Rasuah....Rasuah.... Rasuah

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
21 Mac 2016 | 12 Jamadilakhir 1437H

Wira Perkasa amat kecewa berhubung isu rasuah yang bernilai RM100juta yang melibatkan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Isu ini amat besar kerana ia melibatkan dana kerajaan.

Apakah YB Menteri Khairy tidak sedar dalam hal ini? RM100juta bukan sikit. Kejadian ini telah lama berlaku. YB Khairy mesti mesnjelaskan hal ini. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Alasan YB Khairy hari ini adalah kerana kelemahan teknikal dalam hal ini. Sepatutnya kelulusan setiap aliran wang yang keluar dan masuk harus diperincikan. Inilah yang terjadi akibat mengambil mudah.

YB Khairy juga harus perjelaskan hal ini dengan lebih terpeinci. Apakah status penyasiatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia? Selepas laporan dan sisatan siap ia harus dimaklumkan kepada semua. Saya melihat sepanjang Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan ini merupakan isu rasuah paling besar melanda dalam Kementerian ini. Jadi saya menggesa agar YB Menteri harus bertanggungjawab dalam hal ini. Kami menggesa pihak berkuasa berkenaan tidak boleh ambil mudah.

Sudahlah negara kita terpalit dengan pelbagai isu kewangan yang besar dan ini memburukkan lagi nama negara. Pentadbiran kerajaan semakin merudum. Jika YB Menteri tidak boleh selesaikan kes ini bagaimana kita nak letakkan kepercayaan kepada menteri yang lain? 

Wira Perkasa Malaysia mendesak agar SPRM segerakan penyiasatan ini dan diakhir penyiasiatan YB Menteri harus mengambil tindakan sewajarnya bagi menggalas tanggungjawab sebagai seorang Menteri Belia dan Sukan. Imej negara juga terpalit dengan isu ini jadi seluruh Kementerian Belia dan Sukan harus bertanggungjawab. Jangan hanya mendiamkan dan membiarkan isu ini terus berlalu begitu saja. Bau bangkai yang telah lama busuk kalau ditanam pun binatang boleh hidu inikan isu ketirisan wang yang besar. Ingat amanah yang dipikul harus kita tanggung dan kita jawab kelak.

Sekian, 
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH