The Star menghina umat Islam sekali lagi
28 Mei 2017 bersamaan 02 Ramadhan 1438H
1. Akhbar The Star hari ini sungguh biadap dengan menerbitkan tajuk utama akhbar mereka yang bertajuk "Malaysian terrorist leader" dengan meletakkan gambar umat islam sedang mengerjakan solat di dalam masjid hari ini. Kebiadaban ini telah membangkitkan kemarahan umum khususnya masyrakat Islam.
2. Saya ingin bertanya kepada mereka khususnya ketua editor akhbar The Star, apakah dia tidak sedar atau sengaja menerbitkan tajuk dan gambar sedemikian? Banyak kali The Star sudah menimbulkan kontroversi seperti ini. Sebelum ini dengan meletakakan artikel mengenai menu babi dalam ruangan Ramadhan Delights. Selepas itu timbul pula gambar artis Amerika yang memaparkan tatu kalimah Allah di dadanya. Kali ini kembali dengan tajuk dan gambar seperti diatas.
3. Mereka harus peka dengan keadaan semasa. Umat Islam baru menyambut bulan Ramadhan. Sudahlah tajuknya melibatkan tentang pengganas dan gambarnya pula diletakkan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat dalam masjid. Ia menggambarkan seolah-olah pengganas dengan umat Islam saling berkait. Ini adalah tindakan biadap dan sangat melampau!
4. Janganlah cuba mencurah minyak dalam api. Tindakan mereka seperti tidak menghormati Islam khususnya dalam bulan Ramadhan. Mereka dah banyak kali menimbulkan hal seperti ini. Seharusnya pihak Kementerian Dalam Negeri mesti peka dengan hal seperti ini. Mereka haruslah mematuhi undang2 yang termaktub dan etika kewartawanan dengan betul. Jika akhbar Nanyang Siang Pau diberi amaran keras berkenaan isu gambar monyet memakai serban, adakah hal seperti ini patut dibiarkan saja?
5. Saya mahu akhbar The Star khususnya Ketua Editor mereka minta maaf kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam diatas kesilapan penerbitan tajuk utama akhbar mereka hari ini. Sekiranya mereka enggan berbuat demikian pihak Kementerian Dalam Negeri harus menggantung terus permit penerbitan mereka. Isu ini nampak seperti semut namun kesannya seperti luka yang amat parah. Berapa kali mereka nak hina Islam secara terbuka dalam akhbar?
6. Saya ingin menasihatkan kepada pihak The Star, tolong hormat bulan Ramadhan dan Agama Islam serta jangan bersikap biadap. Kalau tak faham makna Ramadhan dan Islam eloklah tutup sahaja penerbitan akbar itu. Islam itu mudah dan sejahtera. Kalau tak tahu boleh tanya jangan memandai dalam segala hal. Saya juga menggesa kepada Kementerian Dalam Negeri lihat semula penerbitan akhbar2 harian. Jangan biarkan hal seperti ini berulang. Kepada akhbar The Star jangan biadap dan simpan kebodohan anda. Kepada umat Islam selamat berbuka puasa!
Sekian,
Irwan Fahmi Ideris.

Bosan sungguh...selepas ini mesti jawapan nya sori...Mana ketegasan kerajaan.
ReplyDelete