Kene betindak lebih bukan sekadar becakap

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia
24 Syawal 1436 / 9hb Ogos 2015

Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Khairy Jamaluddin baru-baru ini amat melucukan. Tidak takut kehilangan jawatan atas mempertahankan SPRM berikutan isu 1MDB.

Setakat bersuara lantang dan beri kenyataan sesiapa pun boleh buat. Bercakap soal perjuangan, kita harus ikhlas dalam mengambil tindakan. Jangan asyik bercakap walhal tidak nampak apa pun hasilnya. Pemimpin muda seperti dia harus jadikan dirinya contoh kepada masyarakat. Jika dia benar berani, lakukanlah apa sahaja demi menegakkan kebenaran seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Mayhuddin Yassin. Menyuarakan kebenaran hingga dipecat. 

Itu barulah seorang pemimpin yang berani dan tegas. Tidak berpura-pura seperti ini dalam menyatakan kebenaran. Lakukan dan buktikan sesuatu dari kenyataan tersebut. Jika tidak sokong, nyatakan saja. Apa yang nak dikhuatir kan? Nyatakan dengan jelas. Jika kenyataan seperti ini lebih baik dia berdiam diri saja. Kenyataan ini seperti sekadar mencuba untuk "mencabut misai harimau" namun akhirnya hanya berani melihat sahaja tanpa berbuat apa. 

Pemimpin harus berani dan tidak takut untuk bekorban dan tekorban, kerana akhirnya kita tetap akan pergi dan menyerahkan tanggungjawab ini kepada generasi seterusnya. Ingatlah "cinta kita tak cakap, tapi kita buat". Barulah gerak sebagai pemimpin jelas dan sempurna

IRWAN FAHMI IDERIS
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan

PDRM Harus bertindak