Gerkan, tak Gerak tak Makan

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
12 Zulkaedah 1435 / 7hb September 2014

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menggesa pemuda Gerakan lebih baik diam daripada banyak bercakap sedangkan parti kamu telah gagal menyakinkan bangsa kamu sendiri, buktinya daripada PRU 12 dan 13 Parti kamu ditolak oleh orang orang Pulau Pinang sehingga jatuhnya ke tangan DAP dan sehingga kini,  sedangkan setiap ahli Perkasa adalah pengundi,  jangan kamu Pemuda Gerakan yang gagal yang mahu menasihati kami,  sedangkan bangsa Melayu yang banyak mengundi parti parti komponen Barisan Nasional,

Lebih baik kamu buat kerja kembalikan kepercayaan bangsa kamu sendiri dulu. Gerakan jangan nak jadi duri dalam daging. Nada parti kamu tak ubah seperti DAP senada.

Kepimpinan Wira merasakan Gerakan antara beban kepada Ketuanan Melayu. Hormati kontrak sosial yang mana telah dipersetujui oleh tok nenek kamu dahulu. Hormat perlembagaan Negara yang ada. Buat kerja bukan banyak cakap...

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri