Tabung Haji atau pun Tabung 1MDB ???

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia

19 Rejab 1436/1437

Saya amat merasa dukacita dan kesal dengan tindakan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez yang membenarkan Tabung Haji terlibat dalam urusan pembelian tanah 1MDB.

Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku? Dimana letak keperihatinan dan tanggungjawab Pengerusi dan Pegawai Eksekutif Operasi Tabung Haji? Apa kepentingan Tabung Haji membeli tanah tersebut? Tabung haji adalah badan kewangan yang memegang amanah rakyat yang menyimpan wang bagi urusan mengerjakan Haji di Mekah. Jadi apa kaitan tanah 1MDB dengan Tabung Haji? 

Perkara ini telah mengundang kritikan dan kemarahan rakyat kepada Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez apabila beliau menafikan dakwaan bloger didalam laman sosial beliau. Setelah isu ini semakin hangat diperkatakan akhirnya beliau menjelaskan bahawa Tabung Haji telah membeli satu lot tanah 1MDB. Tindakan seperti ini tidak harus berlaku. Seperti yang dijangka semasa perlantikan beliau didalam Tabung Haji sebagai Pengerusi memang wajar diragui. Apa jasa beliau hingga mendapat tempat tertinggi dalam Tabung Haji? Perlantikan beliau begitu mudah dibuat tanpa melihat dengan jelas sumbangan beliau terhadap negara. Jelas kini tindakan beliau membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak layak menjadi Pengerusi Tabung Haji. 

Selepas KWSP kini Tabung Haji jadi sasaran kepada 1MDB. Mengapa badan badan ini menjadi sasaran. Ekonomi negara kita kini tidak kukuh. Tabung Haji perlu diuruskan dengan telus dan amanah. Jangan kerana perkara seperti ini berlaku rakyat tidak akan percaya lagi kepada Tabung Haji. Saya menggesa supaya perkara ini harus disiasat secara menyeluruh kerana ia telah menimbulkan rasa tidak senang hati kepada semua penyimpan di Tabung Haji.

Wang rakyat harus ditadbir dengan telus. Tanpa ketelusan dan ketirisan yang berlaku akan menyebabkan kemarahan rakyat dan pasti Tabung Haji tidak dipercayai oleh rakyat lagi. Ingat, amanah untuk mentadbir dan menguruskan wang negara bukan perkara yang enteng dan mudah. Jangan cuba merosakkan nama Tabung Haji demi kepentingan mereka sendiri. Kami Wira Perkasa Malaysia menggesa supaya pihak SPRM dapat menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Tabung Haji agar permasalahan ini dapat dirungkai. Kepercayaan dan amanah bukan dapat dibeli dengan wang ringgit, justeru jagalah amanah dan sentiasa jujur dalam kita membuat apa sahaja tindakan dan keputusan.

Sekian

IRWAN FAHMI IDERIS
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH