Peniaga harus bertanggungjawab

#Day25
#Covid19
#MalaysiaMovementControlOrder
#KekalTenang
#StaySafe #StayHome #SaveLives

Menurut KKM..

'Terdapat 69 kes sporadik setakat ini yang tidak diketahui dari mana punca jangkitan.

Kes sporadik itu dikesan selepas lebih 8,000 disaring berdasarkan ILI(Influenza-Like Illness) dan SARI(Severe Acute Respiratory Infection).'

Sporadik maksudnya..

PUNCA JANGKITAN KITA TAK TAU DARI MANA

Pesakit tiba-tiba datang klinik/hospital dengan gejala ILI (demam, batuk, sakit tekak) atau datang dengan sesak nafas etc.

Tak ada ke luar negara.
Tak ada contact dengan sesiapa covid +ve pun.
Tak ada jumpa kluster itali ke, tabligh ke, kenduri kawin ke..

So dari mana punca?

Pasar ke?
Tesco ke?
Giant ke?
Supermart ke?
Stesen minyak?
Saudara mara kita ke?
Sahabat handai kita ke?
Kenalan kita yang kita pergi melawat rumah dia ke?
Belum gi gunting rambut!
Belum gi hantar dobi!
Belum gi servis kereta!

Pekara sebegini seharusnya pihak yang dinyatakan diatas perlu mengambi tindakan pro aktif. Mereka ini harus bertanggungjawab menjaga kebersihan dan mereka ini perlu dengan sentiasa membuat nyah kuman / sanitize secara berkala memastikan kebersiha terjamin untuk pengguna. Mereka ini diantara yang dibenarkan berniaga dan mereka juga ada mengaut keuntungan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Mereka ini tidak boleh mengharapkan kerajaan membiayai kos-kos ini. Kerana ini adalah tanggungjawab peniaga. Janganlah peniaga hanya pandai mengaut keuntungan dengan tidak bertanggungjawab soal nyah kuman, sanitize dan kebersihan.

Saya cadangkan kepada kerajaan supaya mewajibkan peniaga-peniaga dan pengusaha grocery mall ini menjalankan nyah kuman / sanitize secara berkala (kerap kali)

Irwan Fahmi Ideris
PIC Penggerak Muafakat Nasional Parlimen Beruas

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri