Siti Kassim tidak mencerminkan umat Islam

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
4 Jamadil Awal 1435 / 6hb Mac 2014

Jangan memperbodohkan bangsa sendiri jika diri sendiri terlalu bodoh.

Tindakan salah seorang peguam yang kononnya membawa imej keamanan semasa perhimpunan umat Islam mempertahankan Kalimah Allah di Istana Kehakiman semalam dan dalam masa yang sama menggelarkan orang Melayu yang menyertai perhimpunan tersebut sebagai 'bodoh'. Seharusnya beliau sepatutnya memikirkann sensitiviti orang orang Melayu yang beragama Islam yang menyertai perhimpunan itu.

Mereka yang hadir dengan hati yang ikhlas untuk memberi sokongan. Apakah tindakan tersebut sesuatu yang diklasifikasikan sebagai bodoh? Jika diri sendiri terlalu bodoh untuk mengklasifikasikan orang lain sebagai bodoh, kami menasihati beliau jangan memperbodohkan diri beliau sendiri dengan kenyataan tersebut.

Lihat sahaja dengan penampilan beliau semasa perhimpunan tersebut? Nilai sendiri..dan buat kesimpulan siapa yang lebih bodoh disini? Siapa lagi yang wajib mempertahankan kesucian kalimah Allah kalau bukan umat Islam itu sendiri, kenapa mereka (The Herald) beria ia mahu menggunakan kalimah Allah sedangkan ianya tiada berkaitan dengan agama Kristian itu sendiri.

Kami cabar beliau buktikan bahawa mereka yang hadir berhimpun di Istana Kehakiman semalam tidak membawa suara orang orang Melayu demi mempertahankan Kalimah suci Allah dan sejauh mana kemampuan mereka mampu menimbulkan ancamam keselamatan terhadap keselamatan rakyat dinegara ini? Yang mana beliau harus ingat bahawa beliau adalah ANCAMAN sebenarnya dalam soal akidah umat Islam di Malaysia.

Sesunguhnya kami sebagai orang Melayu dan yang beragama Islam sangat malu dengan manusia yang bernama Siti Kassim yang mengaku beragama Islam dan berbangsa Melayu tetapi adab dan akidahnya tidak melambangkan sedemikian.

Irwan Fahmi Ideris,
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri