MCA JANGAN CUBA PERTIKAIKAN BERKENAAN AGAMA ISLAM!!!

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
22 Muharam 1436 / 15hb November 2014

Saya merasakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker di Malaysia kini pada hari ini Sabtu (November 15 2014) sangat keterlaluan. Ia seolah mencabar umat islam dan mencampuri urusan undang undang islam yang termaktub di mahkamah syariah. 

Perlu diingatkan bahawa dia tidak berhak mempertikaikan tentang perihal yang melibatkan perundangan islam. Kenyataan ini seolah untuk meraih simpati oleh kerana kegagalan mereka meraih undi serta sokongan dari bangsa mereka sendiri. 
Jangan cuba membangkitkan kemarahan umat islam dengan mencabar institusi perundangan islam di negara ini. Jangan "menghina" semata mata mahu meraih sokongan sahaja. 

Saya pernah memberi amaran kepada presiden MCA agar tidak mencampuri urusan yang melibatkan hal ehwal islam. 

Dengan ini saya nyatakan bahawa WIRA PERKASA MALAYSIA amat serius dalam hal ini. Kami akan memastikan bahawa tidak ada individu yang boleh mempermainkan agama islam serta sensitiviti orang Melayu. Ingat!! Sultan adalah ketua agama islam. Ia juga telah termaktub dalam perlembagaan. Jangan mencabar!

Irwan Fahmi Ideris 
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

  1. Tapi Encik Irwan Fahmi jika bangsa sendiri yg mempertikaikan Hal-Ehwal Islam mcm mana pulak?? Minta pencerahan... TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengkhianat ini bkn sahaja berada dikalangan kita ianya juga ada dimana mana sejarah telah buktikan runtuhnya kerajaan kerajaan lama akibat adanya Pengkhianat. Tetapi apa pun marilah bersama sama kita pertahankan apa yg ada yg semakin dihakis oleh orang lain

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH