PENGURANGAN YURAN PENGAJIAN DI SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN AWAM DAN SWASTA (IPTA & IPTS) SEMASA PENULARAN KES COVID 19
KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN)
08 JUN 2021
PENGURANGAN YURAN PENGAJIAN DI SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN AWAM DAN SWASTA (IPTA & IPTS) SEMASA PENULARAN KES COVID 19
1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia Perihatin hari ingin memohon kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dibawah pimpinan Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad agar mengkaji semula jumlah yuran pengajian di semua Institusi Pengajian Awam dan Swasta pada ketika ini. Ini berikutan penularan wabak Covid 19 masih lagi berada ditahap membimbangkan kerana negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
2. Pada ketika ini pengajian pejajar di universiti dibuat secara online dan pelajar tidak dibenarkan menghadiri kelas. Oleh yang demikian, sudah tentu banyak fasiliti seperti dewan, kelas dan sebagainya tidak dapat digunakan. Malah, perpustakaan juga digunakan secara online. Jadi penggunaan kemudahan dan semua fasiliti di universiti ketika ini adalah pada tahap minimum. Begitu juga konvokesyen graduan universiti juga dibuat secara maya dan tidak lagi mengadakan sambutan seperti dulu.
3. Pihak universiti dapat membuat penjimatan dari sumber tenaga elektrik, air dan sebagainya pada ketika ini. Walaupun pengurusan universiti masih berjalan oleh kerana kerja pengurusan ini perlu dilakukan, namun ia tidak memberi kesan yang besar terhadap perbelanjaan kepada pihak universiti. Dalam hal seperti ini banyak penjimatan dapat dilakukan, tetapi mengapa pelajar masih perlu membayar penuh yuran pengajian mereka di universiti? YB Menteri digesa untuk melihat secara dalam berkenaan isu ini.
4. Pada ketika ini ramai yang tidak dapat bekerja dan diberhentikan kerja disebabkan kesan pandemik Covid19 diseluruh dunia dan ia termasuklah ibu bapa dan penjaga para pelajar universiti. Jadi ia amat memberi kesan yang besar kepada pelajar ini disebabkan kebanyakan pelajar ini akan menanggung hutang pembiyaan yuran pengajian mereka pada masa akan datang.
5. Semua pihak merasai kesan keadaan ekonomi yang terjejas pada ketika ini, namun para pelajar ini merupakan masa depan pembangunan negara pada masa akan datang. Pengurangan yuran pengajian mereka sedikit sebanyak dapat membantu mereka menstabilkan kehidupan mereka agar mereka dapat menghabiskan pengajian sehingga tamat. PRIHATIN juga mencadangkan agar pihak kementerian dapat menyelesaikan perkara ini dengan semua universiti awam dan terutamanya universiti swasta kerana yuran pengajian universiti swasta lebih mahal dari universiti awam.
6. PRIHATIN juga yakin usaha ini dapat memberi kesan yang positif dan memberi impak yang baik kepada ekonomi para palajar universiti secara keseluruhan. Selain dapat memberi penjimatan kepada mereka ekonomi negara juga akan lebih baik oleh kerana penjimatan perbelanjaan dilakukan. PRIHATIN yakin gesaan ini dapat diperhalusi oleh pihak universiti terutamanya Universiti Swasta.
Sekian,
Irwan Fahmi Ideris
PRESIDEN
Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN)
INNSYALLAH kami sedang mendapatkan Tarikh utk menghantar kpd Kementerian
Comments
Post a Comment