TIDAK MENGHORMATI SENSITIVITI UMAT ISLAM

Kenyataan media 
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

13 JUN 2023

JANGAN KELIRUKAN UMAT ISLAM

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) 

Merujuk kenyataan media dari menteri perlancongan
https://m.malaysiakini.com/news/668523 berhubung promosi makanan bak kut teh sebagai makanan tradisi .

Perkasa ingin mengingatkan YB Dato' Seri TIONG KING SING agar tidak mengelirukan umat islam dengan kenyataan kenyataan yang di buat oleh kementerian pelancongan keseniaan dan kebudayaan ini. Kerana dari kenyataan YB Tiong ini "contohnya mi hokkien yang mengandungi minyak babi boleh di tukar kepada minyak lemak ayam supaya lebih ramai dapat menikmatinya" dan "kementeriannya akan meneliti untuk menghasilkan bak kut teh versi halal" merupakan satu kenyataan yang boleh mengelirukan umat islam dan jika ditukar resepinya dimana datangnya tradisional?

Ini adalah penghinaan yang jelas dari seorang menteri yang secara terang terangan tidak menghormati sensitiviti masyarakat majmuk yang berada di malaysia kini dengan desakan agar bak kut teh dapat di terima sebagai makanan tradisi.

Untuk makluman YB menteri , banyak lagi makanan yang boleh di promosikan sebagai makanan tradisi selain dari bak kut teh.

Kenapa perlu mempromosikan babi sebagai makanan tradisi? Adakah selepas ini segala aktiviti atau majlis rasmi kerajaan perlu untuk kita sajikan bak kut teh ini? Bercakap biar bagi logik jangan tunjukkan kebodohan seorang menteri di khalayak ramai.

Perkasa juga ingin ingatkan bahawa kamu sebagai menteri bukan untuk Sarawak dan Sabah saja. Tapi kamu adalah sebagai menteri kerajaan mewakili negara melaysia. Jadi kamu juga perlu hormat pada orang orang semenanjung.

Sepatutnya sebagai seorang menteri banyak lagi benda lain yang boleh kamu promosikan. Jangan lah mencari populariti dengan cadangan yang tak masuk akal ini. Dan Perkasa ingin mengingatkan ini bukan isu politik tapi ini isu halam haram sesuatu makanan dan sudah menjadi kewajipan Kami umat islam, mencari yang halal itu satu kewajipan dan makanan ini mengelirukan.

Kebelakangan ini kerajaan seperti tidak dapat mengawal kenyataan kenyataan daripada menteri menteri yang dilantik dan tidak sensitif terhadap umat Islam. Perbuatan Menteri ini menghina dan mengelirukan umat Islam. Kita tidak menghalang jika kamu mahu makan apa pun tetapi jangan mengajak atau memperngaruhi umat Islam.

Kami membantah sekeras kerasnya.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
13 Jun 2023

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri