Kekalkan Akta Hasutan 1948

Wira Perkasa M'sia mahu kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948. Apakah sebab untuk kerajaan mahu menghapuskan undang undang yang menjamin keselamatan negara. Kesilapan kerajaan menghapuskan ISA adalah contoh yang sepatutnya dicontohi. Selepas undang undang ISA sudah tiada lagi boleh dikatakan sudah ramai yang mula berani mengeluarkan kenyataan2 dan perbuatan2 yang yang menggangu gugat Negara contohnya apabila sudah ramai berani membelakangi undang undang dan juga sudah ada gerakan yang mahukan Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. Pernah seorang pemimpin daripada Sabah di ISA kan kerana cubaan mengeluarkan Sabah daripada Malaysia.

Ini pula giliran Akta Hasutan 1948 yang akan dihapuskan. Wira Perkasa tidak memahami apakah tujuan sebenar dan matlamat sebenar yang melihatkan kerajaan mahu menghapuskan akta Hasutan 1948 yang masih lagi relaven.
 
Wira Perkasa Malaysia menentang tindakan kerajaan yang mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948. Kerajaan harus sedar, kerajaan yang ada kini adalah daripada hasil rakyat majoriti yang memberi kuasa kepada kerajaan supaya memerintah Negara. Ini adalah suara Rakyat yang rata rata menolak menghapuskan Akta Hasutan ini, jika kerajaan masih mahu menghapuskan akta Hasutan 1948 ini, maka Pilihanraya kita pastikan kerajaan ini tidak memerintah lagi kerana tidak menjalankan TANGGUNGJAWAB DAN TIADK AMANAH.

Sekian

Terima Kasih

Irwan Fahmi Ideris
 

Comments

  1. FRIENDLY REMINDER FOR DS NAJIB TUN RAZAK
    Di akhir pembentangan Tun Hamid di forum NGO Islam baru baru ini, mantan Ketua Hakim Negara, menyebut perkara seperti berikut:-

    "Bagi saya, perwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain. Maka kepada anaknya (Dato Sri Mohd najib Tun Razak) saya berseru: Janganlah mansuhkan apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan memaafkan anda kerananya."

    Tun Hamid mengulas.....
    Akta Hasutan 1948 ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:

    “…….mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
    Perlembagaan Persekutuan.”

    Bahagian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

    Peruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa 13 Mei

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH