Tidak menggangu gugat agama bangsa lain.

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia
10 RabiulAkhir 1436 / 2hb Febuari 2015

Setinggi tahniah dan terima kasih diucapkan pada Datuk Ustaz Kazim Elias atas perkara yang dinyatakan dalam ceramah beliau yang saya tonton melalui applikasi whatsapp baru baru ini.

Beliau telah menyedarkan segelintir orang orang melayu yang kini ramai yang telah berpaling arah untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa Melayu. Saya rasa sesiapa saja yang menonton pasti akan terkesan kerana kini sudah ramai yang tidak mahu ambil kisah tentang pejuang negara yang majoriti berbangsa Melayu yang mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air.

Persetankan kepada mereka yang hanya tahu mengeji mencaci memaki usaha kita dalam mempertahankan maruah agama bangsa dan negara ini. Tidak ada manfaat yang kita peroleh dari mereka pun. Apa salah Datuk Ustaz Kazim Elias hingga ada antara mereka sanggup membuat laporan polis dengan menyatakan bahawa Datuk Ustaz Kazim Elias membuat kenyataan yang berbaur perkauman..?? Apa yang dikatakan oleh Datuk Ustaz Kazim adalah benar. 

Kita seharusnya sedar dan bangkit dari tidur lena. Ingatlah orang orang Melayu. Kini kita hanya tinggal kuasa yang akan menentukan hala tuju kedudukan bangsa kita. Jangan mudah melatah apabila ditegur. 

Kami Wira Perkasa berharap agar pihak Polis DiRaja Malaysia akan membuat penelitian, bertindak secara adil dan saksama jika perlu dalam memenuhi SOP demi menjaga integriti pasukan beruniform. 

Kami juga menyokong Datuk Ustaz Kazim Elias serta bersetuju dengan perkara yang dinyatakan dalam video ceramah beliau adalah perkara yang benar. Ingat kealpaan  kita sendiri akan memecah belahkan perhubungan antara kita akhirnya. Bersatulah demi menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Sekian

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH