AKAL MENGATASI AKAL


 Asalamuaalaikum 


Saya menjangkakan bahawa Presiden UMNO akan ditangkap tetapi mungkin lagi 3 tahun sebelum pru yang akan datang, ini kerana PMx tahu bahawasanya ianya mendatangkan mudarat kpd PMx kerana bersekongkol dgn orang yg mempunyai kes yang masih dibicarakan. PMx telah buat gerakan dengan mungkin melantik Senetor KJ kerana KJ ada juga pengikut anak muda yang menyokong beliau. 

Kerana jika dipikirkan dangan akal yang logik KJ tak ada apa2 jawatan mahupun MP dan juga dalam kerajaan dan lebih pelik dia memang berpatah arang dengan Presiden Umno. Mengapa PMx berjumpa dan berbincang berkenaan hala tuju ekonomi negara bersama KJ? 

Saya juga merasakan PMx tahu majoriti rakyat juga tidak selesa apabila PMx bersama dengan Umno kerana janji sebelum PRU berbeza dgn sekarang. PMx juga merasakan Menteri formular dan juga menteri MCMC suatu beban kerana menteri formular bercakap hebat tetapi tidak deliver dan menteri Mcmc buat lawak sarkis dengan naik basikal didalam pejabat

Saya merasakan PMx tengah menyusun stretegi untuk mengekalkan kuasa serta stretegi untuk menang PRN di 6 atau 7 buah negeri. PMx tahu bahawasanya kini kepercayaan khasnya orang Melayu terjadap PMx amat membimbangkan. 

Ini sekadar pandangan peribadi saya. Bukan tuduhan tetapi cuba menyelami akal Perdana Menteri 

Irwan Fahmi Ideris 

10:06pm, 18 Jun 2023



Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah