Sokong buat rebah
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
27 Julai 2016 | 22 Syawal 1437H
1. Wira Perkasa Malaysia ingin mempersoalkan tindakan Khairul Azwan Harun (Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia) yang telah membuat laporan Polis terhadap Tan Sri Abdul Ghani Patail bekas peguam negara, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz bekas gabenor bank negara dan Tan Sri Abu Kasim Mohamed bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa mereka ini terlibat dalam konspirasi ingin menjatuhkan Perdana Menteri semalam.
2. Bagaimana Khairul Azwan yang lebih mengetahui hal ini? Di manakah dia mendapat bukti? Dia mendakwa bahawa dia mengesyaki yang ketiga-tiga bekas kakitangan kerajaan ini mempunyai niat yang jahat terhadap Perdana Menteri. Kalau tiada bukti pihak polis pasti polis tidak melayan tindakan dia untuk membuat laporan polis. Jadi persoalan yang perlu dijawab disini adalah mana dia dapat bukti itu dan apakah ia telah diserahkan kepada pihak polis?
3. Saya merasakan dia tidak layak untuk bercakap dalam hal ini. Ketiga-tiga individu ini adalah penjawat awam yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan mereka telah menjalankan tugas dengan penuh integriti. Namun mereka disyaki pula terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri. Jika mereka masih lagi berkhidmat bersama kerajaan adakah dia berani tampil kehadapan dan menggesa pihak polis untuk menyaisat hal ini? Jika ya mengapa semasa Pedana Menteri terpalit dengan skandal 1MDB dia tidak bertindak seperti demikian? Sedangkan Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali menggesa untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi isu 1MDB. Saya difahamkan dari portal pro umno mykmu Naib Ketua Pemuda ini pernah cuba menjatuhkan perdana menteri satu ketika dulu.
4. Saya menasihatkan dia agar periksa semula kononnya dakwaan tentang konspirasi ini. Apakah benar atau tidak? Sepatutnya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, dia perlu menyiasat dari awal lagi tentang keseluruhan isu ini. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tak buat kesalahan apa yang perlu mereka takut.
5. Wira Perkasa Malaysia menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan terpeinci berhubung laporan polis oleh Khairul Azwan Harun. Dia seperti dilihat sengaja mengambil kesempatan dan cuba mengalih pandangan semua dalam hal ini. Jika ia tidak benar dia juga harus disabitkan kesalahan dengan sengaja membuat cerita untuk memalukan ketiga-tiga individu yang terbabit. Apa yang penting adalah kepentingan negara.
Sekian,
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia
Comments
Post a Comment