melayu, Siapa Khianat Siapa?

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
(Sudah Tiada)

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
(Sudah ketinggalan)

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
(Masih kekal sehingga kini)

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
(Sudah ramai berani mempertikaikan)

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.
(Sudah yg mula Agama lain mempertikaikan konon konon Perlembagaan Negara fasal 11 tetapi mereka terlupa tertakluk kepada (4) )

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
(Kekal)

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
(Kekal)

Ternayata dalam 7 wasiat Raja Raja Melayu sudah mula dihakis Si Pemerintah yang memrintah, tidak menjalakan Amanat ini.

Si pemerintah lemah lalu mengalihkan kesalahan pada orang lain. Ini adalah fitrah manusia yang mana jarang jarang mengaku kesalahanya. Tetapi kita tanya pada Si pemerintah siapa yang memerintah Negara selama ini dan Siapa khianat siapa?

SYABAS....

Comments

Popular posts from this blog

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan

PDRM Harus bertindak