AKIBAT MELAYU BERTOLAK ANSUR HINGGA DITOLAK BERANSUR ANSUR.

1. Kenyataan YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini berkenaan Dhong Zhong Rasis perlu disokong. Ia wajar apabila kita melihat semula perkara-perkara yang dilakukan oleh Dhong Zhong sehingga hari ini tidak menguntungkan semua pihak melainkan pihak mereka sahaja. Selepas kenyataan YAB Perdana Menteri keluar, ramai yang menemplak kenyataan tersebut. Hal ini jelas selepas YAB Tun Dr. Mahathir mempertahankan penggunaan tulisan jawi dalam Bahasa Melayu tahun empat. Saya nak tanya mereka, apa yang mereka takut sangat dengan penggunaan tulisan jawi ini? Apakah ia akan menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat?

2. Saya suka mengingatkan kepada mereka, pada PRU13 peratusan kaum Tiong Hua yang telah keluar mengundi sekitar 87 % namun mereka ini masih gagal menumbangkan Barisan Nasional. Malah mereka menjadi pembangkang selama berpuluh tahun sehingga YAB Tun Dr. Mahathir menerajui jentera pembangkang sebelum PRU ke 14. Datuk Seri Anwar Ibrahim pun mengambil masa 20 tahun masih tidak dapat menumbangkan Barisan Nasional, apatah lagi Parti DAP. Sedangkan YAB Tun Dr. Mahathir hanya mengambil masa selama 18 bulan sahaja bagi menjatuhkan Barisan Nasional. Tidak sedarkah lagi mereka ini?

3. Mereka perlu akur dengan pilihan rakyat pada PRU ke 14 lalu. Rakyat memilih Pakatan Harapan oleh kerana rakyat yakin dan percaya dengan kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir yang telah berjaya memimpin negara selama 22 tahun lalu. Keberadaan pemimpin-pemimpin mereka pada ketika ini di dalam kerajaan dan syarikat GLC adalah kerana YAB Tun Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Perdana Menteri. Saya mohon mereka buka mata seluas-luasnya untuk melihat perkara ini. Kita tidak perlukan sokongan dan pengaruh mereka untuk menjatuhkan Barisan Nasional akan tetapi mereka perlukan undi dan sokongan orang Melayu untuk menumbangkan Barisan Nasional.

4. Seharusnya isu penggunaan tulisan jawi ini tidak perlu diperbesarkan oleh mana-mana pihak. Selaku kerajaan memerintah mereka harus menerangkan kepada rakyat tentang penggunaan tulisan jawi ini. Namun apa yang berlaku, wakil-wakil mereka dari NGO-NGO dan Persatuan lain membantah dan ada antara mereka menyanggah kenyataan Perdana Menteri. Mereka semua sudah seperti “Kaduk Naik Junjung”.

5. Sekali lagi saya ingin mengingatkan dalam undang-undang Malaysia, Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dalam perkara 9 jelas mengatakan bahawa tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi, dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangasaan. Dalam perkara ini Dhong Zhong telah melanggar undang-undang yang telah termaktub dalam perlembagaan negara. Sudahlah kerajaan beri peruntukan kepada mereka saban tahun malah masih lagi tidak berpuas hati dan membantah cadangan kerajaan. Mereka ini tidak sedar diuntung. Amat wajar jika mereka ini diharamkan saja. Banyak lagi perkara yang ditimbulkan oleh mereka sebelum ini dan apabila mereka sudah usik apa sahaja tentang Agama Bangsa dan Tanah Air mereka ini patut kita tentang.

6. Selama ini kita tidak pernah lagi menentang sekolah venikular cina seperti perkara yang mereka bangkitkan hari ini. Kita hanya mencadangkan menjadikan sekolah satu aliran wajar untuk diperkasakan. Walaupun ia satu perkara yang sukar, namun perkara ini tidak mustahil untuk dilaksanakan. Kita juga tidak pernah mempertikaikan penggunaan tulisan cina pada papan tanda, papan iklan dan akhbar. Jadi apa masalah untuk kita memperluaskan penggunaan jawi?

7. Penggunaan jawi dalam sistem pembelajaran wajar diteruskan. Tidak ada salahnya pun. Ada juga minoriti dikalangan mereka yang tahu, malah fasih dalam menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan seharian mereka. Apakah mereka takut jika rakyat Malaysia yang pandai dalam tulisan jawi ia akan mempengaruhi kehidupan sesaorang? Jika ia maka wajarlah mereka ini digelar rasis. Orang Melayu tidak pernah mempertikaikan penggunaan tulisan lain dalam sistem pendidikan yang ada di negara ini. Jadi jangan pertikaikan penggunaan penulisan jawi ini.

8. Tidak cukup dengan isu tulisan jawi ditambah pula dengan isu kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dipertikaikan. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokong beliau tidak perlu bimbang dan perlu bersabar kerana sehingga kini YAB Tun Dr. Mahathir belum mungkir janji nya lagi. Belum cukup 2 tahun pemerintahan kerajaan sudah mula menyalak tentang kerusi Perdana Menteri. Saya ingin menambah nota peringatan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Hasan bin Abdul Karim, janganlah mempertikaikan kedudukan YAB Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, sebaiknya beliau perlu menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk Pasir Gudang. Selesaikan isu pencemaran yang berlaku di Pasir Gudang dulu sebelum menegur orang lain. Mengapa perkara ini seperti api yang dicurahkan minyak? Semakin lama semakin marak. 

9. Pada ketika ini jelas kelihatan kesabaran Orang Melayu sedang diuji. Isu bahasa sedang dimainkan, isu agama dibangkitkan, kedudukan Raja Melayu juga mula dipertikaikan, isu berkaitan kedaulatan negara juga dipersoalkan. Apakah perkara yang meraka mahukan sebenarnya? Adakah mereka mahu menguji kesabaran orang Melayu hingga berlakunya pergaduhan? Seringkali kita lihat kenyataan yang keluar dari mereka ini keterlaluan. Setelah didapati salah minta maaf dan ulang semula kesilapan yang sama. Perbuatan ini sangat biadap. Sedarlah bahawa majoriti penduduk negara ini adalah orang Melayu. Jangan cuba menuntut perkara yang tidak masuk akal termasuk hak kesamarataan semua kaum. Kalau tak faham baca semula sejarah kontrak sosial dan perlembagaan negara.
Sudah-sudahlah nasihat saya jangan cuba menyalakan api kebencian dalam pembentukan negara baru ini. Tindakan mereka ini hanya akan merugikan negara.

Sekian,

Irwan Fahmi Ideris
Ahli PKR Seumur hidup
Mantan Ketua Wira Perkasa Malaysia (2010-2016)




Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH