Akibat Salah Pangkah
Asalamuaalaikum
Seharusnya kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan terhadap:-
1) Kenderaan luar Negara daripada mengisi minyak bersubsidi
2) Jika kenderaan luar dikenakan saman, pohon mereka menjelaskan saman sebelum keluar daripada Negara.
3) Pantau petani-petani yang menerima subsidi daripada menjual/export ke negara luar beri keutamaan penggunaan dalam Negara
4) Kenakan cukai bulanan (mengikut peratusan gaji) kepada semua pekerja asing kerana mereka menikmati pelbagai subsidi yang tidak sepatutnya dinikmati oleh mereka
Selesaikan perkara ini terlebih dahulu bukan dengan terus menghukum rakyat sendiri. Ketirisan ini bukan salah rakyat tetapi salah tabir urus kerajaan. Kesilapan kerajaan yang berbelanja sedangkan rakyat tidak membuat keputusan untuk kerajaan. Rakyat telah Amanah kan kepada wakil-wakil rakyat supaya menjaga harta benda dan mengurus negara.
Apakah rakyat yang rata rata sedang berperang untuk mengadakan makanan diatas meja dengan kos-kos harian yang semakin meningkat. Apakah kerajaan tidak ada orang yang cerdik untuk mengurus Negara? Mana pakar-pakar ekonomi yang ada sebelum pilihanraya?
Kerajaan kini ternyata lemah dan tidak pandai mengurus apakah dengan menghukum rakyat sendiri masalah akan selesai? sedangkan lebih bayak ketirisan yang berlaku yang bukan salah rakyat sebaliknya penguatkuasaan tidak dilaksanakan
Rakyat cuma salah memangkah sahaja tetapi akibat daripada salah pangkahlah rakyat juga menderita.
Rakyat tidak mahu melihat ahli ahli parlimen yang bersikap seperti budak budak menjerit sana sini. Malulah rakyat melihat dan menilai,
Irwan Fahmi Ideris
22 May 2023
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Comments
Post a Comment