Ditipu Hanya Sekali

Keputusan PRU 13 yang lepas membuktikan hasil kerja buat kerajaan yang tidak dapat menarik undi kaum Cina setelah semuanya digadai. antaranya adalah:-

1. Membenarkan pencetakan dalan Negara dan mengimpot bible daripada Indonesia (Dalamnya mempunyai Kalimah Allah) dan mengedarkan di Seluruh Malaysia. Yang mana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal 11(4)

2) BR1M

3) Memberi jutaan ringgit kepada sekolah cina sedangkan banyak sekolah Tahfiz yang tidak dibantu.

Sebanyak 87% kaum ini keluar mengundi dan ianya sejarah yang terbanyak keluar mengundi tetapi kerajaan hanya mendapat 3% ke 5% undi sahaja dan sehingga kini Hj Najib masih lagi membuat perkara yang sama sedangkan segala kerja buat nya tidak membuahkan hasil.

PRU13 yang lepas orang-orang melayu tiada pilihan terpaksa memilih Barisan Nasional. Kerajaan harus ingat kerana UNDI MELAYU mereka berkuasa. Kita lihat Hj Najib masih lagi sombong dan angkuh menjawab persoalan rakyat dengan sindiran. Harus diingat dengan Kuasa Melayu Hj Najib berkuasa pada hari ini.

Orang-orang Melayu merasakan tertipu dengan kerajaan yang masih meminta sedekah (Undi) kepada yang tak sudi, dan meminggirkan yang memberi kuasa pada mereka tempoh hari. Kita tunggu pilihanraya yang akan datang. Jatuh bangun ditangan rakyat.

DITIPU HANYA SEKALI...


Irwan Fahmi Ideris

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri